Pendatang haram kuasai tanah Palestin
01 Oktober 2010
NABLUS - Pendatang-pendatang haram Israel telah menguasai sebuah kawasan tanah Palestin yang luas di beberapa buah kampung di selatan Nablus, Tebing Barat pada pagi Jumaat(hari ini).Sumber peta, google map. Kawasan tanah yang luas melibatkan 3 buah kampung Palestin yang berada di kedudukan no. 5, 26 dan 101.
Saksi kejadian berkata, "warga Israel dari penempatan Yizhar telah mengawal sebuah kawasan tanah yang luas dari kampung 'Asira Al-Qibliya, Burin, dan 'Urif..mereka dah mula meratakan tanah untuk memulakan kerja bina."
Jelas saksi itu lagi, pendatang-pendatang haram Israel menghalang tuan tanah dari kalangan penduduk Palestin mengadakan sebarang tindakan bantahan. Sumber 01/10/2010, web berita safa.ps