الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Rejim zionis rempuh Al-Aqsa turunkan bendera Palestin

11 September 2010

AL-QUDS, - Sumber melaporkan malam ini, sepasukan polis rejim zionis merempuh masuk ke sebahagian tempat solat di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis(Al-Quds).

Menurut sumber media tempat yang menjelaskan rempuhan yang turut disertai pegawai polis rejim zionis hanya bertujuan menurunkan bendera Palestin yang diletakkan atas bahagian tempat solat.

Saksi yang berada di kawasan terbabit berkata, ketika rempuhan rejim zionis, helikopter Israel juga dilihat berlegar-legar di ruang udara bandar Al-Quds yang menumpukan di kawasan Kota Lama dan Masjid Al-Aqsa.

Agensi berita 'Safa' turut menyebut pada pertengahan malam ini, rejim zionis membuka semula kawalan ketat yang telah dikenakan ke atas keseluruhan Tebing Barat. Beberapa hari yang lalu, keseluruhan Tebing Barat dikawal ketat(penutupan) sempena perayaan Yahudi.

Tangkap 3 pemuda Palestin

Sementara itu, dalam laporan berita yang berasingan, agensi 'Safa' melaporkan tentera rejim zionis telah menangkap 3 pemuda Palestin dalam dua kejadian berasingan, di Wilayah Khalil dan Bet Lehem, Tebing Barat.

Dalam penangkapan pertama, rejim zionis menangkap seorang pemuda Palestin dari sebuah desa yang terletak di selatan Bet Lehem dengan dakwaan sebilah pisau berukuran 18 sentimeter(cm) ditemui dalam koceknya.

Dua lagi pemuda yang ditangkap adalah dari bandar Khalil ketikamana tentera penjajah melancarkan operasi serbuan di perumahan-perumahan bandar Khalil. Kedua-dua pemuda Palestin yang ditangkap itu dibawa ke Bahagian Perkhidmatan Dalam Negeri(SHABAK) untuk siasatan. Laporan menyebut, pemuda-pemuda yang ditangkap ini atas dakwaan 'dikehendaki'. Sumber 11/09/2010, web berita safa.ps

Wahai Arab! pergilah mampus ke neraka - pelampau Yahudi

KHALIL - Sejumlah puluhan warga Yahudi yang menetap dalam perumahan Yahudi di bandar Khalil, selatan Tebing Barat menimbulkan suasana hiruk-pikuk ke atas penduduk Palestin di Kota Lama hari ini. Kekacauan yang mereka lakukan itu dilindungi tentera-tentera rejim zionis yang bertebaran di beberapa pos kawalan tentera dan pagar kawalan(duri kawat) di setiap pelusuk Kota Lama.

Menurut saksi, pelampau-pelampau Yahudi yang bergerak dalam sebuah kumpulan berarak di jalanan sambil menimbulkan bising. Seperti dijelaskan, tindakan tersebut sengaja untuk mengganggu penduduk Palestin. Sebahagian dari pelampau Yahudi melemparkan kata-kata kebencian kepada Arab dan meminta supaya Arab dihalau dari tanah itu(Palestin).

Lebih dari itu, sebahagian dari pelampau Yahudi bersorak dengan perumpamaan, "kami tak mahu Arab ada di sini", "wahai Arab! pergilah mampus ke neraka", dan "berambuslah kamu ke Jordan, itu Negara kamu."

Sebilangan dari pelampau Yahudi turut cuba mengambil kesempatan ketika suasana menyambut awal tahun ibrani dengan mengganggu para peniaga Arab Palestin di Kota Lama Khalil serta meminta kedai-kedai dan warung niaga mereka(Arab) ditutup. Sumber 11/09/2010, web berita safa.ps

ABU ALI sasar mortar ke penempatan haram Israel

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera Barisan Pembebasan Palestin(جبهة الشعبية لتحرير فلسطين) telah mengumumkan pihaknya yang bertanggungjawab mensasarkan serangan mortar ke sebuah penempatan haram Israel, Yad Mordekhay semalam.

Penempatan haram tersebut yang terletak bersempadan Gaza dari sebelah utara dibedil dengan peluru mortar, 100 milimeter(mm).

Sumber peta, google map. Kedudukan penempatan haram Israel 'Yad Mordekhay' yang menjadi sasaran serangan mortar berada di kedudukan no.123, di tanah jajahan 1948.

Dalam kenyataan rasmi, KATAIB ABU ALI berkata, pada jam 10.25 malam Jumaat, jentera perang rejim zionis menembak 6 peluru artileri ke arah unit pejuangnya, namun pejuangnya dapat kembali dengan selamat.

KATAIB ABU ALI menyatakan kumpulannya tetap meneruskan usaha penentangan bersenjata serta menghadang tindak balas rejim zionis(penjajah) dan membalas jenayah yang dilakukan rejim zionis demi menegakkan hak-hak masyarakat Palestin.

Sebagaimana yang disebutkan, dua hari lalu lebih 4 serangan roket gugur di barat Naqab, selatan tanah jajahan 1948(Israel). Berikutan itu, rejim zionis mengakui kejadian tersebut, namun tidak ada sebarang luka parah. Sumber 11/09/2010, web berita maannews.net

Baca lagi:

2. Sementara itu, laporan berita malam ini menyebut, beberapa buah jentera perang rejim zionis yang berpengkalan sementara di dalam garisan sempadan di utara Gaza telah melepaskan tembakan artileri ke arah tanah pertanian di Bet Lahiya. Lihat di sini.

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS