الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

15 Palestin ditangkap

01 Januari 2010

Semalam sepasukan tentera Israel menangkap 15 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Sumber dari Israel menyatakan beberapa buah jentera perang Israel sebuah perkampungan Palestin, Burqah yang terletak di barat bandar Nablus. Dalam operasi tersebut, tentera Israel menangkap 5 penduduk Palestin dan mengepung beberapa buah rumah. Sebagaimana di nyatakan, penduduk Palestin yang di tangkap dalam lingkungan umur dari 18 hingga 22 tahun.

Sumber melaporkan, tentera Israel turut menceroboh Mukhayyam Al-Arub serta menangkap 2 orang guru perempuan. Selain itu, sebuah lagi kawasan penduduk Palestin yang terletak di bandar Khalil, selatan Tebing Barat.

Di kampung Na'lain pula, tentera Israel didakwa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan satu demontrasi yang membantah pembinaan tembok pemisah. Sumber 01/01/2010, berita al-Jazeerah dan suratkhabar al-Shourouk

Read more...

Serangan roket Abu Ali ke Israel

Sumber menyatakan KATAIB ABU ALI MUSTAFA, sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza melancarkan serangan roket jenis 'grad' ke Netivot(Israel). Sumber 01/01/2010, berita al-Jazeerah

Nota: Kedudukan Netivot boleh dilihat di sini

Read more...

Gaza menanti Viva Palestina

31 Disember 2009

Gambar (al-jazeerah): Di atas adalah pelan perjalanan rombongan Viva Palestina. Garisan yang berwarna biru adalah laluan asal Viva Palestina untuk memasuki Gaza, namun telah mendapat bantahan dari Mesir. Bagaimanapun, Mesir memberikan cadangan kepada Viva Palestin untuk memasuki Gaza mesti melalui Pelabuhan Allaziqiah, Syria. Laluan yang bergaris merah adalah laluan cadangan Mesir.

Sumber menyatakan rombongan Viva Palestina telah berlayar dari pelabuhan Allaziqiah, Syria menuju ke 'Arish, Mesir yang bertujuan ke Gaza bagi membuktikan simpati mereka terhadap penduduk Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Viva Palestina, Zaher Al-Birawi dalam kenyataannya berharap pihak Mesir dapat memberi perlindungan keselamatan kepada rombongan tersebut dari gangguan Israel.

"Israel akan berusaha menggagalkan pelayaran kami di laut. Dengan itu, kami tidak mempercayai Israel", ujar beliau.

Rombongan Viva Palestin dijadualkan sampai ke Pelabuhan Arish akhir minggu ini. Dinyatakan, aktivis-aktivis keamanan yang menyertai rombongan tersebut harap dapat memasuki Semenanjung Gaza sebelum 3 Januari 2010. Sumber 30/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Read more...

Viva Palestin berundur dari Aqabah

29 Disember 2009

AQABAH, 29 Dis- Rombongan Viva Palestin yang terkandas di Aqabah, Jordan yang dalam perjalanan menuju ke Gaza melalui Nuweibak, Mesir akhirnya terpaksa mengikut tuntutan Mesir agar berjaya sampai ke Gaza.

Semalam, Zaher Al-Birawi, jurucakap Viva Palestin berkata rombongannya sedikit pun tidak mahu menekan Mesir berikutan Mesir berulangkali membantah Viva Palestin masuk ke Gaza melalui Nuweibak, Mesir. Walaupun, Turki mengutuskan wakilnya berjumpa dengan konsul Mesir di Aqabah untuk runding hal tersebut tetapi Mesir hanya memberikan cadangan laluan yang boleh ke Gaza iaitu melalui Allaziqiah(pelabuhan di Syria) dengan menaiki kapal laut.

Sumber melaporkan rombongan Viva Palestin telah beredar menuju ke Syria sebagaimana yang diminta oleh Mesir. Pihak Viva Palestin memberi alasan laluan dari Aqabah - pelabuhan Nuweibak(Mesir) lebih dekat dengan Gaza berbanding laluan yang diminta oleh Mesir mengambil masa selama 6 hari malah perbelanjaan perjalanan mencecah ratusan ribu dolar Amerika. Lebih gusar, jika timbul beberapa lagi prosedur yang pasti menyukarkan rombongan tersebut sampai ke Gaza dengan bekalan bantuan kemanusiaan yang dibawa untuk diberikan kepada penduduk Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza.

Beberapa hari yang lalu, sekumpulan aktivis keamanan Perancis mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Perancis di Kaherah. Sumber melaporkan tunjuk perasaan tersebut sebagai protes kerana tidak dibenarkan ke Semenanjung Gaza.

Berikutan tindakan Israel yang terus mengenakan sekatan ke atas Gaza, Menteri Luar Turki berkata, 'penduduk Gaza' berada dalam sebuah penjara terbuka.

Tambah beliau, masyarakat antarabangsa dan Negara yang berjiran dengan Gaza mesti bertanggungjawab untuk membebaskan mereka dari sekatan(28/12/09, al-Jazeerah). Sumber 29/12/09, berita al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS