الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Anggota FATAH bertempur dengan anak kabilah fawakhiriah

19 November 2010

EL-ARISH, - Dua hari yang lalu, beberapa anggota pegawai Palestin dari gerakan FATAH yang menetap di El-Arish, Mesir telah bertempur dengan penduduk Mesir dari kabilah Fawakhiriah di utara Sinai.

Pertempuran bersenjata itu mengakibatkan jalan antarabangsa El-Arish - Rafah terpaksa ditutup selama dua jam, malah beberapa buah kereta musnah serta seorang dari penduduk mengalami pecah kepala sebelum keadaan dikawal Pasukan Keamanan Mesir.

Situasi kejadian, seorang pegawai Palestin yang berpangkat mejar dikenali Muhammad Matariyah menyewa sebuah apartmen(shaqqah) dari salah seorang anak kabilah "Fawakhiriah" di El-Arish. Kedua-dua pihak bertelagah setelahmana keluarga mejar tersebut diancam dan dipaksa keluar dari apartmen yang disewa meskipun akad perjanjian(akad sewa) belum tamat tempoh. Lalu pertelagahan membawa kepada berbalas tembakan malah beberapa buah kereta musnah. Lebih dahsyat lagi, pertempuran itu mengakibatkan salah seorang anak dari kabilah pecah kepala dan telahpun dibawa ke hospital besar El-Arish untuk rawatan.

Berikutan itu, Jabatan Keamanan mengerahkan sekumpulan pegawai yang diketuai Kolonel Ali Abu Zaid, Ketua Special Branch(SB) utara Sinai, dan Mejar Jeneral, Redha Suweilem selaku Pengarah Jabatan Penyiasatan ke lokasi berlakunya pertempuran. Jalan antarabangsa dapat dibuka semula setelahmana pegawai yang tiba mengawal keadaan. Kedua-dua pihak yang bertelagah turut diberkas dan dibawa ke Jabatan Keamanan untuk siasatan segera.

Sumber menjelaskan, semenjak Semenanjung Gaza dikuasai gerakan HAMAS, hampir 150 penduduk Palestin yang menganggotai gerakan FATAH melepaskan diri ke Mesir melalui sempadan dan menetap di El-Arish. Pemerintah Palestin(Ramallah) memberi perlindungan kepada mereka di El-Arish dengan peruntukan undang-undang, serta gaji bulanan turut disalurkan melalui kedutaan Palestin di Kaherah. Sumber 19/11/2010, suratkhabar Misril-Youm[Mesir]

Read more...

ALWIYAH letupkan sebuah pos tentera zionis

[Terkini: 05.49 malam, Palestin] GAZA - ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) mengakui pihaknya meletupkan sebuah pos kawalan tentera rejim zionis dengan melakukan serangan pengeboman 3 peluru roket jenis 'hawn' 120mm di timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Kumpulan pejuang itu dalam kenyataan media yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menyebut, bahawa operasi yang dilaksanakan pejuangnya berupaya memaksa tentera rejim zionis berundur, malah mengesahkan lagi serangan ALWIYAH adalah serang balas ke atas pembunuhan dua pejuang JAISH ISLAM oleh rejim zionis.[Berita Ringkas]

Sumber 19/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

Zionis bedil Gaza, 6 cedera

Kemaskini berita jam 5.00 malam, Mesir
Kemaskini berita jam 9.58 malam, Mesir

GAZA - 6 penduduk Palestin di Gaza mengalami kecederaan dalam pengeboman rejim zionis yang mensasarkan dua buah bandar, Der Balah di pertengahan Gaza dan Khan Yunus di selatan Semenanjung Gaza.

Gambar(AlJazeerah): Kesan pengeboman zionis di Der Balah.

Agensi berita 'Safa' menukilkan laporan dari Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah berkata, empat mangsa, dua darinya wanita yang mengalami kecederaan telah tiba di hospital Syuhada Al-Aqsa akibat pengeboman zionis ke atas sebuah rumah lama dua tingkat di timur bandar Der Balah.

Jelas Abu Salmiah lagi, 2 lagi mangsa, salah seorang darinya kanak-kanak dilaporkan mengalami kecederaan akibat serangan kedua zionis yang mensasarkan kawasan 'الزنة' di timur Khan Yunus. Kedua-dua mangsa tersebut telah tiba di hospital Naseer.

Sehingga kini, sumber menyatakan kecederaan yang dialami semua mangsa serangan zionis disifatkan 'ringan'.

Dalam serangan ketiga, zionis menyerang sebuah tanah lapang di kawasan yang telah dibebaskan terletak di barat Khan Yunus. Tiada laporan mengenai kecederaan di situ. Sumber 19/11/2010, [laporan jam 03.48 petang, waktu Palestin] web berita safa.ps

Read more...

Serangan roket sengit, seorang cedera ditembak zionis

3 peluru mortar jatuh di Naqab - Penjajah


AL-QUDS, - Ushkul terus diserang dengan roket. Tentera rejim zionis mengumumkan pada tenghari tadi bahawa 3 serangan roket mortar gugur di kawasan penempatan haram zionis 'Ushkul', barat Naqab, di selatan tanah jajahan 1948.

Web berita 'Yediot Ahronout' menyebut pejuang bersenjata Palestin yang melancarkan 3 serangan roket mortar jenis 'hawn' dari Semenanjung Gaza telah gugur di Ushkul.

Sumber Israel itu mendakwa letupan dari serangan roket tersebut tidak mengakibatkan sebarang kerosakan dan luka parah.

Sehingga kini, tiada lagi kumpulan pejuang Palestin mengakui melancarkan serangan tersebut. [laporan jam 01.33 petang, waktu Palestin]

Seorang pekerja cedera ditembak

Sumber agensi berita 'Safa' melaporkan seorang penduduk Gaza yang bekerja sebagai mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan telah ditembak tentera rejim zionis di utara Gaza.

Gambar(safa): Beberapa dari penduduk Palestin di Gaza yang bekerja mengumpula kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan di utara Semenanjung Gaza.

Mengulas kejadian, jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah berkata, "tentera zionis telah melepaskan tembakan machine-gun ke atas seorang pekerja yang mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan berhampiran perlintasan(pintu sempadan) Beit Hanoun."

Tambah Abu Salmiah, pekerja yang berusia 22 tahun (dikenali م، ع)telah dibawa hospital Kamal Udhwan. Keadaan mangsa yang ditembak disifatkan 'pertengahan'.

Sumber peta, google map. No.56 berwarna biru adalah kedudukan Kibbutz Zikim dalam daerah Askalan yang menjadi sasaran serangan roket Palestin seperti yang didakwa web berita Israel.

Kebelakangan ini, mangsa dari penduduk Palestin di utara Gaza yang ditembak tentera rejim zionis semasa mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan mencapai angka puluhan. [laporan jam 01.14 petang, waktu Palestin]

4 lagi roket 'hawn' gugur

Menurut web berita Israel 'Yediot Ahronout', 4 lagi serangan roket 'hawn' gugur di Kibbutz Zikim, 'Askalan. [laporan jam 02.19 petang, waktu Palestin] Sumber 19/11/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS