الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

HAMAS nafi terima tawaran baru bebaskan Shalit

19 Jun 2011

Laporan jam 03:02 petang, Palestin/Mekah
Jam 02:02 petang, Mesir

GAZA - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menafikan pihaknya menerima tawaran baru secara rasmi dari Eropah berhubung dokumen penukaran tawanan-tahanan dengan rejim zionis.

Gilad Shalit, seorang tentera zionis yang berpangkat koperal ditawan pejuang Palestin di Gaza. Isunya kerap menjadi tumpuan pihak barat, namun lebih dari 6 ribu penduduk Palestin yang meringkuk dalam penjara zionis tidak diendahkan nasib mereka.

Sedemikian itu, seorang dari pemimpin HAMAS, Salah Bardawil dalam kenyataannya hari ini yang diterima agensi berita Safa, berkata, "HAMAS tidak menerima apa-apapun tawaran rasmi yang baru berhubung dokumen penukaran tawanan-tahanan," nyata beliau lagi bahawa gerakannya akan bersetuju dengan dokumen tersebut ketikamana syarat-syaratnya dipenuhi dan permulaannya adalah bebaskan tahanan-tahanan Palestin.

Tawaran baru Jerman-Perancis

Petang semalam, siaran televisyen rancangan 2 Israel mendakwa bahawa Jerman dan Perancis menggiatkan peranannya menggerakkan isu tentera zionis yang ditawan, Gilad Shalit ke hadapan.

Rancangan 2 Israel menjelaskan, kedua-dua negara ini telah menawarkan sebahagian perlonggaran kepada HAMAS yang membawa maksud boleh mengiktiraf kerajaan yang ditadbir gerakan HAMAS di Gaza sebagai tukaran dengan membebaskan Gilad Shalit.

Kelonggaran lain yang ditawarkan iaitu tercapai persefahaman mengenai perlintasan sempadan yang menghubungkan antara Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza) dengan Israel(tanah jajahan 1948), iaitu dengan menambahkan pelaburan-pelaburan asing serta meringankan sekatan Israel ke atas Gaza. Sumber 19/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Penjajah tangkap anggota bomba Palestin

16 Jun 2011

Laporan jam 11:34 malam, Palestin/Mekah
Jam 10:34 malam, Mesir

NABLUS - Sepasukan tentera rejim penjajah menangkap salah seorang anggota bomba Palestin ketika sedang bergegas ke lokasi kemalangan jalan raya di kampung Huwwara, selatan bandar Nablus, Tebing Barat.

Salinan kenyataan dari pejabat perhubungan awam kepada agensi berita Safa, berkata, setelah tentera penjajah menghalang anggota-anggota bomba ke tempat kejadian, beberapa anggota bomba telah diserang tentera penjajah dan menangkap pemandu trak penyelamat pusat pertahanan awam Burin, Sarjan Mus'ab Abdul Qadir Ad-Dhamidi, 30.

Tambahan lagi, tentera penjajah memindahkan Ad-Dhamidi ke pusat tahanan Ariel bawah seliaan polis Israel berhampiran Sulfit. Sumber 16/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Roket gugur di Eshkol

Laporan jam 09:56 malam, Palestin/Mekah
Jam 08:56 malam, Mesir

GAZA - Sumber-sumber dari media massa Israel melaporkan bahawa satu serangan roket gugur malam ini di kawasan Majlis Daerah Penempatan zionis 'Eshkol' yang terletak di selatan tanah jajahan 1948, iaitu sebelah timur Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza).

Kedudukan Majlis Daerah Eshkol, tanah jajahan 1948 berada dalam ruangan peta warna hijau muda.

Dari web berita Israel 'Haaretz' versi hebrew menjelaskan serangan roket itu tidak menjejaskan harta benda atau kehilangan nyawa berikutan gugur di kawasan tidak berpenghuni.

Sebuah lagi sumber Israel dari web berita 'Yedioth Ahronoth' versi english melaporkan beberapa detik sebelum jam 09:30 malam(waktu Palestin), siren kecemasan serangan roket berbunyi di Majlis Daerah Eshkol(penempatan zionis). Selepas itu, kedengaran letupan di sebuah kawasan.

Selama pemerhatian ke atas laporan berita Israel berhubung serangan roket yang gugur di penempatan-penempatan yang bersempadan dengan Gaza, kerap-kali media Israel memberi julukan nama roket adalah roket Qassam(Al-Qassam, merujuk kepada sayap tentera HAMAS).

Awasi udara Gaza

Menurut pemberita Safa, setelah beberapa minit dari laporan serangan roket yang gugur di Eshkol, pesawat-pesawat pengintip tanpa pemandu zionis dilihat berterbangan rendah di timur Rafah, selatan Gaza. Diikuti pula, menara-menara kawalan tentera zionis melepaskan bom cahaya di kawasan-kawasan timur Gaza.

Safa menukil dari saksi kejadian, menara-menara kawalan yang berada di penjuru kawasan Hayyu El-Farahain, timur Khan Yunus turut melepaskan tembakan mesin gan ke arah kawasan sekitar ladang-ladang pertanian.

Sehingga laporan ini diterbitkan, tidak ada mana-mana lagi sayap-sayap tentera pejuang Palestin di Gaza mengakui melepaskan serangan roket ke Eshkol. Sumber 16/06/2011, web berita Safa.ps dan web berita ynet

Read more...

Puluhan sesak nafas di Dayr Qaddis tempur dengan penjajah

15 Jun 2011

Laporan asal jam 03:35 petang, Palestin/Mekah
Jam 02:35 petang, Mesir

RAMALLAH - Pertempuran yang meletus sebentar tadi antara penduduk kampung Dayr Qaddis(barat Ramallah, Tebing Barat) dengan tentera rejim penjajah mengakibatkan puluhan dari penduduk Palestin sesak nafas berikutan tembakan gas pemedih mata yang ditembak ke arah mereka.

Selepas solat fardhu zohor, beratus-ratus penduduk kampung Dayr Qaddis, diikuti penduduk kampung yang berjiran serta para aktivis dan anggota jawatankuasa penentang tembok pemisah keluar mengadakan tunjuk perasaan menuju ke kawasan tanah yang dimiliki penduduk kampung berkenaan. Tindakan tersebut setelahmana tentera penjajah memulakan kerja-kerja meratakan tanah yang dirampas bertujuan untuk menyambung jalan ke penempatan-penempatan zionis yang baru dibangunkan.
________________________________
Penunjuk peta di atas:

Warna hijau(kampung-kampung Palestin)

No.33 - Dayr Qaddis
No.47 - Kharbata
No.55 - Ni'lin

Warna biru(penempatan zionis)

No.22 - Modi'im Illit
No.23 - Na'ale
No.25 - Nili
No.29 - Qiryat Sefer

Lebuhraya no.446 di sebelah kanan no.55
Lebuhraya no.455 di sebelah kiri dan kanan no.47
Lebuhraya no.463 di sebelah kiri dan kanan no.23
________________________________

Sedemikian itu, para penunjuk perasaan telah berjaya menghentikan kerja-kerja meratakan tanah di atas keluasan 500 hektar yang menempatkan tanaman zaitun dan gandum, selebihnya dipenuhi rumput-rumpai untuk haiwan-haiwan ternakan meragut.

Ketika tunjuk perasaan, penduduk-penduduk kampung dikekang dengan tembakan-tembakan bom gas pemedih mata, lantas mengakibatkan puluhan dari mereka sesak nafas malah beberapa keluasan tanah yang dipenuhi pokok-pokok zaitun terbakar. Sumber 15/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS