Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Knesset bunuh draf undang-undang Nakbah
05 Julai 2011
Jam 06:55 malam, Mesir
Speaker parlimen Knesset tidak membenarkan Pengerusi gerakan Perubahan Arab(حركة العربية للتغيير), Dr.Ahmad Tibi mengusulkan draf undang-undang yang menetapkan hukuman kepada mana-mana pertubuhan atau badan-badan yang mengingkari Nakbah Palestin.Gambar: Ruang persidangan parlimen Knesset Israel.
Keputusan sebulat suara yang diambil mendakwa draf tersebut bertembung dengan pengenalan Israel yang diiktibarkan sebuah Negara kepada Yahudi.
Dr.Ahmad Tibi yang juga merupakan ahli parlimen Knesset Israel dalam pertemuan dengan pemberita Al-Jazeerah berkata, pembatalan undang-undang dari sudut asal-usulnya bermakna memadam riwayat sejarah Palestin. Tambah beliau, tindakan Knesset ini mencampakkan demokrasi yang dilaungkan oleh Israel di hadapan kongres Amerika dan juga di dalam Negaranya.Gambar: Dr.Ahmad Tibi, seorang ahli politik Arab Palestin dalam jajahan 1948. Beliau terpilih menganggotai parlimen Knesset bagi menyuarakan hak Arab.
Sedemikian itu, beliau mengemukakan usul draf Nakbah dari hak perundangan sebagai membalas undang-undang yang diusulkan oleh Avigdor Lieberman(Menteri Luar penjajah), pemimpin parti Yisrael Beiteinu baru-baru ini dan ia telah diperakui.
Undang-undang tersebut menetapkan mana-mana badan atau pertubuhan yang turut serta dalam aktiviti menyambut peringatan Nakbah Palestin tidak boleh mendapat apa-apa pembiayaan dari kerajaan Israel.Gambar: Pelarian Palestin dihalau dari tanah mereka sendiri pada tahun 1948. Sehingga hari ini, negara Palestin belum wujud meskipun Israel telah menubuhkan Negaranya yang telah mencakupi usia 61 tahun.
Beliau mengungkapkan pembatalan undang-undang dari Knesset berhubung draf tersebut sebelum ia dibentangkan adalah yang pertama.Gambar: Avigdor Lieberman, pemimpin parti Israel berhaluan kanan 'Yisrael Beiteinu'. Avigdor menjawat Menteri Luar Israel sekarang ini.
Disebutkan, Nakbah adalah julukan nama diberi oleh Palestin sempena perang 1948 ketikamana Israel menghalau penduduk Palestin keluar dari kampung mereka, mengusir dari bandar-bandar serta menghapuskan kesan-kesan politik, perekonomian dan kebudayaan. Sumber 05/07/2011, web berita Al-Jazeerah
Syahid, cedera di Gaza dalam serangan zionis

GAZA - Dua penduduk Palestin dan seorang lagi cedera dalam satu serangan zionis di kawasan pertanian yang terletak di timur Mukhayyam El-Maghazi, Pertengahan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Tebing Gaza, Genting Gaza) pada tengahari tadi.Gambar(Al-Jazeerah): Mayat salah seorang pejuang Palestin yang menjadi mangsa serangan udara zionis.
Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas, Adham Abu Salmiah berkata, 'pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan menemui 2 jasad yang syahid, lantas membawa mangsa-mangsa ke hospital. Jelas beliau, mangsa yang syahid, Muhammad Saied Abu Jazar dan Kamal Abu Muammar, kedua-duanya berasal dari Khan Yunus, selatan Gaza.'
Tambahan dari agensi berita Maan, 2 mangsa yang syahid dan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Syuhada' Al-Aqsa. Menurut Maan dan Al-Jazeerah, mereka menjadi serangan udara zionis di kampung Al-Masdar, Pertengahan Semenanjung Gaza. Mangsa yang cedera pula dilaporkan kritikal.
IAF dakwa lancar serangan roket
Berhubung situasi kejadian, rejim zionis mendakwa IAF(Israel Air Force: tentera udara Israel) menyerang sekumpulan Palestin terdiri dari 5 individu yang cuba melancarkan serangan roket dari timur kem pelarian(Mukhayyam) El-Magahzi, menurut web berita Israel 'Yedioth Ahronoth'.
Jelas sumber itu, 3 penduduk Palestin yang diserang menghampiri pagar keselamatan di Pertengahan Gaza.
Dakwa lagi, operasi Palestin ini adalah yang ketiga dalam tempoh dua minggu yang lalu, sambil menyebut HAMAS membenarkan tindakan mereka.
Tentera udara zionis berkata, mana-mana serangan roket atau operasi keganasan yang menyasarkan Israel akan mendapat tentangan yang keras.
Pejuang dari Salafiah Jihadiah
Sumber web berita Al-Jazeerah menyebut bahawa dua penduduk Palestin yang syahid adalah dari Jamaah Al-Tauhid Wal-Jihad(جماعة التوحيد والجهاد), iaitu sayap senjata yang menyandarkan kumpulan mereka sebuah gerakan 'salafiah jihadiah'. Sayap tentera ini membantah seruan 'tenang'(seumpama gencatan senjata) yang diumumkan oleh sayap-sayap senjata yang lain dan turut menzahirkan pertembungannya dengan gerakan HAMAS yang mentadbir Semenanjung Gaza sejak pertengahan tahuan 2007.
Tenang dibalas tenang
Walaubagaimanapun, sayap-sayap senjata Palestin di Gaza telah menyebut bahawa mereka akan tenang selagimana rejim zionis juga mengambil langkah sedemikian. Beberapa serangan roket yang ditembak ke Israel(tanah jajahan 1948) sebelum ini ekoran rejim zionis menceroboh Gaza dan melepaskan tembakan rambang ke arah rumah-rumah Palestin, sedemikian itu setelahmana sayap-sayap tentera Palestin mengumumkan 'tenang' dari operasi ketenteraan.
Berita berkaitan:
Warga haram cedera ringan kena tembak
_______________________________________________
Pengeboman zionis pada hari ini adalah serangan terawal yang mengakibatkan kehilangan nyawa di kalangan penduduk Palestin di Gaza sejak dari pertengahan Mei yang lalu. Sumber 05/07/2011, web berita Safa.ps, web berita Maan.net, web berita ynetnews.com dan web berita Al-Jazeerah
Askar wanita zionis dituduh memukul kanak-kanak Palestin
Jam 06:34 petang, Mesir
UMMUL FAHM - Mahkamah Persekutuan penjajah di BaitulMaqdis petang tadi telah mengenakan pertuduhan ke atas seorang askar wanita zionis dari unit pengawal sempadan atas dakwaan mendera kanak-kanak Palestin bawah umur dan mengancam nyawanya.
Menurut siaran 10 Israel, askar wanita berkenaan mengakui pertuduhan yang dikaitkan ke atasnya di hadapan mahkamah. Sebagaimana dijadualkan, surat pertuduhan akan diserahkan kepadanya bertitik tolak dari larangan memainkan dasar perkauman.Gambar(Safa): Tentera wanita zionis yang dituduh memukul kanak-kanak Palestin.
Jelas sumber, unit peronda pengawal sempadan telah menangkap seorang kanak-kanak Palestin(tidak didedahkan nama) pada bulan Mac 2010 dari salah sebuah sekatan zionis di BaitulMaqdis. Dalam keadaan tangannya diikat, kanak-kanak itu dibawa ke sebuah balai polis penjajah.
Sewaktu berada dalam tahanan di balai polis, kanak-kanak ini dipukul oleh tentera zionis, salah seorangnya adalah tentera wanita terbabit yang memberi ancaman menjahanamkan nyawa kanak-kanak Palestin ini. Tambahan lagi, kanak-kanak ini dibelasah teruk setelah kepalanya ditutup dengan bungkusan plastik.
Kanak-kanak ini turut diancam bunuh secara jelas ketikamana tentera zionis mengacu-acukan muncung pistol ke mukanya.
Safa menyebut, pihak berkuasa penjajah sengaja mendedahkan perjalanan pengadilan ini sebagai langkah *propaganda sedangkan memang tentera-tentera zionis menerima arahan yang jelas memukul masyarakat awam dikalangan Palestin di setiap sekatan-sekatan dan ketika melaksanakan misi geledah rumah Palestin. Sumber 05/07/2011, web berita Safa.ps
*propaganda: Maksud di sini mengubah pandangan umum terhadap Israel bahawa Israel menjalankan demokrasi dengan baik. Hakikatnya, menurut penduduk Palestin, pengadilan ini seperti sengaja dilakukan bahkan penduduk Palestin kerap menerima tohmahan dan dipermainkan ketika melintasi di sekatan-sekatan malah tidak kurang pula dipukul dan ditangkap ketika rejim penjajah menggeledah rumah mereka.