الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pejuang hadang skuad khas zionis

09 Ogos 2011

Laporan jam 01:24 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 12:24 pagi, waktu Mesir

GAZA - Pertempuran tercetus setelahmana sekumpulan pejuang Palestin menghadang kemaraan skuad khas tentera zionis yang cuba menyelinap masuk ke kawasan sekitar tapak pelupusan sampah di Jahr El-Deik, pertengahan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Genting Gaza, Jalur Gaza) awal pagi ini.

Wartawan agensi berita Safa berkata, pertempuran itu disusuli 3 serangan peluru mortar jenis 'hawn' yang dilepaskan oleh pejuang Palestin, jelas menunjukkan pertempuran agak sengit ekoran penglibatan jentera perang zionis di lokasi berlakunya tembak-menembak.

Safa melaporkan lagi dari sudut lain yang dapat dilihat, tentera zionis menembak bom cahaya ke ruang udara perumahan timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Sumber 09/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

AL-QUDS mengebom jentera perang zionis

08 Ogos 2011

Laporan jam 04:50 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 03:50 pagi, waktu Mesir

GAZA - Sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS(Gambar: arkib Safa, beberapa anggota pejuang SARAYA AL-Quds) mengumumkan bahawa salah satu dari unit pejuangnya telah menyasarkan serangan ke atas jentera perang zionis awal pagi ini. Jentera zionis dibom dengan 3 serangan peluru roket jenis hawn 80mm ketika menceroboh Gaza dari sebelah timur Hayyu Shujaieyah.

Salinan keterangan media SARAYA AL-QUDS yang disampaikan kepada agensi berita Safa mengesahkan misi ini adalah bagi menghadang sebarang percubaan zionis menceroboh ke dalam Semenanjung Gaza, sambil menekankan kumpulan pejuang ini memilih jalan penentangan(المقاومة) dan jihad sehinggalah kesemua tanah Palestin dibebaskan.

Pencerobohan zionis berlepas keluar dari pangkalan tenteranya di Nehal Auz(Nahal Oz) dilakukan secara mengejut ke timur Hayyu Shujaieyah yang menghala ke timur bandar Gaza, namun pencerobohan itu terbatas.

Serangan roket

Semalam, Safa menukil dari web berita Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew yang menyebut satu serangan peluru roket gugur di sebuah kawasan tanah lapang di barat Naqab.

Jelas sumber, roket yang gugur di kawasan Majlis Penempatan Sha'ar Henegev tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Ketika laporan ini diterbitkan, sumber tidak menyebut mana-mana kumpulan pejuang Palestin yang mengakui melancarkan serangan roket. Sumber 08/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

40 tahanan Palestin dalam penjara zionis keracunan makanan

07 Ogos 2011

Laporan jam 03:15 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 02:15 petang, waktu Mesir

RAMALLAH - Kementerian Hal-Ehwal Pembebasan Tahanan Palestin di Ramallah berkata, seramai 40 tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara padang pasir Naqab mengalami keracunan makanan disebabkan mengambil susu yang telah luput tarikh. Tahanan-tahanan Palestin yang terbabit telah di bawa ke poliklinik penjara setelah mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.

Berikutan kejadian, seorang dari tahanan Palestin, Amjad Abu Latifah mendakwa Jabatan Penjara yang mesti bertanggungjawab kerana menjual makanan yang telah rosak kepada tahanan-tahanan.

Kata Abu Latifah, para tahanan telah mengemukakan aduan rasmi menentang Jabatan Penjara secara khusus ekoran kejadian ini adalah kali kedua berlaku yang mengakibatkan para tahanan mengalami keracunan dalam penjara zionis di Naqab.

Menteri Pembebasan Tahanan Palestin Ramallah, Isa Qaraqi' turut meletakkan tanggungjawab kepada Jabatan Penjara berhubung kesihatan dan nyawa para tahanan berdasarkan kecuaian yang disengajakan ekoran tiada pengawalan ke atas makanan yang dijual kepada tahanan di penjara. Beliau mendesak campur tangan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa menyiasat keadaan buruk yang dilalui para tahanan. Sumber 07/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Abu Zuhri: Bincang semua perkara dalam pertemuan dengan FATAH

06 Ogos 2011

Laporan jam 11:07 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 10:07 malam, waktu Mesir

GAZA - Jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, pertemuan HAMAS dengan FATAH yang dijadualkan berlangsung pada hari esok(Ahad) di Kaherah akan membincangkan semua dokumen-dokumen(perkara) usaha baik pulih hubungan Palestin(berbaik atau damai), termasuklah dokumen pembentukan kerajaan yang tersekat.

Gambar(arkib Safa): Sami Abu Zuhri, jurucakap gerakan HAMAS.

Ketika dihubungi agensi berita Safa hari ini, beliau menjelaskan, walaupun pembentukan kerajaan tersekat-sekat tetapi hal ini tidak bermakna dokumen-dokumen lain ditinggalkan atau perbincangan lain dihentikan.

Abu Zuhri menegaskan bahawa 'kejayaan pertemuan ini adalah bergantung kepada penumpuan serius dari gerakan FATAH, khususnya pertemuan yang bakal diadakan seiring dengan kes penangkapan yang meningkat di kalangan anak-anak gerakan HAMAS di Tebing Barat'.

Berhubung pertemuan, beliau menyatakan delegasi yang telah dibentuk terdiri dari pemimpin-pemimpin HAMAS sama ada dari dalam dan luar tanah Palestin diketuai Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Mousa Abu Marzuq. Susulan itu, anggota delegasi HAMAS dari Gaza telah beredar ke Kaherah hari ini.

Perlaksanaan rundingan baik pulih dalaman Palestin yang ditandatangani di Kaherah antara dua buah gerakan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) yang berpengaruh telah tergendala disebabkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tetap berpegang dengan Salam Fayyad bagi mengetuai kerajaan perpaduan. Hal ini dibantah gerakan HAMAS yang beranggapan Presiden dan anggota-anggota Pemerintah Palestin Ramallah telah mengenepikan syarat yang telah disepakati. Sumber 06/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS