الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Tangkap empat nelayan di utara laut Gaza

31 Mei 2012


BAYT LAHIYA - Tentera laut zionis(Israeli Navy) telah menangkap empat orang nelayan Palestin dari dua buah sampan di persisiran laut daerah Bayt Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Demikian, menurut agensi berita SAFA dalam laporan yang telah diterbitkan menjelang tengahari semalam, Rabu 30 Mei 2012.
Kapal marin tentera laut zionis
Pejabat Kemajuan Ikan di Kementerian Pertanian Gaza berkata, bot-bot laju tentera zionis telah memaksa empat nelayan terbabit meninggalkan sampan mereka, kemudian mereka ditangkap dan dibawa ke arah yang tidak diketahui.

Jelas pejabat berkenaan, empat nelayan yang ditangkap, Nour El-Sultan, 49 dan saudaranya, Hassan, 39, serta nelayan dari sampan kedua, Jihad Al-Sultan, 38 dan saudaranya, Zahir, 22.
Jarak yang dibenarkan kepada nelayan Palestin di Semenanjung Gaza
untuk memburu ikan  mengikut tempoh masa tertentu.
Sebagaimana dijelaskan, akhir-akhir ini, kejadian menculik dan mengekori para nelayan di tengah laut semakin menjadi-jadi. Berikutan itu, setiap kali tiba musim baru memburu ikan, rejim zionis kerap kali menyasarkan para nelayan bertujuan mengekang aktiviti nelayan.

Berhubung kejadian, Kementerian Pertanian berkata, "rejim zionis hanya benarkan nelayan memburu ikan tidak lebih dari jarak 3 batu nautika, jika lebih, nelayan akan dikejar", tambahan lagi, "semua pihak mesti bertanggungjawab terhadap kesengsaraan yang dilalui para nelayan."

Kementerian Pertanian di Semenanjung Gaza meletakkan sepenuhnya ke atas rejim zionis pihak yang bertanggungjawab terhadap nyawa para nelayan sambil menyeru badan-badan hak asasi manusia, terutamanya Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa campurtangan segera bagi membebaskan nelayan serta mengembalikan semula perkakasan menangkap ikan kepada nelayan. - SAFA

Read more...

Zionis ceroboh ke selatan Semenanjung Gaza

29 Mei 2012

Laporan jam 06:20 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:20 pagi, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Tentera rejim zionis(penjajah/Israel) telah menceroboh Gaza pada jam awal pagi Selasa, 29/05/2012.

Demikian laporan yang diterbitkan agensi berita SAFA, pencerobohan ini tertumpu di daerah Al-Qararah yang terletak di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Kata penyampai berita SAFA, pencerobohan yang dilakukan oleh tentera zionis bermula dari pintu gerbang Kissufim. Di samping itu, rejim zionis turut melepaskan bertubi-tubi tembakan serta diikuti empat das tembakan peluru meriam.

Menurut penyampai berita SAFA, hasil liputan dari pihaknya mendapati 10 buah jentolak dan 3 buah kereta kebal tentera zionis terlibat dalam pencerobohan. 

Seperti yang dinyatakan oleh penyampai berita SAFA, 'tentera zionis meratakan tanah-tanah di setiap kawasan yang diceroboh'. Sumber 29/05/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Penjajah tangkap 4 remaja Palestin semalam

28 Mei 2012


Laporan jam 04:47 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:47 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Tentera penjajah(zionis/Israel) telah menangkap empat remaja Palestin bawah umur di Hayyu Al-Sheikh Jarrah pertengahan bandar BaitulMaqdis semalam dan membawa ke pusat tahanan di jalan Salahuddin untuk soal siasat.

Sumber-sumber tempatan menyebut remaja Palestin bawah umur yang ditangkap, Amir Maher Hajij, 15, Ahmad Ghalib As-Sibag, 15, Najaati Qawwas, 14, dan Firas Maher Hajij, 16.

Sementara itu dalam kejadian lain yang berlaku pada siang semalam, tentera penjajah melepaskan tembakan ke atas seorang penduduk perempuan Palestin, kemudian mangsa ditangkap serta dibawa pergi.

Kata sumber tempatan, tentera penjajah yang berkumpul berhampiran penempatan 'Nahal Najhout' di sebelah barat bandar Dura, Khalil telah menembak seorang penduduk perempuan Palestin, Saerah Salamah Jaber As-Sayuti, 22 kerana dikatakan enggan menurut arahan tentera yang meminta supaya berhenti, kemudian Saerah ditangkap dan dibawa ke tempat yang tidak dimaklumi.

Menurut lagi sumber yang sama, Saerah sedang menghadapi tekanan dan keadaan dirinya tidak diketahui, begitu juga tempat mangsa dibawa pergi. Sumber 28/05/2012, web berita Safa.ps dan 27/05/2012, web berita Paltimes.net

Read more...

AIMAN JUDAH lancar roket ke menara kawalan zionis


Laporan jam 04:32 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:32 pagi, waktu Mesir

GAZA - Sebuah unit pejuang Palestin, AIMAN JUDAH pecahan dari kumpulan pejuang KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera gerakan FATAH yang telah dibubarkan) telah mengumumkan bahawa pejuangnya telah melancarkan satu serangan peluru roket jenis 'BM' buatan Rusia ke atas menara kawalan rejim zionis(penjajah/Israel) di sebelah timur kawasan Jahr El-Deik, tenggara bandar Gaza.

Kenyataan rasmi AIMAN JUDAH yang diterima agensi berita SAFA menyebut bahawa serangan roket itu dilancarkan pada waktu awal pagi Isnin mengenai tepat menara kawalan terbabit.

Jelas kenyataan tersebut, "sasaran serangan roket ini adalah hak kami yang biasa bagi membalas perlanggaran yang dilakukan rejim zionis secara terus-menerus terhadap perwira-perwira dari kalangan tahanan(banduan) Palestin." Sumber 28/05/2012, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS