الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Amal dipaksa belayar menuju ke 'Arish

14 Julai 2010

Kapal 'Amal' Libya yang meneruskan pelayarannya ke Gaza petang tadi telah dipaksa kapal-kapal perang Israel supaya memasuki perairan Mesir serta menuju ke pelabuhan 'Arish, Mesir.

Pihak Berkuasa Mesir turut mengumumkan bahawa Mesir bersetuju dengan permintaan kapal Amal memasuki pelabuhan 'Arish.

Menurut wartawan Al-Jazeerah, 'Iyash Daraji yang mengikuti kapal Amal berkata, 'kapal Amal belayar menuju ke 'Arish berikutan kapal-kapal tentera laut Israel yang tidak membiarkan kapal Amal melepasi bahagian selatan yang membolehkan Amal melintasinya memasuki Gaza.'

Sumber menjelaskan lagi, tentera laut Israel memberikan ancaman kepada Yayasan Gaddafi Antarabangsa melalui perantaraan bahawa Israel akan mengebom kapal Amal jika masih bergerak menuju ke Gaza.

Demi memikirkan nyawa para sukarelawan dan krew-krew kapal, kapten kapal Amal membuat keputusan bergerak menuju ke pelabuhan Mesir. Sementara itu, beberapa pihak di Eropah turut menyarankan kepada Libya supaya mengelak dari berlaku pertempuran. Sumber 14/07/2010, web berita Al-Jazeerah(20.13 malam, Makkah) dan web berita safa.ps(09.13 malam, Palestin/Mesir)

Read more...

Sejauh 50 km, Amal bergerak perlahan menuju ke Gaza

GAZA - Kapal Amal Libya bergerak secara perlahan menuju perairan Gaza disebabkan kerosakan teknikal pada salah satu enjinnya, menurut Jamal Khudhri, Pengerusi Jawatankuasa Menghadapi Sekatan.

Khudhri dalam kenyataan akhbar yang disampaikan kepada agensi berita mengesahkan bahawa bot-bot laju tentera Israel masih mengepung kapal Amal dan mengganggu sistem komunikasi, tetapi Amal bergerak terus menuju ke Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terkepung.

Beliau menyebut, kedudukan kapal Amal sekarang ini hampir berada dari jarak 50 km dari perairan laut Palestin sambil dilingkungi bot-bot laju tentera Israel yang mendesak supaya mengubah laluan menuju ke mana-mana pelabuhan selain Gaza.

Khudhri menyatakan, kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan pihak Israel telah menyebarkan berita bohong sejak tiga hari yang lalu. Jelasnya, Khudhri menafikan sebarang niat kapal Amal menuju ke pelabuhan selain Gaza, dalam masa yang sama beliau tidak mengesampingkan bahawa penjajah yang menyebabkan kapal mengalami kerosakan teknikal.

Para sukarelawan yang berada di atas kapal dalam keadaan baik, mereka berazam untuk tiba di Gaza tanpa berlaku sebarang pertempuran dengan sesiapapun.

"kami tidak mahu bertempur dengan sesiapa tetapi kami kesal kerana penjajah sentiasa memberi ancaman, mengugut dan mahu bertempur", ujar para sukarelawan.

Angkatan tentera laut Israel mengenakan kepungan ke atas kapal Amal dan menghadangnya dengan bot-bot laju sejak petang semalam ketika Amal berada 100 km dari perairan laut Gaza.

Jamal Khudhri mengatakan Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa para sukarelawan(anak-anak kapal). Selanjutnya, beliau menggesa agar dibentuk laluan aman dan perlindungan antarabangsa ke atas kapal bantuan sehingga tiba di Gaza. Sumber 14/07/2010, jam 09.15 pagi, Mesi/Palestin, web berita safa.ps

Read more...

Kapal-kapal perang Israel kepung kapal Amal

Sumber dari wartawan Al-Jazeerah yang mengikuti pelayaran kapal Amal Libya menjelaskan bahawa lapan buah kapal perang Israel mengekori kapal Amal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Yayasan Gaddafi menyatakan, tentera laut Israel mengepung kapal. Dalam masa yang sama Yayasan Gaddafi menafikan perubahan laluan kapal Amal ke pelabuhan 'Arish, Mesir dan tidak sebagaimana yang dinukilkan dari sumber Mesir dan Israel.

'Iyash Daraji, wartawan Al-Jazeerah memaklumkan bahawa salah satu enjin kapal Amal mengalami kerosakan teknikal dan para jurutera dari krew kapal sedang berusaha memperbaikinya.

Pengerusi Yayasan Gaddafi Antarabangsa, Yusof As-Sowani berkata kepada Al-Jazeerah ketika menghubunginya dari Tarablus, 'Memang kapal perang Israel mengikuti kapal Amal malah menimbulkan gangguan yang menyebabkan perjalanan menjadi perlahan kerana salah satu enjin rosak.'

Menurut 'Iyash, pelayaran kapal Amal sekarang ini terhenti di kedudukan 70 batu nautika dari perairan laut Gaza disebabkan kerosakan enjin.

Wartawan Al-Jazeerah menjelaskan, ketika kapal-kapal perang Israel menghampiri kapal Amal dalam jarak 200 meter, sistem komunikasi kapal Amal dan anak-anak kapal tidak berfungsi.

Berhubung sekiranya tentera Israel menggunakan kekerasan menghalang kapal, As-Sowani hanya menyebut akan membuat penelitian sebarang jangkaan menentang balas tetapi beliau tidak menyebutkan secara terperinci mengenai langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Yayasan Gaddafi apabila Israel menyerang Amal.

As-Sowani menegaskan bahawa 'Amal' tetap bergerak menuju ke Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang dikepung di Semenanjung Gaza. Beliau menafikan, laporan berita yang menyebut Amal akan mengubah haluannya ke 'Arish, menurut petikan agensi berita Mesir dan Israel yang tidak mendedahkan pengenalan diri.

Berikutan itu, jurucakap tentera Israel turut menafikan sebarang amaran diberikan kepada kapal Amal, bahkan memberikan penjelasan kepada mereka yang berada di atas kapal, 'mereka tidak boleh pergi ke Gaza' tetapi Angkatan Tentera Laut Israel telah memulakan operasi pendahuluan bagi menghentikan kapal', menurut petikan dari akhbar Perancis. Sumber 14/07/2010, kemaskini 08.40 pagi, Mesir/Palestin, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Baca lagi:


7.59 malam, Palestin/Mesir, 13/04/2010. Menurut Jamal Khudhri dan Ahmad At-Taibi, penjajah mengganggu sistem komunikasi kapal Amal. Sumber web berita safa.ps

Read more...

Penjajah tangkap 11 penduduk Palestin

RAMALLAH - Sumber Israel pada pagi ini melaporkan, tentera penjajah telah menangkap 11 orang penduduk Palestin di beberapa kawasan yang berlainan di Tebing Barat dalam masa beberapa jam pada lewat malam semalam.

Akhbar 'Jerusalem Post' menjelaskan, tentera penjajah merempuh beberapa buah rumah di Wilayah Ramallah, Bet Lehem dan Khalil yang menatijahkan penangkapan ke atas 11 penduduk Palestin.

Selepas itu, tentera Israel membawa penduduk Palestin yang ditangkap untuk siasatan. Sumber 14/07/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS