الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Al-Risheq: hubungi untuk temukan HAMAS dan FATAH

31 Julai 2011

Laporan jam 08:12 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 07:12 malam, waktu Mesir

DAMSHIK - Seorang dari anggota Biro Politik HAMAS, Izzat AlRisheq(gambar, seperti termaktub dalam facebook) telah mendedahkan gerakan HAMAS dan FATAH telah beberapa kali menghubungi antara satu sama lain pada waktu ini bagi mengadakan pertemuan dalam terdekat.

Pertemuan tersebut demi untuk memantau dan meneliti perkembangan dokumen-dokumen baik pulih hubungan dalaman Palestin yang telah ditandatangani di Kaherah.

Menukil kenyataan Al-Risheq dari 'Pusat Media Palestin' hari ini, kata beliau, "pertemuan kedua-dua pihak ini akan memfokuskan perbincangan berhubung dokumen PLO serta struktur pimpinan, dokumen badan keselamatan dan tahanan politik, dokumen pilihanraya, dan begitu juga dokumen penyelesaian faktor-faktor perpecahan."

Berhubung dokumen pembentukan kerajaan sementara, beliau berkata, "sehingga sekarang ini, tidak ada perkembangan terbaru dalam dokumen bentuk kerajaan," tambah beliau, hal sedemikian disebabkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas masih nekad mencalonkan satu-satunya pilihan bagi mengetuai kerajaan iaitu Salam Fayyad. Tambah Al-Risheq, "perkara inilah yang menggagalkan perlaksanaan hasil dari persepakatan Kaherah antara dua gerakan ini."

Susulan itu, kata beliau, "tidak dapat dipastikan lagi hingga saat ini berhubung jadual pertemuan ini, sama ada tempat dan masanya."

Seperti yang dinyatakan, delegasi gerakan HAMAS yang telah berkunjung ke Beirut pada 25 dan 26 Julai 2011(Isnin dan Selasa) mendedahkan mengenai pertemuan-pertemuan terdekat ini antara kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Kaherah untuk menyempurnakan usaha baik pulih hubungan dalaman Palestin, namun mereka mempamerkan tindakan berjaga-jaga ekoran wujudnya suasana yang membantutkan usaha baik pulih sebelum tercapainya pengumuman negara Palestin pada September ini. Sumber 31/07/2011, web berita Safa.ps dan hamasinfo

Read more...

[Karikatur] Zionis ancam batalkan Perjanjian Oslo

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

"Pilihan pertama, kedua dan ketiga .. kita akan terus di meja rundingan, jika gagal, kita akan beralih ke PBB pada September akan datang untuk mengadu permasalahan dan bagi menuntut hak kita, iaitu mendapatkan pengiktirafan 'Palestin' sebuah negara merdeka ," kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Negara Palestin merdeka sebagaimana yang dituntut oleh Palestin adalah mengikut garis sempadan tahun 1967 yang meliputi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Genting Gaza, Jalur Gaza). Sehingga kini, menurut Presiden Abbas, 122 buah negara telah menyatakan bersedia mengiktiraf Negara Palestin, namun Amerika Syarikat(AS) dan Negara Eropah, antaranya Britain tidak bersedia memberi pengiktirafan tersebut. AS dan negara-negara Eropah yang berkenaan terus menekan Palestin agar tidak bertindak sebelah pihak tanpa mendapat restu dari rejim penjajah untuk menubuhkan negara Palestin. Malahan AS juga mengancam untuk tidak memperuntukkan lagi pembiayaan kepada PBB, pada masa yang sama Pemerintah Palestin di Ramallah bergelumang dengan krisis ekonomi/kewangan sehingga menjejaskan pembayaran gaji kepada para pekerja ekoran bantuan kewangan luar yang terbantut.

Keadaan ini terus ditekan oleh rejim zionis supaya Palestin tidak bertindak sebelah pihak sambil menyeru untuk adakan semula rundingan damai, namun tanpa syarat. Bagaimanapun, Palestin memberi jawab balas supaya hentikan terlebih dahulu pembinaan perumahan dan penempatan warga zionis di Tebing Barat dan di Baitul Maqdis Timur. Melihat kepada nekad Palestin, rejim zionis mengancam lagi dengan pembatalan perjanjian damai Oslo. Pun begitu, wujud suara-suara lain yang meminta agar mengutamakan prioriti, iaitu melaksanakan terlebih dahulu perjanjian baik pulih hubungan dalaman Palestin, antara gerakan HAMAS dan FATAH sebelum menuntut penubuhan sebuah negara merdeka kerana melihat penting kepada paduan kekuatan dalaman.

Peta Palestin

Tanah-tanah yang berbaki kepada Palestin

Read more...

Tangkap ahli parlimen dan pemimpin HAMAS

29 Julai 2011

Laporan jam 09:30 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 08:30 pagi, waktu Mesir

JENIN - Rejim penjajah menggerakkan operasi geledah secara meluas awal pagi ini di dua buah Wilayah Tebing Barat, Tubas dan Jenin.

Sumber dari gerakan HAMAS berkata tentera rejim penjajah yang merempuh masuk ke daerah Tamoun di sebelah timur Wilayah Tubas telah menggeledah rumah ahli parlimen dari kumpulan Taghyir wal-Islah(HAMAS), Syeikh Abu Tus, 50. Kemudian, beliau ditangkap setelah disoal jawab oleh tentera rejim penjajah.

Sebagaimana disebutkan, Syeikh Abu Tus dikenali ramai oleh penduduk Palestin di Tubas. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan empat perempuan. Sebelum ini, beliau telah beberapa kali ditangkap oleh rejim penjajah.

Dari sudut lain, sumber yang sama menambah bahawa tentera penjajah telah menceroboh daerah Aqqaba di sebelah selatan bandar Jenin dan menangkap bekas ketua daerah merupakan pemimpin terkemuka HAMAS, Syeikh Mustafa Muhammad Said Abu Urrah, 55. Rumah beliau diperiksa tentera penjajah meskipun dimaklumkan beliau telah melalui tahanan tanpa bicara bertempoh selama 2 tahun pada waktu lalu.

Sejak bulan kebelakangan ini, tentera penjajah meningkatkan operasi yang menyasarkan pemimpin-pemimpin terkemuka gerakan HAMAS serta ahli-ahli parlimen Majlis Legislatif(PLC), sebahagian besarnya mewakili HAMAS. Sehingga kini, puluhan yang ditangkap telah dipindahkan ke tahanan tanpa bicara. Sumber 29/07/2011, web berita Safa.ps dan Palestine-info

Read more...

Tentera zionis jadi sasaran pejuang ABU ALI

28 Julai 2011

Laporan jam 04:15 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 03:15 petang, waktu Mesir

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, KATAIB ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera kepada JABHAH SHAHBIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan pejuangnya telah menyasarkan tembakan ke atas unit jentera tentera rejim zionis di timur Shujaieyah, bandar Gaza.

Gambar(Safa): Pejuang Palestin, ABU ALI MUSTAFA.

Keterangan ABU ALI yang disampaikan kepada agensi berita Safa menyebut, pejuang-pejuang kami dari unit penembak tepat berjaya menyasarkan sebuah unit dari tentera rejim zionis di timur Shujaieyah yang menghala di sebelah utara kilang jus. Nyata ABU ALI, tembakan tersebut mengakibatkan kecederaan di kalangan tentera zionis.

Pejuang Palestin ini menegaskan pihaknya tetap meneruskan usaha penentangan serta menghadang sebagai respon serang balas ke atas jenayah-jenayah yang dilakukan penjajah. Mereka turut berjanji sumpah setia kepada pengorbanan dan titisan darah para syuhadak. Sumber 28/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS