الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Erdogan: Usaha damai sudah lama tercapai sekiranya Majlis Keselamatan mengenakan hukuman ke atas Israel

28 September 2011

Laporan jam 22:43, waktu antarabangsa

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengungkapkan bahawa sekiranya PBB(UN) mengenakan hukuman ke atas Israel(rejim zionis), sudah pasti, perdamaian sudah lama tercapai di Timur Tengah.

Gambar(RT Arabic): Perdana Menteri Turki semasa memberi ucapan dalam Persidangan Agung PBB pada 23/09/2011 yang lalu di New York.

Menukil dari majalah 'TIME' Amerika dalam edisi yang diterbitkan pada hari Selasa, 27/09/2011, Erdogan berkata dalam wawancara, "Sehinggalah hari ini, Majlis Keselamatan Antarabangsa telah mengemukan 89 agenda draf resolusi yang membincangkan ketetapan khusus terhadap Israel, namun satu pun tidak diluluskan..sungguh ajaib, kenapa satupun hukuman tidak boleh dikenakan ke atas Tel-Aviv?."

Beliau turut mempersoalkan, "ketikamana bercakap mengenai Iran, dengan penuh percaya kamu mahu kenakan hukuman, begitu juga, perkara yang sama terjadi kepada Sudan. Kenapa sedemikian itu tidak berlaku sewaktu perkara(hukuman) yang ada hubungkait dengan Israel?."

Perdana Menteri Turki mengandaikan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Israel akan menyelesaikan konflik Arab-Israel sejak dahulu lagi.

Beliau turut menganggap Majlis Keselamatan Antarabangsa tidak dapat mengambil sebarang ketetapan yang berkaitan dengan Israel kerana Kuartet Timur Tengah tidak serius agar tercapainya perdamaian di rantau Timur Tengah.

Kata beliau lagi, "amat dikesali, saya tidak nampak titik kejujuran dalam kerja Kuartet Timur Tengah, jika mereka mahu selesaikan masalah ini, sewajarnya telah lama mereka memutuskan sebarang tindakan terhadap Israel." Sumber 27/09/2011, web berita RT Arabic

Read more...

Culik kanak-kanak Palestin cetus pertempuran

25 September 2011

Laporan jam 05:03 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 04:03 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 04:03 petang, waktu Palestin(Mesir)

BAITULMAQDIS - Satu pertempuran meletus pada waktu petang tadi berdekatan Khemah Al-Bustan dan Hayyu Batin Al-Hawa di daerah Silwan, bandar BaitulMaqdis.

Berhubung kejadian, pemberita agensi berita Safa menjelaskan bahawa pertempuran yang meletus antara puluhan pemuda BaitulMaqdis(penduduk asal Palestin di Al-Quds) dengan tentera penjajah ekoran seorang kanak-kanak Palestin berusia 6 tahun diculik tentera penjajah berdekatan dengan Khemah Al-Bustan.

Pemuda-pemuda Palestin bertindak melontar batu dan botol kaca kosong, sementara tentera penjajah melepaskan tembakan peluru getah ke arah mereka. Sehingga laporan ini diterbitkan, sumber menyebut pertempuran tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Mutakhir ini, penculikan yang sengaja dilakukan oleh tentera rejim penjajah ke atas kanak-kanak Palestin di BaitulMaqdis semakin menjadi-jadi. Sedemikian itu, tentera penjajah mendakwa kanak-kanak terbabit terlibat dalam akviti tempur serta melontar batu ke arah warga-warga zionis. Sumber 25/09/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Pertempuran berasingan dengan tentera penjajah di Bayt Awwa

Laporan jam 04:45 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 03:45 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 03:45 petang, waktu Mesir

KHALIL - Dua pertempuran berasingan telah tercetus antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera rejim penjajah(Israel) di persimpangan Bayt Awwa yang terletak di barat daya Khalil, selatan Tebing Barat.

Menurut saksi dari lokasi kejadian berkata, tentera penjajah melepaskan tembakan bom gas dan sound-bomb ke arah pemuda-pemuda Palestin. Sedemikian itu, pemuda-pemuda Palestin membalas dengan lontaran batu.

Kejadian lain yang berlaku di tenggara bandar Dura, tentera penjajah menyasarkan beberapa buah rumah penduduk Palestin dengan bom gas. Malahan, tentera penjajah turut bertindak menutup pintu masuk di jalan utama ke kampung Ar-Reif.

Sebagaimana dinyatakan, lokasi pertempuran dengan tentera penjajah hampir dengan kawasan penempatan zionis 'Negohot' dan lubuk penempatan 'Gif'at Bustan'. Berhubung kejadian, didapati tentera penjajah meningkatkan kerahan pasukan tentera di sekeliling kawasan penempatan dengan alasan memberi perlindungan kepada warga Yahudi. Sumber 25/09/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Aktivis zionis halang bas bawa keluarga tahanan

21 September 2011

Laporan jam 12:23 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 11:23 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Puluhan dari aktivis zionis(Israel) telah menghalang perjalanan dua buah bas yang membawa keluarga para tahanan Palestin sewaktu dalam perjalanan menuju ke penjara Nafhah. Jelas dari sumber bahawa tindakan halangan itu dilakukan oleh aktivis-aktivis yang bersimpati terhadap nasib seorang tentera rejim zionis, Gilad Shalit yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Radio Israel versi hebrew(Ibrani) berkata, hampir 40 aktivis zionis dari badan-badan tertentu yang bertindak demi pembebasan Gilad Shalit telah merintangi sebatang jalan yang dilalui dua buah bas berhampiran daerah 'متسبيه رامون'. Sebagaimana yang disebutkan, bas berkenaan membawa ahli keluarga tahanan Palestin ketika dalam perjalanan menuju ke penjara padang pasir 'Nafhah'.

Memetik kata-kata dari aktivis zionis, "selagimana sebarang tindakan untuk melawat Shalit tidak dibenarkan, maka tidak boleh izinkan orang Palestin menziarahi ahli keluarga mereka yang terpenjara di Israel."

Berikutan kejadian, satu pasukan polis zionis telah tiba di lokasi berkenaan serta meminta para demonstran dari kalangan aktivis zionis agar membuka kembali rintangan di pertengahan jalan bagi membolehkan dua buah bas berkenaan meneruskan perjalanan menuju ke penjara padang pasir 'Nafhah'. Sumber 21/09/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS