Memperingati detik tentangan Israel ke atas Gaza
27 Disember 2009
Hari ini, 27/12/2009 bermakna telah genap setahun tarikh dan detik tentangan Israel ke atas Gaza. Sumber melaporkan Kerajaan Palestin di Gaza mengadakan sambutan memperingati serangan dahsyat Israel ke atas Gaza dari 27/12/2008 sehingga 18/01/2009.Sambutan yang diadakan di hadapan bangunan Majlis Legislatif Palestin bermula sebaik sahaja siren amaran dibunyikan sebagai simbol mengingati saat serangan pertama Israel ke Gaza jam 11.20 pagi tadi(waktu Mesir). Selain itu, sumber juga menyatakan, sebuah dinding di hadapan bangunan tersebut yang dicatatkan nama-nama syuhadak turut dipamerkan kepada tatapan penduduk Gaza yang turut serta dalam upacara tersebut.
Sementara itu, keadaan di sempadan Gaza-Israel kelihatan tenang tanpa kedengaran deruan jentera perang Israel. Sebelum ini, akhbar tempatan Mesir melaporkan bahawa Israel menggugurkan memo peringatan kepada penduduk Gaza beberapa hari yang lalu. Sumber 27/12/2009, berita al-Jazeerah


0 comments:
Catat Ulasan