15 lagi didakwa terlibat dalam pembunuhan Mabhuh
25 Februari 2010
Dalam siasatan berhubung pembunuhan Mohammad Abdul Rauf Al-Mabhuh, salah seorang pemimpin HAMAS yang juga merupakan pemimpin tertinggi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), polis Dubai menjelaskan 15 lagi individu terlibat dalam kes berkenaan.Berikutan itu, Polis Dubai menyenaraikan nama terbaru membabitkan 15 individu mengikut pasport Negara-negara berkenaan; 6 Britain, 3 Ireland, 3 Perancis dan 3 Australia.
Sementara itu, Kerajaan Australia meminta Duta Israel di Australia untuk memberikan penjelasan mengenai 3 individu terbabit yang menggunakan pasport Australia dalam pembunuhan Mabhuh. Australia juga meminta kerjasama yang sepenuhnya dari Israel bagi mendedahkan penggunaan pasport Australia dalam kes ini.
Sumber klip di sini melalui berita al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan