Zionis serah senarai pengampunan
18 November 2010
NABLUS - Sumber Palestin menyampaikan kepada agensi berita 'Maan' bahawa pihak zionis telah menyerahkan senarai pengampunan terhadap Palestin yang dikehendaki di Tebing Barat. Jelas sumber, pengampunan dari zionis sempena perayaan Aidil Adha.Tambah lagi, senarai pengampunan merangkumi 75 nama yang dikehendaki, kebanyakannya adalah terdiri dari KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera gerakan FATAH). 7 dari mereka berasal dari bandar Nablus telahpun dipindahkan dari kurungan tertutup kepada tempat kurungan yang terbuka. Sementara itu, sebilangan nama dari senarai itu telah dibenarkan pulang ke rumah, manakala yang lain diberikan pengampunan tanpa apa-apa syarat.
Sumber-sumber Palestin yang dipercayai berkata lagi, senarai pengampunan telah diberikan kepada pihak Palestin itu ketika menjelang perayaan Aidil Adha ekoran beberapa langkah yang telah diambil sempena Aidil Adha. Sumber 18/11/2010, web berita maannews.net Pautan lain:
1. Gerakan FATAH(wikipedia)(media FATAH)
2. KATAIB SYUHADA AL-AQSA(Al-Aqsa Martyrs' Brigades)
0 comments:
Catat Ulasan