AL-QASSAM: Sidang media penting esok
24 Disember 2010
GAZA - Sayap tentera kepada gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mengumumkan bahawa AL-QASSAM akan mengadakan sidang media yang disifatkan penting pada hari esok, sabtu.

Beberapa hari yang lalu, Abu Ubaidah berkata, AL-QASSAM telah bersedia untuk menghadang sebarang tentangan zionis. Nyatanya lagi, KATAIB AL-QASSAM telah bersiap sedia dan lebih kukuh(kuat) berbanding semasa perang besar-besaran yang dilancarkan zionis dua tahun yang lalu.
Semalam, web berita 'Safa' menerbitkan laporan yang menukilkan petikan Perbadanan Penyiaran British 'BBC' dari wakil Israel.
Wakil Israel yang disifatkan penjawat tertinggi berkata, gerakan HAMAS waktu ini lebih kuat berbanding sebelum Israel melancarkan operasi cast lead akhir 2008 - awal 2009 di Gaza.
Menurut wakil Israel itu lagi, selagi gerakan HAMAS memerintah Semenanjung Gaza, perang baru ke atas Gaza memang tidak dapat dielakkan, namun ia hanya melibatkan penentuan masa untuk menyerang.

Gambar(safa): Jentera perang zionis di garisan sempadan.
Serangan roket dan peluru mortar Palestin meningkat secara mendadak ke atas lokasi-lokasi tentera dan penempatan zionis di selatan tanah jajahan ekoran 5 pejuang Palestin syahid dalam serangan zionis pada sabtu lalu di Gaza. Sumber 23-24/12/2010, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan