Bot Ireland sukar diperbaiki
30 Jun 2011
Jam 07:09 malam, Mesir
BRUSSEL - Penyelaras media *flotila 2, Rami Abdouh berkata relawan-relawan yang menaiki bot Ireland akan dibahagi-bahagikan kepada kapal-kapal flotila yang lain. Hal sedemikian disebabkan bot tersebut mengalami kerosakan ekoran perbuatan sabotaj yang disyaki mempunyai hubung kait dengan ejen perisikan mossad Israel.

Gambar: Sinn Fein Councillor Gerry MacLochlainn bersama Dr. Fintan Lane(kanan).
Jelas Abdouh selaku anggota pertubuhan The European Campaign To End The Siege On Gaza(ECSEG), 'tindakan sedemikian menjadi bukti para relawan betul-betul nekad untuk mencapai tujuan mereka belayar ke Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza, Tebing Gaza) bagi menjayakan misi kemanusiaan dengan menghantar bantuan-bantuan diperlukan penduduk Palestin Gaza yang dikenakan sekatan'.

Semalam, Rami memaklumkan bahawa dua penyelam tidak dikenali yang diyakini mereka adalah ejen perisikan mossad Israel telah mensabotaj kapal flotila 2 dalam percubaan kali ketiga.
Israel suspek utama
Menurut Dr. Fıntan Lane, Pengarah Komiti Ireland pemilik bot MV Saoirse telah menyebut hari ini bahawa Israel adalah suspek utama yang disyaki dalam kejadian ini.

Gambar: Relawan dari Ireland dan Ireland Utara, Charlie McMenamin, John Mallon, Phil McCullough dan Clr Gerry MacLochlainn.
Komiti Ireland menyebut MV Saoirse mengalami kerosakan dibahagian penggerak pengemudi, selanjutnya menjejaskan keseimbangan bot yang boleh membawa kepada risiko karam. Anggota komiti ini berpendapat kerosakan yang hampir sama ini juga berlaku ke atas kapal Juliano, salah sebuah lagi kapal flotila 2 di pelabuhan Greece.
Sebagaimana yang dijadualkan, para relawan akan bertemu di perairan laut Pulau Crete(selatan Greece) pada hari Khamis atau Jumaat untuk menghantar bantuan ke Gaza, menurut aktivis pertubuhan berkenaan di Athens pada hari Isnin yang lalu.
Fintan memperjelaskan mengenai MV Saoirse yang disabotaj
Kerosakan MV Saoirse

Gambar: MV Saoirse, bot flotila 2 mengalami kerosakan akibat disabotaj.
Seiring kempen ini, perbuatan mensabotaj kapal terus menjadi-jadi di beberapa buah bandar yang menjadi pusat berlepas pelayaran kapal dan bot-bot flotila 2. Sumber 30/06/2011, web berita Safa.ps dan web berita france24.com serta merujuk web derryfriendsofpalestine
0 comments:
Catat Ulasan