Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh selaku pemimpin terkemuka gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyatakan bahawa dasar penentangan pejuang Palestin tidak pernah dihentikan sebagaimana yang dibayangi oleh kebanyakan pihak, akan tetapi ianya berada di peringkat kajian dan perancangan(mengatur strategi) untuk mengembalikan kekuatannya sebagaimana yang dirancang. Sedemikian itu, penduduk Palestin telah memahami hak-hak kesucian mereka tidak dapat dikembalikan melainkan dengan jalan jihad.
Beliau mengesahkan hal tersebut dalam kenyataannya berhubung lawatan ke Kaherah yang diterbitkan oleh akhbar 'ELKHALEEJ' Emiriah Arab Bersatu pada hari Rabu(11/01/2012) yang mengesahkan penentangan ini adalah satu-satunya hak masyarakat Palestin untuk kembalikan semula kesucian Islam, terutamanya Masjid Al-Aqsa. "Satu-satunya jalan bagi mengembalikan semula hak-hak suci di Palestin adalah jihad," ujar beliau.Perdana Menteri Palestin menegaskan bahawa pada ketika keadaan yang dilalui masyarakat Arab masa ini, BaitulMaqdis(Al-Quds) berada dalam ancaman malapetaka bahaya yang sangat besar dan tidak boleh tidak, pemimpin Arab dan sesiapa sahaja yang berada di sebalik kuasa politik Arab mesti mengerahkan segala keringat mereka agar isu permasalahan Palestin diketengahkan supaya menjadi perhatian dari umat Islam serta Arab. Sumber 11/01/2012, web berita penerangan rasmi HAMAS
Arkib sebahagian dari lawatan Haniyeh ke negara luar
dan sewaktu pulang ke Gaza:
Sewaktu tiba di sempadan Rafah sekembalinya dari lawatan ke negara luar. Beliau dan delegasinya telah mengadakan lawatan rasmi ke empat buah negara, Mesir, Sudan, Turki dan Tunisia.
Klip ini menayangkan selepas beliau memberikan ucapan di hadapan rakyat Tunisia, seorang perempuan warganegara Perancis mengumumkan keislamannya di hadapan Ismail Haniyeh.
0 comments:
Catat Ulasan