Pusat Pendokumentasian Sejarah Palestin melampirkan beberapa keping foto yang jarang ditemui. Foto-foto berkenaan menceritakan tentang lawatan bekas Murshidul Am Ikhwan Muslimin, as-syahid Hassan Al-Banna ke Gaza pada 66 tahun yang lalu.
 |
| As-syahid Hassan Al-Banna |




Tambahan dari foto yang dikemukakan oleh web berita PALTIMES, catatan sejarah yang mengaitkan perjuangan Ikhwan Muslimin mempertahankan tanah Palestin tidak dapat dinafikan lagi. Berikutan itu, sebuah risalah kecil yang ditulis oleh Abdullah Al-'Aqil berjudul 'lembaran-lembaran jagoan Ikhwan Muslimin di Palestin' menceritakan tentang siri perjuangan Ikhwan Muslimin di tanah Palestin. Begitu juga, sebuah lagi buku yang dikarang oleh Dr. Tareq Mohammed Al-Suwaidan berjudul 'فلسطين..التاريخ المصور' dalam muka surat 261 menceritakan bagaimana usaha Hassan Al-Banna menggerakkan para mujahideen(pejuang-pejuang) dari Mesir ke Palestin pada tahun 1947 masehi bersamaan 1366 hijriah. Pada waktu itu, Mesir diperintah oleh Raja Farouq. Maka, hampir 10 ribu sukarelawan dari kalangan mujahideen Ikhwan Muslimin bergerak menuju ke tanah Palestin. Semasa di pertengahan jalan, mereka telah dihadang tentera Mesir dan melarang dari meneruskan langkah ke Palestin. Hassan Al-Banna berundur bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan dengan tentera Islam.
 |
| Sejarah ringkas yang ditulis oleh Dr. Tareq Al-Suwaidan dalam buku beliau, m/s 261.
|
Bagaimanapun, selepas kejadian ini, para mujahideen dapat meloloskan diri mereka dan bergerak mara ke tanah Palestin. Pada saat itu, catatan-catatan sejarah menceritakan operasi-operasi ketenteraan yang dijalankan oleh para mujahideen mengakibatkan ramai tentera British dan zionis terbunuh.
Sumber:
1) Web berita Paltimes.net, 23/05/2012
2) بطولات الاخوان في فلسطين, Abdullah Al-'Aqil
3) فلسطين..التاريخ المصور, Dr. Tareq Al-Suwaidan
0 comments:
Catat Ulasan