الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Karikatur: Rundingan secara tidak langsung

09 Mei 2010

Sumber karikatur (palestine48)

Akhirnya Palestin Ramallah menerima rundingan secara tidak langsung dengan Israel.

(Berita ringkas): PLO bersetuju mengadakan rundingan secara tidak langsung dengan Israel. Amerika mengalu-alukan tindakan PLO. Salah seorang pemimpin PLO, Yaseer Abdurrabbuh berkata, 'Barisan kepimpinan Palestin(Ramallah) mengambil iktibar bahawa jaminan-jaminan pentadbiran Amerika Syarikat terhadap usaha rundingan itu sebagai dokongan kepada keputusan untuk mengadakan rundingan dengan Israel.' Sumber 08/05/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

PLO setuju rundingan secara tidak langsung dengan Israel, HAMAS anggap keputusan tidak mewakili Palestin

RAMALLAH - GAZA - Agensi berita: Akhir perjumpaan Lajnah Eksekutif bersama Lajnah Pusat gerakan FATAH semalam telah diumumkan persetujuan bagi memulakan rundingan secara tidak langsung dengan Israel. Malah dengan seberapa segera, Amerika Syarikat mengalu-alukan keputusan PLO.

Jurucakap Kementerian Luar Amerika Syarikat, B.G Crowly, berkata, 'keputusan ini adalah langkah yang cukup penting'. Tambah beliau, George Mitchell, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah akan mengikuti perkembangan hal ini ketika kunjungan yang berlangsung sebelum mengadakan perjumpaan dengan Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) kali ketiga.

Ketika laporan ini dicatat, Mahmoud Abbas menerima kunjungan George Mitchell di Ramallah hari ini.

Sebagaimana sumber melaporkan, wakil-wakil kumpulan pembebasan Palestin yang berada dalam keanggotaan PLO memperlihatkan pendirian yang berbeza dan bertentangan mengenai rundingan tidak langsung dengan Israel sebelum perjumpaan semalam diadakan. Bagaimanapun, wakil-wakildari gerakan FATAH mengumumkan bahawa mereka bersepakat untuk menjalankan rundingan secara tidak langsung dengan alasan 'memintas keputusan golongan berhaluan kanan Israel'.

Gerakan dan parti-parti pembebasan Palestin membantah keputusan PLO

Bagaimanapun, JABHAH TAHRIR PALESTIN, PARTI RAKYAT, dan PERTAHANAN RAKYAT BAGI PEMBEBASAN PALESTIN membantah kembali ke meja rundingan dengan Israel.

Dari pihak HAMAS dan JIHAD ISLAMI pula telah menjangkakan sesuatu yang akan dicapai ketika perjumpaan PLO berhubung rundingan tidak langsung.

HAMAS dalam kenyataan akhbar beberapa hari sebelum ini telah mengingatkan agar tidak mengadakan semula rundingan dengan Israel. Sebelum ini, PLO telah mengambil keputusan sedemikian mengikut kemahuan Amerika Syarikat dan Israel, sebagai ganti memperolehi kestabilan kewangan.

Fauzi Barhoum, jurucakap rasmi HAMAS berkata, Pertubuhan Pembebasan Palestin telah kehilangan haknya dari segi perundangan malah tidak lagi mewakili penduduk Palestin dengan keputusannya untuk kembali kepada rundingan secara tidak langsung dengan penjajah.

Dalam keterangan awal malam semalam, beliau berkata, 'PLO memutuskan ketetapan itu dalam masa penjajah masih meneruskan penentangannya yang menggila dengan bina penempatan, pengyahudian, pengusiran(pembuangan) penduduk Palestin di Tebing Barat dan sekatan ke atas masyarakat kami di Semenanjung Gaza.'

Israel dengan rundingan tidak langsung

Menurut web berita Arab 48(Palestine48), dari radio Israel menyebut beberapa wakil jawatan tertinggi Israel yang mengisyaratkan jika rundingan secara tidak langsung ini gagal, maka Israel akan mengemukakan pelan damai yang diselaraskan dengan kuartet 4 antarabangsa(Amerika Syarikat, PBB, EU dan Rusia).

Sumber berita Al-Jazeerah melaporkan dari ucapan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel berkata rundingan secara tidak langsung dengan Palestin akan dijalankan tanpa syarat-syarat sebelum ini. Malah Netanyahu berharap, rundingan secara tidak langsung ini akan dibawa ke rundingan secara langsung seberapa segera.

Selain itu, Presiden Israel, Simon Perez dalam perbincangannya dengan Mitchell telah mendahului keputusan PLO yang menetapkan masa bermulanya rundingan.

Perez berkata, rundingan secara tidak langsung mesti menumpukan kepada keamanan.

"Penyusunan langkah keamanan menjadi sandaran utama kepada Israel dalam perbincangan(rundingan) dengan Pihak Berkuasa Palestin", ujar Perez.

Arekat merasa aneh sebelum rundingan

Beberapa penjawat tertinggi Israel menjangkakan rundingan ini akan gagal malah menemui jalan buntu. Dalam masa yang sama, Saeb Arekat, Badan Perunding Pihak Berkuasa Palestin mempamerkan rasa aneh berhubung kenyataan-kenyataan sedemikian sebelum rundingan ini bermula. Berikutan itu, niat Israel seolah-olah wujudnya komplot bagi menggagalkan rundingan secara tidak langsung.

Arekat berkata, Amerika Syarikat akan mengumumkan pendiriannya dalam dua hari lagi mengenai jaminan-jaminannya bagi mengadakan semula rundingan.

"Pihak kami(Palestin) telah mendengar dari mereka(Amerika)", ujar Arekat.

Sementara itu, Nabil Abu Radinah jurucakap bagi kepimpinan Palestin Ramallah mempastikan lagi kenyataan Arekat bahawa Presiden Amerika, Barrack Obama telah mengutuskan surat kepada Mahmoud Abbas yang menyatakan janjinya mendirikan Negara Palestin. Sumber 09/05/2010, berita Al-Jazeerah, suratkhabar Al-Ahram(Mesir), suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

___________________________________________________

Berita lain: Menurut gerakan damai Israel sekarang(حركة السلام الآن الإسرائيلية), Majlis Perbandaran Al-Quds membina 14 buah unit perumahan di Ra'sul 'Amuud.

Sumber dari Pertubuhan Hak-hak Asasi Israel menyatakan kebanyakan penduduk Palestin yang tinggal di Timur Al-Quds hidup di bawah garis kemiskinan.

Read more...

Israel ancam serang konvoi bantuan laut

08 Mei 2010

Sumber yang dipetik dari suratkhabar Al-Ahram(Mesir) hari ini bahawa Kementerian Luar Israel telah mengancam akan menyerang konvoi Persekutuan Hak-hak Asasi Manusia, Free Turkey secara khusus yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin jika menghampiri perairan laut Gaza.

Dari pihak Persekutuan tersebut, Presidennya(بولنت يلدرم) dalam kenyataan akhbar membuat bantahan ke atas ancaman Israel kerana pihaknya telah membuat persediaan yang rapi untuk menyampaikan bantuan-bantuan. Dijelaskan, bantuan-bantuan untuk dihantar ke Gaza terdiri daripada ribuan tan besi, 6 ribu tan simen dan keperluan perubatan yang pelbagai.

Berikutan itu, lapan buah kapal besar akan digunakan untuk membawa bekalan bantuan. Sumber memaklumkan, konvoi memulakan pelayaran pada 23 Mei menuju ke Cyprus dan laluan konvoi laut menjauhi 80 kilometer dari perairan laut Israel.

Tambah beliau lagi, perkara ini tidak ada sebarang perlanggaran undang-undang maritim antarabangsa sedangkan tujuan konvoi adalah membawa bekalan kemanusiaan sahaja bukannya senjata mahupun roket.

"Jika Israel mahu menyerang juga, maka seranglah dan akibat serangan itu Israel dikenali Negara lanun sepertimana lanun Somalia", sindir Presiden. Sumber 08/05/2010, web berita Palestine48

Read more...

Pengumuman rundingan secara tidak langsung pada hari ini

Utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah, George Mitchell(gambar) telah mengadakan pertemuan dengan Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) di Ramallah menjelang perjumpaan terdekat ini bagi Lajnah Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO). Dijangkakan, rundingan secara tidak langsung antara Palestin-Israel akan bermula.

Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Nabil Abu Radinah bahawa keputusan akhir berkenaan rundingan akan diteliti dalam perjumpaan hari ini. Hasil itu akan disampaikan kepada Mitchell yang bakal mengumumkan permulaan rundingan petang sabtu atau ahad sebelum beredar ke Washington.

Sebagaimana dimaklumkan, Abbas bersetuju ke meja rundingan secara langsung dengan Israel. Walaubagaimanapun, ke meja rundingan perlu kepada dokongan rasmi daripada Lajnah Eksekutif PLO.

Beku penempatan

Walaupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu setuju membekukan sebahagian projek pembinaan penempatan Israel selama 10 bulan, namun Netanyahu membantah dari mengumumkan secara terang-terangan berhubung pembekuan pembinaan perumahan Israel di Timur Al-Quds.

Semalam(jumaat), Mitchell dalam kunjungannya yang berulang-alik dari Washington-Timur Tengah turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Israel, Avigdor Liberman dan Presiden Israel, Simon Perez. Kunjungan Mitchell yang bermula pada rabu lalu kerap mengadakan pertemuan dengan Netanyahu.

Perez dalam pertemuan dengan Mitchell semalam turut menyampaikan Washington perlu mengambil berat keamanan Israel.

Dijelaskan lagi, masalah keamanan amat dititikberatkan bagi pihak Israel, malah yang menggugat keamanan di Israel adalah serangan roket yang dilancarkan oleh gerakan HAMAS dari Gaza.

Presiden Israel turut menyatakan secara pasti bahawa penyelesaian konflik ini adalah dengan penubuhan dua Negara.

"Tel-Aviv juga mahu penubuhan Negara Palestin bersebelahan dengan Israel", kata Perez.

Andaian Shaloum

Sementara itu, Silvan Shaloum, Timbalan Perdana Menteri Israel membuat andaian bahawa rundingan Palestin-Israel tidak akan mudah mencapai kemajuan.

Shaloum menyifatkan rundingan yang bakal dilaksanakan adalah bicara dari dua belah pihak. Dijelaskan, sudut yang menjadi tumpuan dalam rundingan merangkumi projek-projek ekonomi, penambahbaikan zon-zon(kawasan) pertanian serta projek usahasama dalam sektor janakuasa elektrik, kesihatan, air, dan infrastruktur binaan.

"Pihak Berkuasa Palestin memang telah melaksanakan kerjanya seperti sebuah Negara," ujar Shaloum.

Tambah Shaloum lagi, "benar Palestin tiada sempadan tetapi kami(Israel) juga tiada sempadan."

Perjumpaan Palestin

Sehubungan dengan itu, sumber melaporkan Lajnah Eksekutif PLO dan Lajnah Pusat gerakan FATAH mengadakan perjumpaan bersama pada hari ini yang diketuai Mahmoud Abbas.

Dijelaskan, perjumpaan tersebut adalah untuk menetapkan keputusan dan ketetapan rasmi berhubung rundingan secara tidak langsung dengan Israel.

Saeb Arekat, Badan Perunding PLO dalam kenyataannya semalam sebaik sahaja pertemuan Mitchell dengan Abbas menegaskan betapa penting Israel memberi komitmen dengan menghentikan pembinaan penempatan Israel, menghentikan penangkapan dan melepaskan Yayasan-yayasan Palestin di bandar Al-Quds untuk beroperasi semula.

Arekat turut menyatakan pihak Palestin bersungguh-sungguh bagi menjayakan usaha dari Presiden Amerika, Barrack Obama dan George Mitchell.

"Semua orang tahu apa yang Palestin mahukan, iaitu penubuhan Negara Palestin, ibu negaranya adalah Al-Quds malah pihak Palestin mahu Israel membebaskan tahanan-tahanan Palestin serta menghentikan pembinaan penempatan," tegas Arekat. Sumber 08/05/2010, web berita Al-Jazeerah dan web berita maannews.net

Baca lagi:

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS