الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Ketua Perisikan Mesir ke Israel

04 November 2010

AL-QUDS, - Ketua Badan Perisikan Am Mesir, Wazir Omar Sulaiman telah tiba di Israel hari ini sebelum menjelang tengah hari tadi.

Gambar(safa): Kiri, Simon Perez dan kanan, Omar Sulaiman.

Menurut radio umum Israel dalam laporannya terdahulu menyebut bahawa Sulaiman akan mengadakan pertemuan dengan Presiden rejim zionis, Simon Perez sebaik sahaja tiba di Israel.

Sumber menyatakan, pertemuan antara kedua-dua pihak ini akan membincangkan beberapa permasalahan dan isu yang berkaitan dengan jadual masa mengurus isu.

Sepertimana yang disebut, perkara pertama yang akan disentuh adalah jalan untuk mengembalikan semula rundingan bagi membina persamaan penyelesaian isu antara rejim zionis dan Palestin. Hal yang bakal diperbincangkan ini ekoran dari sebab kerja perumahan zionis yang dibangunkan lagi di penempatan-penempatan haram Israel. Selain itu, kedua-dua pihak ini akan membincangkan lagi beberapa lagi permasalahan serantau.

Menurut radio umum Israel, sepertimana yang dijadualkan, Sulaiman juga akan bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Perangnya, Ehud Barak. Sumber 04/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

Syahid dan cedera dalam pengeboman zionis di Gaza

03 November 2010

GAZA - Laporan terkini menyebut seorang Palestin syahid dan tiga lagi cedera dalam satu letupan di pertengahan bandar Gaza.

Letupan kuat yang dikatakan dari sebuah serangan mengakibatkan ada penumpang kereta yang anggota tubuhnya berselerak.

Menurut berita Al-Jazeerah pada jam 1.00 petang, waktu Mesir menyatakan sebuah kereta penumpang yang melalui sebatang jalan utama berhampiran pejabat keamanan di pertengahan bandar Gaza menjadi sasaran pengeboman rejim zionis.

Gambar(safa): Kereta penumpang yang menjadi mangsa serangan pesawat rejim zionis.


Laporan dari web berita 'Safa' pada jam 11.25 pagi, waktu Palestin menukilkan kenyataan dari Penyelaras Media Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah yang memaklumkan bahawa mangsa yang syahid, Muhammad Jamal An-Namnam, 26 dan penumpang lain yang cedera telah dibawa ke hospital Shifa'.

Sumber(Al-Jazeerah) menjelaskan lagi mangsa yang syahid adalah dari pejuang JAISHUL-ISLAM.

Jelas dari berita Al-Jazeerah dan web berita safa yang menukilkan dari Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza telah mengesahkan pengeboman tersebut natijah dari pengeboman pesawat pengintip rejim zionis.

Pemberita Al-Jazeerah melaporkan ketika kereta yang dibom itu meletup, beberapa buah pesawat tempur zionis dan pesawat pengintip terus berlegar-legar di ruang udara. Sekaligus mendorong beberapa sumber kejadian menjelaskan letupan tersebut ekoran dari pengeboman pesawat pengintip ke atas kereta berkenaan.

Jurucakap unit kecemasan Kementerian Kesihatan Gaza berkata, 3 orang dari mangsa pengeboman itu adalah wanita dan mereka mengalami kecederaan dalam serangan zionis.

Sementara itu, tentera rejim zionis enggan mengulas tentang kejadian tersebut biarpun Semenanjung Gaza yang di bawah sekatan dalam keadaan tenang beberapa ketika.

Kejadian sedemikian dinyatakan adalah serangan pertama setelah perang lalu ketikamana keadaan di Gaza tenang. Malah turut mendorong pihak keamanan dan keselamatan terus berwaspada setiap masa. Di samping itu, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin di Gaza juga mengambil sikap berjaga-jaga. Sumber 03/11/2010, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

ABU ALI sekat unit khas zionis

02 November 2010

GAZA - Kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN telah memaklumkan bahawa salah sebuah unitnya menghadang secara bersemuka unit khas rejim zionis. Sekaligus, menyekat kemaraan zionis yang cuba melepasi masuk ke kawasan 'أبو مطيبق' di timur Al-Maghazi, pertengahan Semenanjung Gaza.

ABU ALI MUSTAFA dalam kenyataan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa pejuang-pejuangnya telah berjaya mengesan gerak-geri unit khas zionis. Lalu, pada jam 01.55 pagi, waktu Palestin, kumpulan pejuang Palestin melepaskan serangan roket jenis 'hawn', 90mm ke arah tentera rejim zionis.

Kenyataan tersebut menyatakan lagi, tentera rejim zionis membalas serangan pejuang dengan peluru berpandu jarak jauh. Namun, pejuang-pejuang ABU ALI MUSTAFA terselamat dari serangan zionis.

Dalam kenyataan rasmi tersebut, kumpulan pejuang Palestin menyatakan bahawa operasi ketenteraannya adalah membalas jenayah yang dilakukan penjajah terhadap penduduk Palestin serta mempertahankan tanah-tanah Palestin. Malah pejuang-pejuang ABU ALI turut mengesahkan lagi, 'penentangan' dan 'serangan bersemuka' terus berlanjutan ketikamana penduduk Palestin menjadi sasaran bunuh, rata tanah, sekatan Israel, pengyahudian dan mangsa penangkapan zionis. Sumber 02/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

Zionis sasarkan tembakan ke rumah, nelayan Gaza

01 November 2010

RAFAH - Kejadian yang berlaku pada awal pagi ini, beberapa buah jip tentera rejim zionis yang berada di pos kawalan Karem Abu Salem, timur Rafah telah melepaskan tembakan machine-gun ke arah beberapa buah rumah penduduk Palestin.

Saksi kejadian yang menyampaikan kepada pemberita 'Safa' menjelaskan bahawa tentera rejim zionis yang berada dalam jip-jip tentera jenis 'hummer' menembak secara rambang ke arah rumah-rumah penduduk dan tanah pertanian.

Mengulas kejadian tersebut, pemberita 'Safa' menjelaskan lagi tembakan itu berlanjutan lebih dari 30 minit. Sehingga itu, dapat dilihat kesan peluru-peluru yang melintangi dari ruang udara kawasan Ad-Dahiniah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza(telah hancur musnah) di timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Kejadian malam yang lalu, rejim zionis mengadakan tinjauan secara kerap dari beberapa kawasan di ruang udara selatan Semenanjung Gaza.

Nelayan Gaza terancam

Sementara itu, kejadian lain yang dilaporkan pagi ini di perairan laut, pertengahan Gaza bahawa bot-bot laju zionis telah melepaskan tembakan dari senjata beratnya ke arah beberapa buah bot nelayan Palestin.

Jelas 'Safa', '..dalam jarak yang dekat, bot-bot laju tentera rejim zionis menembak ke arah bot-bot nelayan. Sekaligus mendorong sebahagian dari nelayan beredar meninggalkan kawasan terbabit dan sebahagian yang lain berlayar ke kawasan yang lebih aman untuk meneruskan aktiviti penangkapan ikan.'

Tiada yang cedera

Dua kejadian yang dilaporkan, sehingga kini, agensi berita 'Safa' menyebut tidak ada sebarang laporan mengenai mangsa dari kalangan penduduk Palestin mengalami kecederaan. Sumber 01/11/2010, web berita safa.ps

Baca lagi:

1. Pesawat pengintip gugur, jentolak zionis terbalik
2. Bot laju zionis hala tembakan ke arah nelayan Gaza

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS