الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Akhbar Algeria: Dahlan bekal senjata kepada Ghadafi

04 April 2011

Laporan asal jam 08.24 pagi, Palestin/Makkah
Jam 07.24 pagi, Mesir

Sumber dari akhbar Algeria 'الشروق' telah mendedahkan bahawa seorang bekas pimpinan gerakan FATAH, Muhammad Dahlan dan seorang lagi individu penting Palestin yang berlatarbelakang asal-usul Iraq terjebak dalam kegiatan sulit dengan sebuah syarikat Israel mengimport senjata kepada Kolonel Muammar Al-Ghadafi, pemimpin Libya.

Gambar(Pls48): Gambar kecil, atas, Muhammad Dahlan dan bawah Muammar Al-Ghadafi, pemimpin Libya. Bersebelahan mereka, sebutir dari bom berangkai yang terpapar simbol Yahudi-Israel.

Umar Al-Khadhrawi, penentang Kerajaan Libya ketika dihubungi wartawan الشروق dari sempadan Libya-Tunisia, menjelaskan, bekas pimpinan FATAH, Muhammad Dahlan dan seorang lagi yang dikenali Muhammad Rashid atau nama asalnya Khalid Salam berbangsa Kurdish merupakan dalang di sebalik kegiatan sulit membekalkan senjata kepada Kolonel Muammar Al-Ghadafi. Senjata-senjata tersebut digunakan mengebom penduduk di bandar Misrata, barat Libya. Khalid Salam juga adalah seorang penasihat kepada Yaseer Arafat, bekas Presiden Palestin.
_______________________________________
Pautan lain:

FATAH mengeksploitasi usaha antarabangsa untuk kembali ke Gaza - HAMAS

_______________________________________

Penentang Libya itu antara kader politik kepada barisan revolusi di zon barat turut mengesahkan bahawa Khalid Salam tiba di pelabuhan Tripoli datang dari Greek dengan sebuah kapal muatan senjata Israel. Tambahan lagi, barisan revolusi di Misrata berjaya merampas sebahagian dari senjata tersebut, dan berita itu telah disiarkan secara langsung oleh stesen berita Al-Jazeerah Qatar mengenai beberapa keping gambar rakaman, antaranya bom berangkai(cluster bomb, قنابل عنقودية ) yang terpapar bintang Daud enam bucu, iaitu simbol Yahudi-Israel.

Umar Al-Khadhrawi turut menerangkan bahawa, walaupun Kolonel Al-Ghadafi menzahirkan permusuhannya dengan Israel tetapi realiti yang berlaku adanya ikatan sulit dengan pihak Israel melalui orang tengah, Muhammad Dahlan bekas Menteri Keselamatan Pemerintah Palestin Ramallah.

Gambar(wikipedia): Jenis dari bom berangkai.

Gerakan HAMAS dan sebahagian anggota FATAH menuduh Dahlan pernah terlibat dalam beberapa kes merbahaya yang mengancam Palestin, menurut Al-Khadhrawi, iaitu jaringan mafia yang berhubung terus dengan sebuah syarikat Israel bagi menyeludup pelbagai jenis senjata ke luar, sehinggakan ada senjata yang diharamkan pihak antarabangsa. Sumber 04/04/2011, web berita Palestin 1948(Pls48)

Read more...

[Gambar] Muka hadapan buku pilihan

Buku berjudul 'ISRAEL IS NOT REAL'
Penulis: Anwar M.Aris
Terbitan: Alam Raya Enterprise

Read more...

14 sayap tentera: kami menilai semua pilihan yang ada

03 April 2011

Laporan asal jam 11.23 pagi, waktu Palestin/Makkah
Jam 10.23 pagi, Mesir
Jam 04.23 petang, waktu Malaysia

GAZA - Sayap-sayap tentera kepada kumpulan pembebasan Palestin di Gaza(ada media menyebut kumpulan pemisah) menyatakan mereka sedang menilai bentuk serang balas ke atas tindakan jenayah rejim zionis terhadap penduduk Palestin ekoran yang terkini pembunuhan ke atas tiga komander AL-QASSAM.

"Jenayah ini takkan dibiarkan tanpa ada hukuman, dan musuh akan menanggung kesemua hukuman itu," tegas sayap tentera.

Awal pagi sabtu[baca], pesawat pengintip zionis telah mengebom sebuah kereta di Gaza tengah(Pertengahan Semenanjung Gaza). Serangan tersebut mengakibatkan tiga komander AL-QASSAM syahid dan seorang awam cedera.

Ketika sidang akhbar yang berlangsung di bandar Gaza pagi tadi, sayap-sayap tentera berkata, "bentuk serangan sedang dinilai berikutan banyak pilihan yang kami ada dan ianya akan menuruti persetujuan kumpulan pejuang mengikut kemampuan di medan tempur," namun tegas mereka, "pejuang berhak membalas jenayah ini pada masa dan waktu yang sesuai."

Tambah lagi, "kami tidak dapat menerima persamaan isu yang diwar-warkan oleh musuh ke atas penduduk Palestin dan pejuang Palestin," berikutan itu, "jenayah yang dilakukan penjajah memberikan peringatan tanda amaran buruk kepadanya, malah pemimpin-pemimpin zionis yang dungu akan menyesal pada satu ketika setelah berfikir melakukan tindakan-tindakan bodoh ini."

Cubaan menculik warga Israel

Berhubung dakwaan bohong yang disebut rejim zionis bahawa pejuang AL-QASSAM yang dibunuh merancang untuk melakukan penculikan ke atas warga Israel di Sinai(Mesir), jurucakap pejuang SARAYA AL-QUDS yang turut berkata dalam kenyataan sayap tentera, "operasi ketenteraan pejuang Palestin hanya terbatas dalam sempadan tanah Palestin yang dijajah."

Kenyataan sayap tentera turut menjelaskan lagi, beberapa pihak, antaranya Eropah telah menghubungi kumpulan pembebasan Palestin agar bertenang setelah keadaan serangan menyengit di Gaza, jawapan dari pejuang Palestin, inisiatif yang sedemikian tertakluk dengan kaedah, 'tenang penjajah diikuti dengan balasan tenang, tetapi rejim penjajah tidak menurut.'

Ketika sidang akhbar, jurucakap AL-QASSAM menjawab soalan wartawan, "bukan suatu yang baru apabila zionis mengumumkan niatnya untuk melancarkan perang ke atas Semenanjung Gaza, jika zionis menetapkan sedemikian, maka, kumpulan-kumpulan pejuang bersedia untuk membalas."

Tambah jurucakap sayap tentera HAMAS, "pejuang ada banyak pilihan untuk melayani tindakan-tindakan zionis pada masa yang sesuai," katanya lagi, "ianya tidaklah disyaratkan serang balas mesti dibalas dengan serta-merta sebagaimana yang dijangkakan oleh musuh atau sesiapa sahaja."

Tidak lagi turut gencatan senjata(tenang)

Menjawab soalan sebahagian dari sayap senjata yang telah mengumumkan tidak akan lagi mengikut gencatan, kata Abu Ubaidah, "sebarang pengumuman dari mana-mana sayap senjata adalah menurut kepentingan kepada masyarakat Palestin," jelasnya lagi, "dari sidang akhbar inilah kesemua sayap tentera mengumumkan sikap dan pendiriannya."

Sambil menegaskan, pejuang Palestin tidak akan tunduk kepada persamaan yang rejim penjajah cuba heret ke dalamnya. Berikutan itu, pejuang Palestin mempunyai tunjang kepada inisiatif dalam setiap peringkat.

Sidang akhbar yang berlangsung di أرض الكتيبة, bandar Gaza dihadiri sayap senjata, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, SARAYA AL-QUDS, KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, KATAIB NASEER SALAHUDDIN, KATAIB MUJAHIDEEN, KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH, KATAIB AL-AQSA "Unit Istisyhad Nabil Mas'ud", KATAIB HIMAH AL-AQSA, QUWWAH AS-SAI'IEQAH, KATAIB SYAHID AHMAD JIBRIL, KATAIB AL-ANSAR, NUSUUR FALASTIN, dan KATAIB SAIFUL ISLAM.

Penutup kepada kenyataan sayap tentera dalam sidang akhbar, kesemua sayap tentera mengharap dapat menyembahkan syahid kepada Allah Ta'ala, di samping janji-janji darah syuhadak tidak akan mengalir sia-sia dan mereka berpegang dengan sumpah setia. Sumber 03/04/2011, web berita safa.ps, web berita Al-Quds Al-Arabi dan web rasmi penerangan AL-QASSAM

Read more...

HAMAS sangkal pembohongan zionis yang bertujuan bunuh komander AL-QASSAM

02 April 2011

Laporan asal jam 08.46 pagi, Palestin/Mesir
Jam 02.46 petang, waktu Malaysia

Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) pagi ini menyangkal dakyah bohong dan helah sepertimana yang disebutkan rejim zionis bagi mewajarkan jenayahnya membunuh tiga komander AL-QASSAM.

Serangan udara zionis awal pagi tadi di Khan Yunus telah membunuh seorang komander tertinggi, إسماعيل لبّد dalam lingkungan umur 35(gambar), serta saudaranya محمد لبّد, berusia 44 tahun dari Mukhayyam Shatie dan محمد الداية berusia 35 tahun berasal dari Hayyu As-Sabrah, bandar Gaza.

Kenyataan media HAMAS dari jurucakapnya, Fauzi Barhum menyebut kerajaan rejim zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan dari akibat tentangan ini. Beliau turut menyeru kepada peringkat rasmi dan masyarakat dari Negara-negara Arab dan Islam mengambil pendirian dan ketetapan tegas terhadap penjajah ini selari dengan kesengsaraan yang dilalui masyarakat Palestin.

Jurucakap HAMAS menegaskan bahawa pengeboman zionis menyasarkan kereta dan tiga yang terbunuh adalah perbuatan jenayah yang sengaja dilakukan. Hal ini, pembunuhan dan tindakan jenayah berupa negara pengganas menjadi dasar yang sentiasa dilakukan kerajaan penjajah.

Beliau menilai bertambahnya pembunuhan ke atas penduduk Palestin kerana tidak ada keadilan di peringkat antarabangsa, ketetapan yang tegas malah tidak ada seorang pun dari pemimpin zionis yang diadili atas kekejaman yang dilakukan.

Jelas beliau,"sepatutnya pentadbiran Amerika Syarikat mesti menghentikan semua bentuk sokongan, kewangan dan ketenteraan kepada kerajaan penjajah kerana faktor ini menjadi pendorong kepada pengganas membunuh penduduk Palestin." Sumber 02/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS