الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

[Karikatur] Terlalu lembap

08 April 2011

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah.net

"Sepatutnya laporan Goldstone mengenai perang Gaza(akhir 2008- awal 2009) boleh menghukum kepala-kepala rejim zionis. Walaupun ada pihak yang menggesa agar dipercepatkan mengemukakan laporan tersebut ke Badan-badan antarabangsa untuk menghukum zionis, namun ada pihak yang menangguh dan teragak-agak kerana memikirkan kepentingan lain yang lebih menguntungkan. Tak dinafikan, laporan Goldstone hanya menjadi isu semata-mata mengutuk kekejaman rejim zionis ataupun rejim penjajah tetapi hanya sekadar mengutuk, tiada apa-apa tindakan perundangan yang sewajarnya perlu. Lebih cerdik lagi, Britain melindungi penjenayah perang dengan peruntukan undang-undang terbarunya.

Kini, yang melepas dan terlepas adalah Arab yang asyik dengan lamunan mimpi perdamaian yang tidak menjanjikan apa-apa erti, tambahan pula mengundang kutukan dan kritikan serta tohmahan. Mungkin tsunami Jepun boleh mengajar mereka setelah angin revolusi sedang ditiup pergi, itupun jika Arab terlalu lembab, kesannya yang sengsara terus disengsarakan".

حسبي الله و نعم الوكيل

Read more...

Lagi kekejaman terbaru zionis di Gaza

Laporan terkini jam 12.52 petang, Palestin/Mekah
Jam 11.52 pagi, Mesir

GAZA - Kekejaman terbaru zionis pada waktu tengahari tadi mengakibatkan tiga lagi syahid dan empat cedera dalam dua kejadian pengeboman berasingan di bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza).

Pemberita Safa melaporkan pesawat pengintip tanpa pemandu zionis telah melancarkan beberapa serangan, salah satunya gugur ke atas rumah Ibrahim Qudaih. Akibatnya, rumah tersebut terjejas teruk. Tambahan pula, penghuni rumah itu, surirumah dan seorang anaknya syahid, dan dua lagi anaknya cedera.

Lapor Safa, satu lagi serangan mengakibatkan seorang lagi penduduk Palestin yang berusia syahid apabila kawasan Hayyu Al-Manarah yang berhampiran Masjid Said Qutub di selatan Khan Yunus menjadi sasaran serangan.

Berhubung kekejaman zionis, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, tiga penduduk syahid berikutan dibom, iaitu seorang yang berusia, Talal Abu Taha, 55, Najah Qudaih, 45 dan anaknya Nidhal Qudaih, 21 dan dua lagi cedera.

Jumlah terkini yang syahid sejak pagi tadi telah meningkat kepada lima yang syahid. sebelum itu, dua pejuang AL-QASSAM syahid.
________________________________________________
Baca lagi:

________________________________________________

Sejak serangan zionis di Gaza dari semalam yang tidak sampai masa 24 jam, jumlah penduduk Palestin yang syahid meningkat ke angka 10 dan mangsa yang cedera melebihi 40 orang penduduk. Sumber 08/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Pesawat pengintip bunuh dua pejuang AL-QASSAM

Laporan asal jam 09.20 pagi, Palestin/Mekah
Jam 08.20 pagi, Mesir

GAZA - Pesawat pengintip tanpa pemandu atau dikenali 'si dengung' telah melepaskan satu serangan peluru ke atas sekumpulan pejuang di kawasan Al-Hawuus yang merupakanan jalan masuk ke Khuza'ah, lalu mengakibatkan dua pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) syahid.

Jelas Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, dua pejuang yang syahid, Abdullah Mahmud Al-Qura berasal dari Khuza'ah dan Mu'taz Abu Jamie' dari Bani Suheila.

Memetik dari web rasmi penerangan AL-QASSAM yang telah mengesahkan kejadian turut mengucapkan takziah.

Laporan AL-QASSAM bersamaan 08/04/2011 menyebut dua pejuangnya, Abdullah Mahmud Al-Qura, 20 dari Masjid Ridhuan di Khuza'ah, dan Mu'taz Jamal Abu Jamie', 23 dari Masjid Hamzah, Bani Suheila, Khan Yunus.

Jelas Al-QASSAM, kedua-dua pejuangnya telah menemui Allah Ta'ala pagi Jumaat berikutan dibom pesawat pengintip zionis setelahmana kedua-dua pejuang itu menyelesaikan misi besar dan mulia di sisi Allah. Sumber 08/04/2011, web berita safa.ps dan web rasmi penerangan AL-QASSAM

Read more...

Krew Perubatan temui lagi mangsa yang syahid

Laporan asal jam 08.35 pagi, Palestin/Mekah
Jam 07.35 pagi, Mesir

GAZA - Seorang lagi mangsa yang syahid akibat pengeboman semalam ditemui krew perubatan pagi ini di bandar Khan Yunus.
______________________________________________
Baca lagi:

[Terkini] Syahid, cedera dalam serangan sengit zionis
Zionis serang lagi Gaza

______________________________________________

Mangsa yang syahid, Khalid Ad-Dabari, 23 terkena pengeboman semalam. Ketika kejadian, krew perubatan tidak dapat menuju ke lokasi disebabkan pengeboman dahsyat dari rejim zionis yang turut menyasarkan kereta ambulan.

Sewaktu laporan ini diterbitkan, pemberita Safa melaporkan, rejim zionis melepaskan lagi tembakan meriamnya di bandar Khan Yunus. Tambahan lagi, kereta kebal yang berada di garisan sempadan dari arah timur Rafah melepaskan tembakan sengit ke arah Lapangan Terbang Gaza dan kawasan Qouz Abu Audah.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah, pengeboman terbaru zionis mengakibatkan tiga penduduk Palestin cedera, dan mangsa telah dibawa ke hospital Abu Yusuf An-Najjar.

Ketika ini, pejuang-pejuang Palestin telah membalas serangan roket dan peluru mortar 'hawn' ke arah penempatan-penempatan haram zionis yang berdekatan Gaza. Sumber 08/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS