الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Mesir hubungi banyak pihak hentikan serangan zionis

09 April 2011

Laporan asal jam 07.26 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.26 malam, Mesir

KAHERAH - Memetik dari sebuah web 'بوابة الأهرام' hari ini dari sumber diplomasi menyebut bahawa Mesir telah menghubungi pihak-pihak berkenaan bagi menghentikan segera serangan zionis di Semenanjung Gaza.
_______________________________________
Baca lagi:

AL-QASSAM tolak gencatan

_______________________________________

Sumber tersebut mendedahkan, Mesir menghubungi peringkat tertinggi dengan kesemua pihak termasuk pemerintah rejim zionis dan Kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah). Tujuan itu bagi mengekang operasi ketenteraan zionis di Gaza.

البوابة dimaklumkan Mesir turut menghubungi Kesatuan Eropah(EU) dan Amerika Syarikat(US).

Sumber tersebut mengesahkan bahawa tindakan itu adalah kesungguhan Mesir untuk memberikan perlindungan kepada masyarakat Palestin malah peranannya mengikut kesinambungan sejarah amat mengambil berat terhadap isu ini.

Sementara itu, jurucakap Kerajaan Palestin di Gaza, Taher Nunu berkata petang Sabtu, beberapa pihak telah menawarkan gencatan senjata yang seimbang di Gaza. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

[Kemaskini] Selama 3 hari, iron dome hanya dapat tangkis 8 serangan roket Palestin

Laporan asal jam 07.24 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.24 malam, Mesir

AL-QUDS, - Radio Israel mendakwa bahawa sistem penangkis roket 'iron dome' petang ini dapat menangkis serangan roket Palestin yang menyerang Askalan. Dengan dakwaan itu menjadikan hanya 8 serangan roket Palestin dapat ditangkis selama tiga hari sejak serangan sengit zionis bermula. Namun, media Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew mengakui bahawa hanya 10 serangan roket Palestin dapat ditangkis oleh sistem penangkis itu.

Gambar(safa):Sistem penangkis roket, 'iron dome'.

Sejak awal pagi tadi, selatan tanah jajahan 1948 diancam lebih 30 serangan roket dan peluru mortar yang dilancarkan dari Gaza. Serangan roket itu gugur di dua buah bandar besar, Beersheba dan Askalan, selain itu penempatan-penempatan haram, di Kiryat Gat, Sderot, Ofakim dan beberapa buah lagi Majlis Daerah zionis. Turut terjejas akibat serangan roket sebuah terminal di kawasan Ushkul.
____________________________________________
Baca lagi:

Barak: Iron Dome tidak sempurna

____________________________________________

Sumber dari radio Israel menyebut, seperti yang dijadualkan Jawatankuasa Kabinet Menteri bagi hal-ehwal persenjataan dalam perbincangan meminta jabatan dan biro-biro keselamatan agar membekalkan empat buah lagi bateri menyokong sistem iron dome bagi menghalang serangan roket. Kos tersebut menelan belanja USD205 juta.

Gambar(safa): Kos satu peluru penangkis roket Palestin berharga dalam lingkungan USD35-50 ribu. Satu roket Palestin dianggarkan hanya USD100-200.

Israel turut membuat andaian bahawa Amerika Syarikat akan memperuntukkan bantuan kewangan khas sebagai modal membangunkan lagi empat buah bateri baru. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Tidak ada siapa yang kebal di Gaza - Ahronovitch

Laporan asal jam 05.48 petang, Palestin/Mekah
Jam 04.48 petang, Mesir

UMMUL-FAHHAM, - Menteri Dalam Negeri rejim zionis, Yitshak Ahronovitch(gambar) berkata hari ini, sesiapapun di Gaza tidak ada yang kebal.

Tambah menteri itu, tentera zionis akan memburu siapa yang melancarkan serangan roket dan mereka yang dibelakang serangan ini sehinggalah menemui terowong mana yang mereka keluar, dan orang-orang HAMAS perlu tahu, Israel akan memburu mereka seorang demi seorang.

Memetik web berita 'ويللا' versi hebrew, Menteri itu berkata lagi, "tentera Israel boleh sangat mencari mereka, dan kami tahu bagaimana cara untuk mengendalikan hal ini dengan mereka."

Ahronovitch menjelaskan, serangan roket ke atas sebuah bas sebelum ini adalah kerja ganas kerana semua orang tahu bas yang berwarna kuning itu membawa penumpang dari kalangan awam dan kanak-kanak, sebarang tembakan ke atas bas itu adalah kerja jenayah dan telah melanggar batas sempadan. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

[Kemaskini] Si dengung hentam sekumpulan penduduk

Laporan asal jam 06.48 petang, Palestin/Mekah
Jam 05.48 petang, Mesir

GAZA - Si dengung gelaran kepada pesawat pengintip zionis tanpa pemandu telah menghentam sekumpulan penduduk Palestin di sebuah kawasan pertanian berhampiran lokasi jualan kereta(سوق السيارات) di Hayyu Zaitun, tenggara bandar Gaza. Satu lagi serangan, si dengung menghentam sebuah kawasan di daerah barat Jabaliya.

Menurut sumber perubatan di hospital Shifa' Gaza, hentaman dengan satu pengeboman itu mengakibatkan tiga penduduk mengalami kecederaan, salah seorang darinya disifatkan kritikal.

Terbaru, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah, berkata, pengeboman tersebut mengakibatkan seorang pejuang, Raed Zuher Bar, 30 telah syahid dan seorang lagi cedera. Kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengucapkan takziah berikutan syahid adalah seorang dari pejuanggnya.

Tambah Adham lagi, seorang penduduk yang berumur 26 cedera parah.

Sebelum itu, rejim zionis mengebom kawasan utara daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Tidak ada laporan mengenai luka parah.

Pengeboman tersebut meningkatkan jumlah yang syahid kepada 18 mangsa, bilangan yang cedera 67 orang, 10 darinya adalah wanita. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS