الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Netanyahu: Penyatuan Palestin membimbangkan Negara yang impikan damai Israel-Palestin

01 Mei 2011

Laporan asal jam 02.36 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.36 petang, Mesir

BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Kerajaan rejim penjajah(Israel), Benjamin Netanyahu berkata, persetujuan baik pulih hubungan antara gerakan FATAH dan HAMAS semestinya menjadi perhatian kerana mengundang kebimbangan, lebih-lebih lagi kepada Israel dan semua Negara yang mengimpikan perdamaian antara Israel dengan Palestin.

Gambar(Safa): Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Kerajaan rejim penjajah.

Dakwa Netanyahu, 'Israel sebuah Negara yang berhasrat kepada perdamaian, namun tidak munkin lagi mencetuskan damai melainkan hanya dengan sesiapa yang mahukan damai dan bukannya dengan mereka yang mahu menghancurkan kami'.

Tambah Netanyahu ketika memberi ucapan dalam persidangan mingguan Kerajaan penjajah sebelum tengahari tadi, 'Israel menghulurkan tangan kepada semua masyarakat di rantau ini yang mahu hidup berdamai dengannya tetapi Israel akan berkeras terhadap tindakan yang cuba menyakitinya dan mendedahkan kewujudannya dalam bahaya'.

Menteri lain yang berucap, Yuli Adelstein menggesa gabungkan Tebing Barat ke dalam Negara Israel sebagai tindak balas kepada persetujuan baik pulih hubungan HAMAS dan FATAH. Sumber 01/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Mula kempen diplomasi menentang Kerajaan Perpaduan

Laporan jam 10.45 pagi, Palestin/Mekah
Jam 09.45 pagi, Mesir

BAITULMAQDIS - Rejim zionis(Israel) telah mula melancarkan kempen diplomasi menentang pengiktiran ke atas Kerajaan Perpaduan Palestin yang melibatkan gerakan HAMAS.

Menukil dari sumber rasmi rejim zionis yang disiarkan melalui radio penjajah(Israel), Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri zionis(gambar) yang dijadualkan mengadakan lawatan rasmi dalam tempoh terdekat ini ke Paris dan London akan cuba membuatkan pemimpin-pemimpin Eropah mengikut kata Netanyahu agar tidak bersuara mengiktiraf penubuhan Negara Palestin tanpa ada persetujuan penyelesaian sebelum ini dengan rejim zionis.

Pada hari Rabu lepas, Kerajaan rejim zionis telah membuat ancaman sebaik sahaja gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persetujuan awal usaha baik pulih dalaman Palestin. Antaranya, rejim zionis mendesak Amerika Syarikat menghentikan bantuan kewangan kepada Pemerintah Palestin Ramallah.

Netanyahu turut mengancam dengan memberi pilihan kepada Pemerintah Palestin Ramallah sama ada mahu berdamai dengan 'rejim zionis' atau berbaik dengan HAMAS.

Laporan lain berhubung Kerajaan Perpaduan Palestin yang disyaratkan mengiktiraf kewujudan Negara Israel menurut asas-asas yang ditetapkan Kuartet Timur Tengah malah termaktub dalam piagam PBB(United Nation) mengiktiraf Israel bagi mendapatkan kelayakan antarabangsa, HAMAS berkata tidak akan mengiktiraf Israel.

Peta: Perbezaan ketara dari tahun 1947 sehingga 2003. Siapa yang memberi hak kepada zionis sehingga berdirinya Negara Israel sedang Palestin terus merana?

Kata Dr. Mousa Abu Marzook, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, "dalam masalah ini, HAMAS ada pendirian asasnya, iaitu tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel, memang tidak masuk akal hendak iktiraf rejim zionis kerana semua ini berkait dengan tanah-tanah kami yang dirompak sedang dalam masa yang sama masyarakat kami hidup di kem-kem pelarian." Sumber 01/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Rejim zionis risau hubungan dalaman Palestin pulih

30 April 2011

Laporan asal jam 05.17 petang, Palestin/Mekah
Jam 04.17 petang, Mesir

BAITULMAQDIS - Menteri perang(pertahanan) rejim zionis, Ehud Barak (gambar) memaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon bahawa rejim zionis risau dengan persetujuan yang bakal ditandatangani antara gerakan HAMAS dan FATAH.

Menurut radio Israel, Barak memaklumkan sedemikian kepada Ban Ki Moon ketika menghubunginya melalui telefon.

Kata Barak, "HAMAS adalah pertubuhan pengganas yang menembak roket ke penempatan-penempatan Israel."

Tambah Menteri itu lagi, "Israel berharap PBB dan pihak antarabangsa dapat mendesak Kerajaan Palestin yang baru sebaik sahaja ditubuhkan supaya menerima syarat-syarat Kuartet Timur Tengah seperti mengiktiraf kewujudan Negara Israel, mengakui perjanjian-perjanjian damai yang telah dimeterai sebelum ini serta menghindarkan sebarang tindakan keganasan."

Persetujuan awal yang ditandatangani gerakan HAMAS dan FATAH pada Rabu lepas bagi mengakhiri konflik perselisihan dan membaik pulih hubungan sesama mereka telah mengungdang kemarahan Israel kepada gerakan HAMAS.
________________________________________
Baca lagi:

Baik pulih hubungan dalaman Palestin diancam damai zionis

Ehud Barak

________________________________________

Sumber lain menyebut kedua-dua gerakan terbesar Palestin ini akan menandatangani penyelesaikan konflik dan persetujuan baik pulih pada hari Rabu akan datang dengan dihadiri Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS. Ada sumber lain menyebut pada hari Khamis. Sumber 30/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

2 serangan meriam hempap timur Gaza

28 April 2011

Laporan asal jam 09.05 malam, Palestin/Mekah
Jam 08.05 malam, Mesir
(akhir kemaskini 09.54 malam, waktu Mesir)

GAZA - Tentera rejim zionis mengebom sebuah rumah tidak berpenghuni dengan dia serangan peluru meriam(artileri). Jelas sumber, rumah tersebut terletak berhampiran kawasan Al-Madrasah, timur Mukhayyam El-Buraij, Gaza tengah(pertengahan Semenanjung Gaza).

Gambar(arkib Safa): Kereta kebal zionis kerap kali melepaskan tembakannya ke arah rumah-rumah Palestin di Gaza.

Menurut pemberita Safa, kereta kebal zionis yang berada di garisan sempadan Gaza-tanah jajahan 1948 melepaskan sekurang-kurangnya 2 serangan peluru meriam dan gugur berhampiran sebuah rumah. Laporan awal menyebut ada penduduk yang cedera akibat pengeboman zionis.

Terkini, berita ringkas yang diterima, pasukan bulan sabit merah Palestin telah membawa keluar mangsa yang cedera setelah membuat penyelarasan dengan tentera zionis bagi membawa masuk kereta ambulan ke kawasan yang menjadi sasaran pengeboman.

Berhubung kecederaan, Adham Abu Salmiah, Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza berkata, seramai 4 penduduk yang cedera telah dibawa keluar dari rumah yang menjadi sasaran serangan peluru meriam zionis. Sumber 28/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS