Mula kempen diplomasi menentang Kerajaan Perpaduan
01 Mei 2011
BAITULMAQDIS - Rejim zionis(Israel) telah mula melancarkan kempen diplomasi menentang pengiktiran ke atas Kerajaan Perpaduan Palestin yang melibatkan gerakan HAMAS.

Pada hari Rabu lepas, Kerajaan rejim zionis telah membuat ancaman sebaik sahaja gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persetujuan awal usaha baik pulih dalaman Palestin. Antaranya, rejim zionis mendesak Amerika Syarikat menghentikan bantuan kewangan kepada Pemerintah Palestin Ramallah.
Netanyahu turut mengancam dengan memberi pilihan kepada Pemerintah Palestin Ramallah sama ada mahu berdamai dengan 'rejim zionis' atau berbaik dengan HAMAS.
Laporan lain berhubung Kerajaan Perpaduan Palestin yang disyaratkan mengiktiraf kewujudan Negara Israel menurut asas-asas yang ditetapkan Kuartet Timur Tengah malah termaktub dalam piagam PBB(United Nation) mengiktiraf Israel bagi mendapatkan kelayakan antarabangsa, HAMAS berkata tidak akan mengiktiraf Israel.

Kata Dr. Mousa Abu Marzook, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, "dalam masalah ini, HAMAS ada pendirian asasnya, iaitu tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel, memang tidak masuk akal hendak iktiraf rejim zionis kerana semua ini berkait dengan tanah-tanah kami yang dirompak sedang dalam masa yang sama masyarakat kami hidup di kem-kem pelarian." Sumber 01/05/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan