الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Ahli parlimen HAMAS ditangkap semula

31 Ogos 2011

Laporan jam 07:57 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 06:57 malam, waktu Mesir
Jam 12:57 pagi(01/09/2011), waktu Malaysia

RAMALLAH - Tentera rejim penjajah menangkap semula bekas tahanan, Hasan Yousuf yang merupakan ahli parlimen Palestin(Majlis Legislatif Palestin), dan salah seorang dari pemimpin gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية).

Gambar(arkib Safa): Hasan Yousuf, ahli parlimen Palestin.

Menurut pemberita 'Safa' dan 'Maan', ahli parlimen terbabit ditangkap sewaktu berada dalam penahanan di sekatan Za'tarah, sebelah utara bandar Ramallah, pertengahan Tebing Barat.

Sumber terdekat menjelaskan kepada agensi Safa bahawa Hasan Yousuf dan keluarganya ditahan selama 6 jam di sekatan Za'tarah yang terletak di antara Ramallah dan Nablus selepas pulang dari melawat anaknya di bandar Jenin. Kemudian, beliau ditangkap dan dibawa ke arah yang tidak diketahui.

Timbalan Speaker kecam

Berhubung kejadian, Dr.Ahmad Bahr, Timbalan Speaker Majlis Legislatif Palestin mengecam penangkapan ke atas Hasan Yousuf. Beliau turut menyatakan dasar politik penjajah yang menyasarkan ahli-ahli parlimen Palestin tidak akan berjaya mematahkan semangat penduduk Palestin serta tidak akan berjaya menghapuskan ketetapan hak-hak tanahairnya.


Baru dibebaskan

Hasan Yousuf yang baru dibebaskan oleh pihak berkuasa penjajah tidak lebih dari 28 hari telah ditangkap semula petang tadi(waktu Palestin). Sebelum ini, beliau dibebaskan dari penjara penjajah setelahmana meringkuk hampir 6 tahun dalam tahanan. Jelas sumber, beliau ditangkap pada tahun 2006 sewaktu terpilih menjadi ahli parlimen Palestin mewakili gerakan HAMAS. Sumber 31/08/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net

Read more...

Kejamnya, apa salah adik-adik ini?

29 Ogos 2011

KEKEJAMAN dan KEBODOHAN rejim zionis ternyata benar apabila menyerang Gaza pada 18 Ogos hanya berdasarkan sangkaan hati yang busuk dan alasan yang terawang-awang dengan penipuan. Ledakan operasi Eilat pada pagi 18 Ogos, Gaza terpaksa membayar harga yang cukup tinggi setelah berhari-hari terpaksa bertahan dan menyerang balas. Walaupun pada hari pertama, Kerajaan Palestin di Gaza menafikan kaitan Gaza dengan operasi Eilat, namun rejim zionis tetap mengganas bagaikan anjing gila yang tercabul maruahnya merempuh udara Gaza, lantas mengebom sasaran-sasarannya. kebanyakan yang menjadi sasaran adalah penduduk biasa, kanak-kanak, wanita dan pemuda-pemuda serta pejuang-pejuang Palestin yang mempertahankan Gaza.

Hanya beberapa hari, jumlah syahid yang tercatat 26 orang dan yang cedera termasuk kritikal dan ringan hampir 90 orang mangsa. Apakah sekadar desak zionis hentikan serangan tanpa memberikan hukuman kepadanya?

Dua keping rakaman gambar di bawah membuktikan kekejaman zionis yang tidak boleh disangkal.

Paparan gambar pertama telah diterbitkan oleh sebuah media Palestin pada 27/08/2011 bertajuk, 'si dengung menghancurkan impian Ma'rof '.

Laporan terbabit menyebut seorang remaja berusia 15 tahun, Haitham Ma'rof terpaksa menanggung derita akibat menjadi sasaran tembakan dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu atau dikenali 'si dengung'. Seperti yang dicatatkan, kejadian ini berlaku pada hari Ahad, 20/08/2011 iaitu 2 hari selepas kejadian operasi Eilat.

Seperti kebiasaan hari yang lain, Ma'rof turun ke sawah padi membantu ayahnya di daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Tanpa disangka, Ma'rof telah diserang si dengung lantas mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan yang amat kritikal. Selepas kejadian, Ma'rof ditempatkan dalam unit rawatan rapi bagi merawat kecederaan. Percikan dari letupan tembakan si dengung melemahkan tubuh Ma'rof, waktu ini, Ma'rof disokong sebahagian besar alat peralatan perubatan.

cerita detik-detik kejadian, Ahmad Ma'rof ayah kepada Haitham berkata, "saya hanya ada beberapa ekar tanah yang diusahakan mengikut musim bagi menyara kehidupan keluarga saya, maka anak-anak dan isteri yang membantu."

Jelas Ahmad, pada pagi Ahad(sebelum kejadian), isteri dan anaknya, Haitham pergi untuk melihat saliran air di sawah, namun tiba si dengung mengebom remaja berkenaan dengan satu peluru sewaktu berada di sawah.

(Haitham dirawat dalam unit rawatan rapi)

Seluruh tubuh Ma'rof diganyang serpihan peluru dan bahagian dalamannya ada yang terbakar malahan doktor-doktor yang merawatnya terpaksa membuang limpa.

Menurut doktor Kamal Abu 'Ubadah, Haitham mengalami kecederaan yang teramat kritikal ekoran terkena tembakan peluru pesawat pengintip secara langsung.

Manakala, satu lagi rakaman gambar di bawah turut melibatkan keganasan zionis ke atas kanak-kanak. Sebagaimana dicatatkan, kejadian gambar di bawah berlaku pada 19/08/2011 sewaktu pesawat zionis seperti orang gila menyerang Gaza.

Dua orang kanak-kanak Palestin ini menjadi mangsa 'serangan buta'. Apa salah mereka sehingga terpaksa membayar harga yang sedemikian rupa? Padahal, rejim zionis tiada alasan dan hujah yang begitu kukuh untuk menyerang Gaza pada waktu itu. Namun, rejim zionis hanya sekadar menerima kutukan dan kecaman keras tanpa ada tindakan bagi menghukum keganasannya.

Read more...

Operasi penjajah geledah dan tangkap di Jenin

Laporan jam 09:58 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 08:58 pagi, waktu Mesir
Jam 02:58 petang, waktu Malaysia

JENIN - Tentera rejim penjajah(Israel Defense Forces) melancarkan operasi penggeledahan dan penangkapan awal pagi tadi di beberapa kawasan perumahan bandar Jenin, utara Tebing Barat.

Menurut saksi kejadian, tentera rejim menangkap dua pemuda, 'Ala addin Fathi Jaser, 34 dan Mu'an Nadir Abu 'Abid, 24 setelahmana tentera rejim menyerbu rumah mereka di Hayyu As-Sharqi dan Hayyu Al-Musawarah di Kota Lama.

Safa melaporkan, penduduk-penduduk Palestin menyatakan tentera rejim menyerbu masuk ke rumah-rumah Palestin secara menggila babi dan lagak histeria, di samping melepaskan tembakan dan bom gas ke dalam rumah-rumah Palestin. Berikutan kejadian, tuan-tuan rumah yang berkenaan mengalami sesak nafas.

Kejadian yang sama, tentera rejim merempuh masuk ke Pasar Besar Al-Khaddhar 'Al-Hasbah' di pertengahan bandar Jenin pada awal pagi tadi. Jelas lagi, tentera rejim turut membelasah dan memukul penduduk-penduduk Palestin dan juga melepaskan tembakan bom gas pemedih mata, lantas mengakibatkan 8 orang Palestin sesak nafas. Sumber 29/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Mesir tekan Israel tarik balik ancaman bunuh Ismail Haniyeh

27 Ogos 2011

Sumber Palestin yang dipercayai mendedahkan bahawa Mesir memaksa Israel membatalkan perancangannya yang telah dikatakan sebelum ini iaitu mengancam penyisihan(bunuh) Ismail Haniyeh, *Perdana Menteri Palestin di Gaza.

Gambar: Ismail Haniyeh berkopiah putih sambil diiringi pengawal keselamatannya.

Jelas sumber, Kaherah bertindak segera setelah menerima laporan mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Israel berhubung membunuh Ismail Haniyeh ekoran operasi Eilat. Maka, Mesir telah menekan Israel agar menarik balik keputusannya dan Kaherah turut segera menghubungi gerakan JIHAD ISLAMI di Palestin demi kembali kepada gencatan senjata(تهدئة).

Hal sedemikan dijelaskan kepada koresponden Al-Ahram bahawa Mesir berusaha memujuk gerakan JIHAD ISLAMI kembali ke gencatan senjata seiring dengan usaha yang sama digerakkan oleh HAMAS di Semenanjung Gaza memujuk sayap-sayap tentera yang lain, khususnya LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH kembali kepada gencatan senjata meskipun baru-baru ini LIJAN bertekad meneruskan serangan roket ke Israel(tanah jajahan) bagi membalas serangan zionis yang membunuh 5 komander utama ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH).

Antara komander utama terbabit adalah Setiausaha Agung LIJAN, as-syahid Abu 'Audh An-Nirab dan komander tentera, 'Imad Hamad.

Gambar(arkib Safa): Shaul Mofaz, anggota parti Kadima di antara pemimpin zionis yang menyeru jatuhkan HAMAS dan musnahkan hak miliknya di Gaza. Laporan pada 21/08/2011.

Jelas sumber itu lagi, dari sudut lain Pemerintah Palestin(Ramallah) turut berperanan agar sayap-sayap tentera Palestin di Gaza kembali ke gencatan senjata setelahmana dimaklumkan bahawa Israel bersungguh-sungguh mengancam bunuh Ismail Haniyeh, hanya masalah waktu yang menentukan perancangan Israel.

Gaza tidak ada hubungan dengan operasi Eilat

Sebelum serangan udara zionis membunuh 5 komander utama sayap tentera LIJAN, Kerajaan Palestin di Gaza telah menafikan bahawa siri operasi Eilat di selatan yang mengakibatkan 6 warga zionis maut, manakala 30 lagi cedera tidak ada hubung kait dengan Semenanjung Gaza.

Gambar(arkib Safa): Serangan pertama di selatan Eilat menumpukan sebuah bas Israel, menurut media Israel.

Jurucakap Kerajaan Palestin di Gaza, Taher Nunu berkata pada hari Khamis(18/08/2011), "ancaman dari pemimpin zionis serta tuduhan Menteri Pertahanan zionis, Ehud Barak yang mahu membalas dendam di Semenanjung Gaza hanyalah usaha melepaskan krisis dalamannya ke Gaza dan ini adalah bukti kegagalannya." Sumber 27/08/2011, web berita Al-Ahram dan 18/08/2011, web berita Safa.ps

Pengamatan lain, walaupun seminggu telah berlalu, namun sehingga kini tidak ada pendedahan khusus mengenai perancang di sebalik operasi Eilat. Walaupun sumber keamanan Israel menyebut penyerang operasi berkenaan terbunuh tetapi tidak ada pendedahan mengenai identiti, hanya menyebut 3 dari penyerang adalah dari Mesir. Media berita Israel 'Haaretz' turut membangkitkan sejurus operasi Eilat dan perancang operasi terbunuh, tidak ada sambutan menyambut kematian mereka di Gaza malah tidak ada langsung pengakuan dari mana-mana individu di Gaza yang ada hubungkait kekeluargaan dengan penyerang operasi Eilat.

*Media-media Arab seperti Al-Jazeerah dan Al-Ahram masih menggunakan istilah Kerajaan Palestin yang telah dibubarkan(الحكومة المقالة في غزة‏), isyarat kepada kerajaan Palestin di Gaza yang diketuai Ismail Haniyeh.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS