الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

KEMASKINI: 2 syahid dalam serangan pesawat pengintip di Rafah

19 September 2012

Laporan jam 10:46 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:46 malam, waktu Kaherah

SEMENANJUNG GAZA - 2 orang penduduk Palestin syahid (terkorban) malam ini akibat diserang pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang di pertengahan bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

SAFA: Jip yang musnah
Menukil dari agensi berita Palestin, SAFA dan PALTIMES menyebut 2 orang penduduk Palestin syahid, manakala seorang lagi kritikal apabila pesawat pengintip melancarkan dua serangan peluru misil ke atas sebuah jip jenis Toyota model 'HILUX' warna putih yang bergerak berhampiran stesen minyak Abu Taha di Hayyu Al-Janinah, pertengahan bandar Rafah.

Jelas SAFA, sebaik sahaja kejadian, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan memindahkan dua mayat, sementara mangsa ketiga mengalami kecederaan yang kritikal. Demikian itu, pada laporan pertama timbul beberapa laporan yang menyebut mangsa ketiga telah syahid.

Sumber berita SAFA menjelaskan bahawa mangsa yang syahid, Anis Muhammad Abul Ainin, 32, dan Asyraf Mahmud Saleh, 36. Kedua-dua mangsa dari anggota pengawal sempadan, sebuah jawatankuasa terowong bawah tanah bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri Palestin di Semenanjung Gaza.

Sebagaimana yang dimaklumi, as-syahid Asyraf Mahmud Saleh merupakan adik kepada Ahmad Yusoff bekas penasihat PM Ismail Haniyeh.

Penyampai berita SAFA menjelaskan lagi bahawa jip yang menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis musnah teruk dan terbakar.

Sejak dari waktu Asar petang tadi, ruang udara Semenanjung Gaza kerap dilintasi pesawat-pesawat perang zionis yang berbagai jenis dan ada yang menembak bom cahaya dari udara. Sumber 19/09/2012, web berita Safa dan Paltimes

Read more...

Penjajah waspada letusan Intifadhah baru di Tebing Barat


BAITULMAQDIS - Siaran 10 Israel mendedahkan perancangan sulit tentera penjajah yang mengambil langkah bersedia sekiranya 'intifadhah' yang baru meletus di Tebing Barat (West Bank/الضفة الغربية), lebih-lebih lagi ketikamana keluarnya puluhan ribu penduduk Palestin melalui perarakan bantahan kos sara hidup tinggi serta membantah dasar ekonomi yang diamalkan Kerajaan Palestin Ramallah. Demikian itu, Israel menyamakan perarakan terbabit sepertimana hari-hari berlakunya intifadhah.

Sumber terbabit berkata pada hari ini, rancangan sulit tentera iaitu terus menangkap mereka yang dikehendaki di Tebing Barat termasuklah tahanan Palestin yang terbebas melalui perjanjian tukar tahanan-tawanan (صفقة وفاء الأحرار) berikutan bimbang mereka kembali mengadakan semula kegiatan keganasan, menurut kata sumber.

Laporan dari perancangan itu menjelaskan bahawa perubahan-perubahan memang betul berlaku lebih daripada apa yang dijangkakan dan tidak seharusnya kita merasa terperanjat, namun, kita kena fikir ke hadapan dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan kerana memang ada perbezaan di antara tahun 1995 dengan 2012 dan ianya begitu sulit, dan perkara ini tetap berbeza dari waktu-waktu yang lalu.

Demikian itu, siaran 10 Israel menyatakan antara perancangan lain, tentera penjajah telah membentuk satu unit yang bertanggungjawab menenangkan sebarang kejadian kecohan di tanah-tanah Palestin sekiranya meledak 'intifadhah' yang baru. Tentera-tentera penjajah turut merasai kecewa dengan pembebasan tahanan-tahanan Palestin yang terlibat dalam operasi pembunuhan, kata sumber yang mendakwa. Sumber 19/09/2012, web berita Paltimes

Read more...

KEMASKINI: 4 serangan, 4 cedera

10 September 2012

Ayub Jaradat

SEMENANJUNG GAZA - Seorang kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun dikenali Muhammad Ayub Jaradat mengalami kecederaan ringan di bahagian pahanya akibat terkena serpihan tembakan peluru misil pesawat zionis ketikamana menyasarkan terowong bawah tanah di sebelah timur sempadan Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Demikian menurut jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah.

Memetik laporan berita Palestin, serangan-serangan ini berlaku selepas lewat tengah malam waktu BaitulMaqdis, iaitu jam pertama pada awal pagi Isnin. Manakala, catatan masa mengikut waktu Kaherah:
_________________________________
11:39 malam, waktu Kaherah - pesawat tempur zionis mengebom sekitar sempadan Rafah.
11:21 malam, waktu Kaherah - pesawat tempur zionis mengebom sebuah lokasi latihan ketenteraan AL-QASSAM di bandar Gaza.
10:00 malam, waktu Kaherah - trak-trak tentera zionis menurunkan beberapa jentera perang di lokasi 'kamera cctv' kawalan zionis yang berada di sebelah timur Jahr El-Deik.
_________________________________

Serangan udara zionis tidak terhenti begitu sahaja malah disusuli lagi dua serangan udara ke atas lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS), salah satunya di Hayyu At-tufah timur bandar Gaza dan sebuah lagi berhampiran Sekolah Amerika di utara Semenanjung Gaza.

Kata penyampai berita SAFA, helikopter jenis APACHE melepaskan satu tembakan peluru misil ke atas lokasi رعد di Hayyu At-Tufah. Api kelihatan marak menyambar lokasi berkenaan, namun, dua lokasi yang diserang tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Tiga beranak cedera

Sebentar selepas itu, pesawat tempur F-16 melancarkan pula dua tembakan peluru misil ke atas sebuah kawasan lapang berhampiran berek polis marin di daerah tengah Semenanjung Gaza, Mukhayyam Al-Nusairat. Kejadian ini mengakibatkan seorang kanak-kanak lain serta ibu dan ayahnya cedera disebabkan serpihan letupan misil gugur di atas rumah mereka.

Dr. Asyraf Al-Qudrah menyatakan, pasukan perubatan telah membawa mangsa satu keluarga ke hospital Syuhada Al-Aqsa untuk merawat luka yang disifatkan sederhana.

Seorang penduduk tempatan yang dihubungi menjelaskan, selepas beberapa kali zionis melancarkan serangan udara di Gaza, ruang udara kerap dilintasi pesawat-pesawat tempur yang berbagai jenis; F-16, pesawat pengintip tanpa juruterbang dan helikopter perang. Pun begitu, meskipun lintasan kerap, pejuang Palestin berjaya melancarkan satu serangan roket jenis 'grad' ke arah penempatan zionis.

Ancaman Netanyahu serang Gaza

Serangan-serangan udara ini berlaku selepas Perdana Menteri zionis (Israel/penjajah), Benjamin Netanyahu pada hari Ahad, 09/09/2012  mengancam operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza bagi membalas serangan-serangan roket. Pada pagi Ahad, beberapa buah serangan roket telah gugur di lokasi-lokasi penempatan zionis yang berada setentang dari sempadan Semenanjung Gaza.

Berhubung serangan, jurucakap tentera zionis dalam kenyataan yang disiarkan akhbar berita YEDIOTH AHRONOTH (YNET) versi hebrew telah mengumumkan Angkatan Tentera Udara Israel telah mengebom 4 sasaran di Semenanjung Gaza. Dakwa lagi, pengeboman berkenaan tertumpu ke atas pusat pembuatan senjata dan terowong bawah tanah yang digunakan oleh pengganas-pengganas, menurut laporan YNET. Sumber 10/09/2012, web berita Paltimes dan web berita Safa

Read more...

Cedera, 3 lagi syahid di utara Gaza

06 September 2012


Laporan jam 08:45 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:45 pagi, waktu Kaherah (Mesir)

SEMENANJUNG GAZA - Tiga lagi penduduk Palestin telah syahid apabila kereta kebal rejim zionis memuntahkan tembakan meriam pada pagi Khamis, 06/09/2012 ke atas sekumpulan penduduk Palestin di sebelah timur daerah Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza. Serangan ini turut mengakibatkan seorang lagi penduduk cedera dan kesemua yang syahid telah dibawa ke hospital Bayt Hanoun.

Serangan semalam:

Jasad Tareq Suhail Al-Kafarnah
Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah dalam kenyataan media menjelaskan bahawa mangsa yang syahid, dua orang adik-beradik, Akram Sami Al-Za'anain, 21, dan Ihab Sami Al-Za'anain, 20, serta mangsa yang ketiga, Tareq Suhail Al-Kafarnah, 22.

Beliau menyatakan, operasi evakuasi mangsa yang syahid dari lokasi kejadian dilakukan dengan penyelarasan bersama Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah yang mengambil masa melebihi satu jam ekoran halangan dan ancaman dari tentera rejim zionis ke atas pasukan penyelamat yang sukar untuk tiba di lokasi kejadian setelahmana tentera zionis melepaskan tembakan serta mengancam akan melepaskan lagi tembakan meriam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan menyatakan, penduduk yang syahid terkena tembakan peluru meriam secara langsung, sambil mengungkapkan kewujudan petanda jelas di bahagian tubuh mangsa, muka dan dada.

Langkah berjaga-jaga

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara (tanahair), Islam Syahwan berkata, rejim zionis bertindak melampau menumpahkan darah Palestin di Semenanjung Gaza akibat mahu melepaskan tekanan dari masalah dalaman yang dihadapinya.

Kata Syahwan, "kami dalam kementerian melihat perkara (serangan zionis) ini penuh bahaya," sambil itu, beliau menggesa kesemua anggota-anggota badan keselamatan mengambil langkah berjaga-jaga.

Pejuang menanam peledak

Memetik sumber dari seorang penduduk tempatan yang dikenali Abu Mustafa, kata beliau, kereta kebal zionis melepaskan beberapa tembakan peluru meriam ke arah sekumpulan pejuang Palestin yang sedang menanam peledak letupan bertujuan menghadang pencerobohan unit khas tentera zionis.

Sewaktu menghubungi seorang lagi penduduk tempatan, beliau menyatakan kejadian ini berlaku berhampiran garisan sempadan di sebelah timur Bayt Hanoun.

Sebagaimana yang dimaklumkan, kawasan-kawasan di sebelah utara yang berdekatan garisan sempadan sering diancam pencerobohan dari unit khas zionis, lantas mendorong pejuang-pejuang Palestin memasang peledak letupan.

Ceroboh terbatas di selatan

Dari sudut lain, penyampai berita SAFA melaporkan kejadian di selatan Semenanjung Gaza, beberapa buah jentera perang zionis telah menceroboh secara terbatas menuju ke timur kampung Khuza'ah sambil melepaskan tembakan rambang ke arah rumah-rumah penduduk awam Palestin.

Jelas SAFA, enam buah jentolak dan tiga buah jentera perang lain dilihat keluar dari laluan masuk Abu Ridah menuju ke telaga air Haji Muhammad dan kawasan Hayyu Al-Amur, lalu menjalankan operasi 'mengesan' dan melepaskan tembakan rambang.

Cedera ditembak

Sumber-sumber berita Palestin melaporkan kejadian yang terkini, seorang penduduk Palestin mengalami kecederaan pada waktu tengahari tadi akibat terkena tembakan tentera zionis di sebelah timur bandar Gaza.

Dr. Asyraf Al-Qudrah berkata, pemuda terbabit yang berusia 27 tahun mengalami kecederaan akibat terkena tembakan tentera zionis semasa mengikuti upcara pengkebumian syuhada' di timur Gaza.

Kecederaan yang dialami mangsa disifatkan sederhana dan telah dibawa ke hospital As-Syahid Kamal Udhwan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Berikutan serangan udara dan darat yang berterusan dari tengah malam semalam hingga pagi Khamis, seramai 6 orang penduduk Palestin termasuk pejuang Palestin telah syahid. Manakala, tiga lagi mengalami kecederaan yang disifatkan parah dan sederhana. Sumber 06/09/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan jariangan sosial facebook

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS