SEMENANJUNG GAZA, 13 Oktober - Pesawat-pesawat tempur milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) telah melancarkan beberapa serangan ke atas tiga sasaran di Semenanjung Gaza awal pagi Sabtu (hari ini).
*Israel: penjajah/zionis
Menurut pemberita Palestin, serangan pertama, pesawat zionis menyasarkan sebuah kawasan terbuka berhampiran Masjid Al-Sofa, jalan masuk ke Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah.
 |
SAFA: Antara mangsa serangan udara zionis pada 07 Oktober |
Dalam serangan kedua, sebuah kawasan lapang berhampiran stesen janakuasa elektrik di El-Nusairat pula menjadi sasaran. Serangan ini mengakibatkan letupan yang amat kuat sehingga menimbulkan kerosakan harta benda di kawasan berkenaan.
Tidak memadai dengan serangan ini, pesawat tempur rejim zionis mengalih lagi serangan ke atas sebuah tanah lapang di utara bandar Gaza.
Berhubung serangan-serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza, tiada sebarang kecederaan di kalangan awam.
Zionis akui serangan
Jurucakap tentera rejim zionis (IDF Spokesperson's Unit) dalam kenyataan yang disiarkan akhbar Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew dan sebentar tadi tersiar dalam versi english telah mengakui melancarkan tiga serangan ke atas lokasi-lokasi pembinasa di Semenanjung Gaza, berikutan itu, serangan-serangan ini bagi membalas serangan roket yang berterusan ditujukan ke atas bandar-bandar dan daerah Israel, menurut laporan YNET.
Klip rakaman roket yang gugur di penempatan tanah jajahan
Pautan:
Pada malam semalam, satu serangan roket yang gugur di penempatan Netivot, selatan tanah jajahan 1948 telah mengakibatkan seorang warga zionis cedera ringan dan berlaku kerosakan ke atas sebuah rumah sebaik sahaja roket jatuh di laman belakang rumah itu.
 |
YNET: Rocket removed from house's backyard (Photo: Moshe Knafo) |
Pautan :
Serangan roket berterusan
Berhubung serangan roket yang berterusan tanpa henti ke lokasi-lokasi zionis, ianya berpunca dari serangan zionis di Semenanjung Gaza.
Pautan:
Sejak serangan udara yang mengakibatkan 10 penduduk Palestin cedera pada 7 Oktober, kemudiaan diikuti pada 8 Oktober, 5 lagi cedera serta seorang dari mangsa yang cedera kritikal telah syahid, pejuang-pejuang Palestin tekad menyerang balas dengan melancarkan serangan roket yang tidak kurang 40 serangan roket dilancarkan ke tanah jajahan 1948.
Klip: atas, operasi serangan roket gabungan antara dua sayap tentera Palestin
dan bawah, kenyataan jurucakap AL-QASSAM, Abu Ubaidah berhubung operasi.
Operasi serangan roket bermula apabila KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) dan SARAYA AL-QUDS (sayap tentera gerakan Jihad Islami Palestin) melancarkan operasi gabungan dengan melepaskan serangan roket berangkai, hal ini telah disahkan oleh jurucakap kedua-dua sayap tentera ini, Abu Ubaidah (AL-QASSAM) dan Abu Ahmad (SARAYA).
Kemudian disusuli lagi beberapa operasi serangan roket dari sayap-sayap tentera Palestin yang lain sehingga hari ke seterusnya.
Selanjutnya, sila ikuti:
Halaman sosial facebook MAP
Halaman sosial facebook MAP(fan page)
Akibat dari tentangan sengit, tentera rejim zionis turut memberi ancaman akan melakukan serangan besar-besaran seumpama 'Operation Cast Lead' atau 'الرصاص المصبوب' yang berlaku di akhir tahun 2008 - awal 2009. Sumber 13/10/2012, web berita Safa, Paltimes, web berita Ynet, 12/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan web berita Ynet
0 comments:
Catat Ulasan