الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

[Kemaskini] Si dengung hentam sekumpulan penduduk

09 April 2011

Laporan asal jam 06.48 petang, Palestin/Mekah
Jam 05.48 petang, Mesir

GAZA - Si dengung gelaran kepada pesawat pengintip zionis tanpa pemandu telah menghentam sekumpulan penduduk Palestin di sebuah kawasan pertanian berhampiran lokasi jualan kereta(سوق السيارات) di Hayyu Zaitun, tenggara bandar Gaza. Satu lagi serangan, si dengung menghentam sebuah kawasan di daerah barat Jabaliya.

Menurut sumber perubatan di hospital Shifa' Gaza, hentaman dengan satu pengeboman itu mengakibatkan tiga penduduk mengalami kecederaan, salah seorang darinya disifatkan kritikal.

Terbaru, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah, berkata, pengeboman tersebut mengakibatkan seorang pejuang, Raed Zuher Bar, 30 telah syahid dan seorang lagi cedera. Kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengucapkan takziah berikutan syahid adalah seorang dari pejuanggnya.

Tambah Adham lagi, seorang penduduk yang berumur 26 cedera parah.

Sebelum itu, rejim zionis mengebom kawasan utara daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Tidak ada laporan mengenai luka parah.

Pengeboman tersebut meningkatkan jumlah yang syahid kepada 18 mangsa, bilangan yang cedera 67 orang, 10 darinya adalah wanita. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

AL-QASSAM tolak gencatan

Laporan asal jam 05.46 petang, Palestin/Mekah
Jam 04.46 petang, Mesir

GAZA - Sayap tentera gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM menyatakan bahawa tidak boleh bercakap mengenai gencatan dengan rejim zionis ketika ia masih meneruskan serangan ke atas orang awam di Gaza.

Abu Ubaidah(serban merah), selaku jurucakap AL-QASSAM dalam sidang media pada 04.35 petang(waktu Mesir) hari ini, berkata, "Rejim zionis yang telah memulakan serangan dan melakukan kekejaman ke atas orang awam dan pejuang-pejuang, maka seperti biasa, AL-QASSAM memberikan serang balas."

Jurucakap AL-QASSAM turut menyatakan rejim zionis bertanggungjawab ke atas situasi yang berlaku di Semenanjung Gaza. Jelas Abu Ubaidah, AL-QASSAM akan membalas dengan tindakan yang dirasakan munasabah.

Beliau turut mengesahkan bahawa KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM tetap berada dijalannya, dan sesekali tidak akan menyerah.

Semenjak serangan sengit zionis dimulakan pada bulan Mac lalu, Abu Ubaidah menjelaskan, AL-QASSAM telah menyasarkan serangan ke atas lokasi-lokasi tentera zionis. Dalam masa 48 jam sejak serangan zionis terbaru, AL-QASSAM telah melancarkan 40 serangan peluru 'mortar' dan 28 serangan roket termasuk 'grad' ke arah kawasan-kawasan yang diduduki rejim zionis.

Sidang media yang diadakan ini setelah timbulnya berita dari beberapa pihak yang mengemukakan gencatan senjata(bertenang) yang seimbang antara tentera rejim zionis dengan sayap-sayap senjata Palestin di Gaza.

Sebelum itu, laporan pada jam 04.18 petang, jurucakap Kerajaan Palestin di Gaza, Taher Nunu telah memaklumkan tentang tawaran gencatan senjata. Lalu, AL-QASSAM memberikan reaksi di atas. Sumber 09/04/2011, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...

28 serangan roket sejak awal pagi

Laporan asal jam 12.59 petang, Palestin/Mekah
Jam 11.59 tengahari, Mesir

GAZA - Sejak awal pagi Sabtu, sayap-sayap senjata di Gaza telah membinasakan beberapa lokasi termasuk kawasan penempatan-penempatan haram zionis yang berada setentang dengan Semenanjung Gaza. Serangan roket dan peluru mortar hawn pejuang Palestin membalas kekejaman zionis yang berterusan, secara umum beberapa buah rumah warga haram dan milikan lain juga terjejas. Bagaimanapun laporan mengenai kecederaan dikalangan warga haram, menurut agensi DEBKA yang rapat dengan perisikan Israel, seramai 10 warga haram cedera, termasuk seorang dari tentera zionis.

Menurut sumber Israel, sejak awal pagi, sebanyak 28 serangan roket termasuk peluru mortar 'hawn' gugur di bandar-bandar dalam penempatan haram.

Serangan roket jarak jauh jenis 'grad' turut menyerang penempatan haram Ofakim yang mempunyai jarak 32.5 kilometer dari selatan Semenanjung Gaza tanpa berlaku sebarang kerosakan atau kecederaan. KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM memaklumkan melepaskan serangan tersebut.

Beberapa sayap tentera Palestin yang lain melancarkan 25(baki dari 28) serangan roket buatan tempatan dan peluru mortar 'hawn' ke barat Naqab. Menurut media Israel, tidak ada laporan mengenai luka atau kerosakan.

Di samping itu, kedengaran siren kecemasan dari beberapa buah bandar zionis di selatan tanah jajahan 1948. Tambahan lagi, sebahagian bandar seperti Beersheba dan Rohit telah memindahkan warga haram ke pusat perlindungan.

Semalam, lebih sejuta warga haram Israel terpaksa berlindung di tempat-tempat perlindungan kesan dari serangan roket dan peluru mortar pejuang Palestin yang tidak putus-putus gugur ke atas bandar besar dan daerah-daerah zionis di selatan tanah jajahan 1948, ianya adalah bagi membalas kekejaman rejim zionis.

Media massa Israel versi hebrew pagi ini mengesahkan bahawa kiraan serangan roket yang diperolehi pada pagi semalam(Jumaat) mencapai lebih 50 serangan meskipun sebahagian besarnya meletup di kawasan tidak berpenghuni. Selain itu, 20 serangan roket jenis 'grad' menyerbu ke dalam pelusuk bandar-bandar besar.

"Jika musuh mahu sangat main dengan api yang dinyalakannya sendiri, maka api itu akan membakarnya." AL-QASSAM

'Tenang penjajah diikuti dengan balasan tenang, tetapi rejim penjajah tidak menurut.' - Kenyataan 14 sayap tentera Palestin

Dua perumpamaan di atas sudah cukup menzahirkan sikap sayap-sayap tentera Palestin di Gaza.
____________________________________________
Pautan lain:

14 sayap tentera: kami menilai semua pilihan yang ada

____________________________________________

Kekejaman zionis masih berlanjutan di Semenanjung Gaza. Hari ini telah memasuki hari ketiga. Serangan zionis mengakibatkan jumlah syahid dan cedera meningkat. Kiraan penduduk Palestin yang syahid sejak hari pertama serangan telah meningkat ke 17 syahid, dan bilangan yang cedera mencecah 60 orang.

Ketika ini, pesawat-pesawat tempur zionis masih kerap berlegar-legar di ruang udara Semenanjung Gaza. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Langkah cemas tahap pertama di Gaza

Laporan asal jam 12.01 tengahari, Palestin/Mekah
Jam 11.01 pagi, Mesir

GAZA - Berhubung langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan cemas tahap pertama dalam sektor kesihatannya.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya telah membatalkan cuti bagi pekerja malah langkah persediaan ditingkatkan dengan menyusun jadual kerja mengikut perancangan cemas. Berikutan itu, kementerian merayu kepada Yayasan dan Badan Kebajikan Kemanusiaan segera mengutuskan misi dan bantuan perubatan ke Gaza.

Krisis kesihatan

Menteri Kesihatan di Gaza, Basem Naim mengingatkan timbulnya krisis kesihatan ekoran serangan zionis yang tidak henti di Gaza. Sedemikian itu, sebahagian besar dari bekalan dan keperluan perubatan telah berkurangan.

Gambar(safa): Basem Naim, kiri dan kanan, Adham Abu Salmiah.

Sewaktu sidang media berlangsung di hospital As-Shifa' di bandar Gaza, Menteri Kesihatan menjelaskan bahawa hampir 300 jenis ubat telah kehabisan stok. Tambahan pula, sebahagian besar bekalan ubat-ubatan telah berkurangan. Berhubung masalah itu, beliau harap agar dibukakan sempadan sepanjang masa bagi membolehkan keperluan kesihatan di bawa masuk malah pesakit-pesakit yang kritikal dapat dipindahkan ke hospital-hospital Mesir.

Beliau berkata, kami menyebut di sini tentang serangan secara meluas ke atas setiap tempat di Gaza. Rejim zionis melakukan penyeksaan dengan membunuh orang awam yang hidup terasing(sekatan Gaza), tidak sampai 30 jam, seramai 17 orang awam telah syahid, manakala kecederaan yang berbagai-bagai kategori dihadapi lebih 60 mangsa.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Palestin di Gaza mahu menjaga kebaikan umum Palestin, walaupun akhir-akhir ini banyak usaha dilakukan bagi menenangkan keadaan, namun rejim zionis tetap membunuh orang awam.

Jelas Menteri Kesihatan, serangan rejim zionis juga menyasarkan kereta ambulan sehinggakan dua krew penyelamat cedera, hal ini meskipun adanya penyelarasan kerjasama dengan kesemua Badan-badan Kemanusiaan antarabangsa. Sedemikian itu, serangan ini telah jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Mengenai persoalan Safa berhubung penggunaan senjata fosforus putih, Menteri itu mengesahkan bahawa pada perang lalu, kebanyakan dari saksi, pemerhati luar dan antarabangsa mengakui zionis menggunakan bom fosforus putih.

Dijelaskan lagi, bom-bom tersebut terlalu banyak digugurkan ketika perang akhir 2008-awal 2009.

Beliau turut memberi peringatan kepada zionis dari menggunakan senjata yang dilarang undang-undang antarabangsa untuk menyerang penduduk Palestin, sama ada kimia atau selainnya.

Pendirian Arab

Sebagaimana dijelaskan, kebanyakan pihak antarabangsa meminta pihak Palestin agar tenang dan menjaga keadaan itu walaupun setelah 30 jam zionis menyerang tanpa henti di Gaza, lantas dikecam Menteri Kesihatan Kerajaan Palestin Gaza dengan sikap diam antarabangsa.

Beliau menyatakan, rejim zionis mengambil peluang dengan revolusi yang menimpa ke atas Negara-negara Arab bagi mengiyakan kekejaman serta meningkatkan pembunuhan dan mengetatkan sekatan.

Basem Naim turut mendesak masyarakat antarabangsa supaya campurtangan segera bagi melindungi penduduk Palestin dari serangan zionis.

Beliau turut menghubungi secara langsung pihak-pihak antarabangsa malah turut mendapatkan pendirian Arab dari peringkat media dan politik, bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Gaza memahami keadaan sulit yang dilalui Mesir menyukarkan memutuskan pendirian. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS