الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

[Gambar] Al-Banna di Gaza pada 66 tahun yang lalu

23 Mei 2012

Pusat Pendokumentasian Sejarah Palestin melampirkan beberapa keping foto yang jarang ditemui. Foto-foto berkenaan menceritakan tentang lawatan bekas Murshidul Am Ikhwan Muslimin, as-syahid Hassan Al-Banna ke Gaza pada 66 tahun yang lalu.
As-syahid Hassan Al-Banna




Tambahan dari foto yang dikemukakan oleh web berita PALTIMES, catatan sejarah yang mengaitkan perjuangan Ikhwan Muslimin mempertahankan tanah Palestin tidak dapat dinafikan lagi. Berikutan itu, sebuah risalah kecil yang ditulis oleh Abdullah Al-'Aqil berjudul 'lembaran-lembaran jagoan Ikhwan Muslimin di Palestin'  menceritakan tentang siri perjuangan Ikhwan Muslimin di tanah Palestin. Begitu juga, sebuah lagi buku yang dikarang oleh Dr. Tareq Mohammed Al-Suwaidan berjudul 'فلسطين..التاريخ المصور' dalam muka surat 261 menceritakan bagaimana usaha Hassan Al-Banna menggerakkan para mujahideen(pejuang-pejuang) dari Mesir ke Palestin pada tahun 1947  masehi bersamaan 1366 hijriah. Pada waktu itu, Mesir diperintah oleh Raja Farouq. Maka, hampir 10 ribu sukarelawan dari kalangan mujahideen Ikhwan Muslimin bergerak menuju ke tanah Palestin. Semasa di pertengahan jalan, mereka telah dihadang tentera Mesir dan melarang dari meneruskan langkah ke Palestin. Hassan Al-Banna berundur bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan dengan tentera Islam.
Sejarah ringkas yang ditulis oleh Dr. Tareq Al-Suwaidan dalam buku beliau, m/s 261.
Bagaimanapun, selepas kejadian ini, para mujahideen dapat meloloskan diri mereka dan bergerak mara ke tanah Palestin. Pada saat itu, catatan-catatan sejarah menceritakan operasi-operasi ketenteraan yang dijalankan oleh para mujahideen mengakibatkan ramai tentera British dan zionis terbunuh.

Sumber:
1) Web berita Paltimes.net, 23/05/2012
2) بطولات الاخوان في فلسطين, Abdullah Al-'Aqil
3) فلسطين..التاريخ المصور, Dr. Tareq Al-Suwaidan

Read more...

Ceroboh terbatas di Gaza


Laporan jam 09:04 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:04 pagi, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Tentera rejim zionis telah melakukan pencerobohan terbatas pagi ini di sebelah timur bandar Der Al-Balah, Gaza Tengah, Semenanjung Gaza.

Kedudukan Deir Al-Balah
Pemberita SAFA melaporkan 10 buah jentolak dan 5 buah kereta kebal zionis dilihat bergerak keluar dari pintu gerbang(laluan masuk) di pos kawalan tentera 'Kissufim' yang berada di sebelah tenggara Khan Younis menuju ke utara Deir Al-Balah.

Kebimbangan yang dirasai para petani Palestin di kawasan berkenaan, jentolak-jentolak zionis kerap meranapkan tanah-tanah pertanian mereka yang  setentang dengan garisan sempadan serta merosakkan hasil pertanian mereka.

Hampir setiap hari, rejim zionis sengaja menceroboh masuk ke tanah Gaza dari arah sempadan timur dan utara serta memberi peringatan kepada penduduk Palestin agar tidak mendekati garisan sempadan dari jarak 300 meter. Sumber 23/05/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Khartoum: Seorang maut sebuah kereta dibom Israel

22 Mei 2012


Laporan jam 09:20 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:20 malam, waktu Mesir

Menteri Luar Sudan pada petang tadi menuduh rejim zionis mengebom sebuah kereta persendirian rakyat Sudan di jalan masuk bandar Port Sudan, lantas mengakibatkan seorang rakyat Sudan maut.

Port Sudan
Menurut Menteri Luar berkenaan menyebut, cara yang sama juga hasil dari letupan yang telah dilakukan oleh negara zionis di kawasan Laut Merah sebelum ini. Berhubung serangan ini, pihak berkuasa Sudan menyiasat situasi kejadian.

Agensi berita menukil dari saksi, kata mereka memberi isyarat kereta terbabit dibom dari udara ekoran lokasi yang dibom terbentuk kawah.

Sumber dari polis Sudan pula berkata, rakyat Sudan yang maut itu dikenali Naseer Audhullah, 65 seorang ahli perniagaan.

Memetik berita Israel dari YEDIOTH AHRONOTH(YNET) telah mendakwa bahawa seorang rakyat Sudan yang terbunuh adalah peniaga senjata, dan sudah lama kawasan di sebelah timur Sudan digunakan untuk menyeludup senjata ke Semenanjung Gaza melalui Sinai.

Hal ini mengingatkan kepada satu kejadian pengeboman di Port Sudan pada bulan April tahun lepas, Sudan berkata, dalam pengeboman itu, dua orang terbunuh dalam satu serangan pengeboman yang menyasarkan kenderaan mereka dan terus menuding perkara ini kepada Israel. Dari sudut lain, Israel enggan memberi respon balas berhubung tuduhan sepertimana Israel juga enggan menjawab dalam tuduhan yang lalu dalam situasi serangan yang sama telah berlaku di sebelah timur Sudan pada tahun 2009. Sumber 22/05/2012, web berita Paltimes.net

Read more...

[Klip wawancara] Harapan mereka kepada kita

20 Mei 2012





Sesi wawancara sidang media Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM) dikendalikan oleh Setiausaha Agung MAPIM, Saudara Azmi Abdul Hamid atau lebih dikenali cikgu Azmi turut merangkap Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia(SHURA). Tetamu jemputan, saudari Tahreer Al-Gamri berasal dari Semenanjung Gaza. 



Kedatangan saudari Tahreer ke Kaherah sempena menghadiri Persidangan Antarabangsa Mendokong Sektor Kesihatan Gaza yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam(OIC) yang berlangsung pada 29 April 2012 di dewan persidangan hotel Dusit Thani, New Cairo. Demikian itu, delegasi MAPIM diundang ke dalam persidangan serta diminta membentangkan projek bantuan kemanusiaan pembinaan hospital kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang menelan kos belanja bernilai RM137 juta. Bersama delegasi MAPIM, wakil komuniti Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love'(MAP) turut serta ke dalam persidangan.

Info hospital:
- Upacara pecah tanah telah disempurnakan pada 13 Ogos 2010 di tapak cadangan pembinaan hospital seluas 277,000 kaki persegi.

Hulurkan bantuan anda bagi melancarkan pembinaan hospital ini melalui:

TABUNG GAZA-MAPIM
0801 3010 0758 20 
(BIMB)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS