Sesi wawancara sidang media Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM) dikendalikan oleh Setiausaha Agung MAPIM, Saudara Azmi Abdul Hamid atau lebih dikenali cikgu Azmi turut merangkap Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia(SHURA). Tetamu jemputan, saudari Tahreer Al-Gamri berasal dari Semenanjung Gaza.
Kedatangan saudari Tahreer ke Kaherah sempena menghadiri Persidangan Antarabangsa Mendokong Sektor Kesihatan Gaza yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam(OIC) yang berlangsung pada 29 April 2012 di dewan persidangan hotel Dusit Thani, New Cairo. Demikian itu, delegasi MAPIM diundang ke dalam persidangan serta diminta membentangkan projek bantuan kemanusiaan pembinaan hospital kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang menelan kos belanja bernilai RM137 juta. Bersama delegasi MAPIM, wakil komuniti Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love'(MAP) turut serta ke dalam persidangan.
Info hospital:- Upacara pecah tanah telah disempurnakan pada 13 Ogos 2010 di tapak cadangan pembinaan hospital seluas 277,000 kaki persegi.
Hulurkan bantuan anda bagi melancarkan pembinaan hospital ini melalui:
TABUNG GAZA-MAPIM0801 3010 0758 20 (BIMB)
0 comments:
Catat Ulasan