Penjajah tangkap bekas Menteri Hal-Ehwal Tahanan
10 Jun 2011
Jam 01:00 pagi, Mesir

Menurut pemberita agensi berita Safa, tentera rejim penjajah menyerbu masuk ke rumah bekas menteri yang terletak di bandar Jenin, utara Tebing Barat. Beliau ditangkap, kemudian di bawa pergi ke arah yang tidak di ketahui.
Berhubung kejadian, Ketua Pusat 'Ahrar' yang menjalankan kajian hal ehwal tahanan dan hak asasi manusia, Fuad Al-Khafshi berkata, penjajah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa pemimpin HAMAS itu yang menghidapi beberapa jenis penyakit.
Ketika dihubungi Safa, Al-Khafshi berkata, Qabbaha membantah keluar dari rumahnya sebelum dibenarkan membawa kesemua jenis ubat-ubat yang diambilnya ekoran penyakit yang ditanggung, khususnya kencing manis.

Sebelum ini, Wasfi Qabbaha kerap memberikan kenyataan media berhubung peringatan dari tindakan pihak keselamatan Palestin yang menangkap para anggota dan penyokong HAMAS di Tebing Barat. Pada masa lalu, beliau telah beberapa kali meringkuk dalam penjara rejim penjajah dan tempoh terakhir tahanan yang dilalui beliau selama 3 tahun setelah dikenakan tahanan tanpa bicara(الاعتقال الإداري). Satu arahan(ketetapan) pernah dikeluarkan ke atas beliau iaitu 'dibuang daerah' dari tempat tinggalnya yang terletak di dalam kawasan rampasan tembok pemisah. Sumber 10/06/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan