Gambar: Keriangan dan kemenangan
18 Oktober 2011



Menurut sumber dari Semenanjung Gaza, sejak semalam penduduk Palestin menyambut keriangan menanti tahanan-tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara penjajah hari ini.
Beberapa rombongan dari tahanan Palestin dipindahkan dari penjara Ktzi'ot dengan bas-bas dan trak-trak Jabatan Penjara Israel. Menurut pemberita AL-JAZEERAH, para tahanan Palestin dibawa dalam keadaan tangan dan kaki diikat sambil mata ditutup, malah tingkap-tingkap bas serta trak digelapkan. Mengulas hal ini, pemberita AL-JAZEERAH berkata, tujuan dilakukan sedemikian adalah tidak mahu memberikan peluang kepada tahanan Palestin bagi menunjukkan simbol kemenangan.



0 comments:
Catat Ulasan