الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Revolusi 25 Januari rintis jalan ke Al-Quds

01 April 2011

"Perang Gaza diputuskan dari pejabat Mubarak kerana dia benci HAMAS dan golongan Islamis", demikian ungkapan ringkas yang dapat dilihat bagaimana hubungan yang terbentuk antara pemimpin حركة المقاوممة الآسلامية (HAMAS) dengan pentadbiran Presiden yang telah digulingkan, Housni Mubarak, menurut Menteri Luar Kerajaan Palestin yang ditadbir HAMAS, Dr.Mahmud Al-Zahar.

Delegasi gerakan HAMAS yang diketuai Mahmud Al-Zahar beredar meninggalkan Kaherah semalam setelah mengadakan kunjungan selama dua hari di sini.

Ketika pertemuan awal petang semalam dengan beberapa orang pemuda revolusi, antaranya dua anggota jawatankuasa penubuhan Barisan Keadilan dan Demokrasi Kebangsaan serta pemuda dari parti Al-Ghad, beliau berkata, "sebelum-sebelum ini, Gaza tidak menjadi penyebab yang mengancam keselamatan Mesir."

"Pemerintah Mesir sebelum ini sengaja mereka-reka cerita Gaza meletupkan gereja di Mesir, dan telah pun diketahui penyerangnya, Allah memberkati dengan mendedahkan tindakan keji ini," kata beliau lagi.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri, Dr. Said Al-Badawi, Presiden Parti Al-Wafdu serta beberapa anggota tertinggi Al-Wafdu, bekas ahli parlimen dari Ikhwan Muslimin, Dr.Hazim Farouq dan bekas ahli parlimen dari parti Al-Wafdu, pemimpin HAMAS itu menambah, "walaupun masyarakat Palestin memerlukan keupayaan yang lebih tinggi menentang penjajahan zionis, tetapi saya menyedari bahawa jalan ke Al-Quds menjadi semakin hampir setelah dirintis selepas berlakunya revolusi Mesir."

Sisi lain dalam pertemuan, Mahmud Al-Zahar memberikan kenyataan khas kepada agensi berita "الشروق" bahawa "perang Gaza diputuskan dari pejabat Mubarak kerana dia benci HAMAS dan golongan Islamis". Berikutan itu, isu(dokumen) pemulihan hubungan dalaman Palestin akan digerakkan segera, Gaza sedang menanti kunjungan Abu Mazen(Mahmoud Abbas) bagi menyempurnakan penyelesaian ini, jelas Al-Zahar.

Beliau menegaskan lagi bahawa HAMAS bukan penyebab yang menggoncang keamanan Mesir, kami bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pemimpin Mesir yang baru agar menjadi acuan dalam kepentingan isu Palestin.

Berhubung lawatan delegasi HAMAS ke Kaherah, Al-Zahar berkata, kami telah mengemukakan kepada Majlis Tentera dan Kementerian Luar Mesir mengenai dokumen pemulihan dalam Palestin, isu tahanan Palestin di penjara Mesir, tambah beliau lagi, kami juga telah mengemukakan isu bantuan bekalan elektrik, makanan dan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza kepada wakil-wakil pemerintah Mesir.
_____________________________________________
Baca lagi:

HAMAS di Kaherah bincang isu Palestin

_____________________________________________

Sementara itu, Dr.Said Al-Badawi berkata, bahawa perjanjian Camp David menjadi satu ancaman bilamana Israel tidak menuruti perjanjian-perjanjian antarabangsa.

Hal tersebut didedahkan dalam pertemuan akhir-akhir ini dengan pembantu Menteri Luar Amerika Syarikat, Jefry Feltman.

"Perjanjian-perjanjian itu tidak akan kekal" sebagaimana pernah menerima satu pukulan terhadap perjanjian pada tahun 1936 apabila ia telah dibatalkan bekas pemerintah yang lalu, Mustafa An-Nuhas Al-Basha," kata Al-Badawi kepada pembantu Menteri Luar Amerika.

Al-Badawi turut mengkritik pemimpin-pemimpin Arab berhubung sikap dan tindakan terhadap isu-isu Palestin.

Kata beliau, "konflik Arab-Israel menjadi sebesar-besar tanggungan kepada Arab kerana darah mereka berada dalam genggaman Amerika."

Beliau mengungkapkan dari keyakinannnya bahawa Amerika Syarikat berdiri di sebalik anti-revolusi di Mesir. Sedemikian itu, 'Amerika tidak akan menerima Mesir sebuah Negara demokrasi yang besar di rantau ini'. Sumber 01/04/2011, suratkhabar Al-Shorouk[Mesir]

Read more...

Roket serang selatan Askalan

31 Mac 2011

Laporan jam 08.09 malam, Palestin/Mesir
Jam 02.09 pagi(01/04/2011), waktu Malaysia

GAZA - Media Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew melaporkan bahawa satu serangan roket yang dilancarkan malam ini dari Gaza menyerang selatan bandar Askalan(tanah jajahan 1948).

Lapor media itu lagi, letupan dari serangan roket itu tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Sumber juga menyebut, awal pagi semalam, seorang pejuang dari kumpulan SARAYA AL-QUDS syahid dan seorang lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan pesawat pengintip di Rafah. Serangan tersebut beberapa jam selepas sebuah terowong bawah tanah dibom pesawat tempur zionis. Sumber 31/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

Barak: Iron Dome tidak sempurna

[Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Yedioth Ahronoth, 31/03/2011]

Menteri Pertahanan selaku Ketua Angkatan Tentera Udara melawat lokasi bateri pertama sistem anti-peluru berpandu(Iron Dome) ditempatkan. Barak menjanjikan bateri tambahan akan mula beroperasi pada tahun mendatang. Beliau juga mengakui bahawa sistem ini tidak dapat memberikan perlindungan yang sempurna dari ancaman serangan roket tetapi berjanji bateri-bateri lain akan ditempatkan pada tahun-tahun akan datang.

Gambar(youtube): Iron Dome, klik sini [Iron Dome Defense Start Working in Southern Israel 27/3/11]

"Hari ini, sistem ini mula menjadi sebuah operasi percubaan, yang merupakan pencapaian luar biasa bagi teknologi Israel dan tentera udaranya." ucap Barak ketika lawatan tersebut. Barak juga menyatakan bahawa bateri Iron Dome adalah bateri pertama yang berjaya menahan roket daripada menembak penduduk awam.

Menteri itu juga masih mengakui bahawa teknologi ini bukanlah penyelesaian yang sempurna untuk menangani tembakan roket Gaza. "Ini bukan penyelesaian 100%," katanya. "Ini(penyelesaian) akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk kita mendapatkan bateri tambahan."

Gambar(ynet): Barak ketika meninjau sistem yang dalam percubaan.


Pada masa sekarang strategi perang berubah. Di masa lalu musuh tidak mempunyai pilihan untuk menyakiti orang awam. Namun realitinya, keadaan ini tetap berlaku dalam keadaan peperangan atau rutin biasa.

Barak menganggarkan bahawa sistem anti-peluru berpandu tambahan seperti "Magic Wand" dan "Super Arrow" akan mula beroperasi selepas 10 tahun lagi. Sepanjang tinjauan itu, menteri pertahanan tersebut bertemu dengan tentera yang ditempatkan di lokasi tersebut.
_____________________________
Baca lagi:

1. Kali pertama Israel berjaya melancarkan anti-roket ‘Iron Dome’
2. Isyarat perang baru, sistem tidak berfungsi

_____________________________

Komander Tentera Udara, Mejar Jeneral Ido Nechushtan juga menyatakan Iron Dome tidak boleh memberi perlindungan mutlak, tetapi menambah bahawa IDF bekerja untuk mencipta pelbagai bentuk lapisan pertahanan. Sumber 31/03/2011, web berita ynet

Read more...

Abbas: Rakyat Palestin akan memohon pengiktirafan PBB jika rundingan damai gagal

[Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Haaretz, 31/03/2011]

Presiden PA mengugut untuk berundur September ini jika rundingan damai dengan Israel tidak dilanjutkan, mendesak Israel supaya ‘mengambil peluang’ ‘arahan’ semasa di Tebing Barat.

Oleh Avi Issacharoff

Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau akan meninggalkan jawatan beliau September ini jika rundingan dengan Israel tidak diteruskan hingga saat itu, dan jika tiada sebarang persetujuan untuk membina negara Palestin.

Semasa pertemuan di Ramallah bersama ahli Majlis Keselamatan dan Keamanan(yang juga disertai oleh bekas pegawai-pegawai atasan Pasukan Pertahanan Israel [IDF: Israel Defense Forces]), Abbas telah mengumumkan bahawa PA(Palestinian Authority) berniat untuk berusaha ke arah pembinaan sebuah negara Palestin, dan berjaya mendapat pengiktirafan Israel terhadap negara itu. Walaubagaimanapun, beliau menyatakan, jika tidak ada sebarang persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak, dan jika perbincangan serius tidak dilanjutkan, PA akan merujuk Perhimpunan Agung PBB September ini seterusnya memohon pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Ketika ditanya tentang senario-senario yang kemungkinan akan berlaku selepas pengundian PBB, Abbas mendakwa beliau sengaja mengekalkan kesamaran isu ini. Hingga kini, beliau berkata, “Kita harus kembali [dari PBB] dengan tangan kosong, kami akan mengadakan persidangan dengan kepimpinan Palestin dan membuat keputusan apa yang perlu dilakukan. Kami memiliki kuasa autonomi, tetapi kami tidak memiliki kemerdekaan. Mereka menjajah kawasan kami. Mereka boleh melakukan apa sahaja. Mereka bahkan boleh menghentikan saya, sebagai ketua PA, dari kembali ke rumah.”

“Jadi apa yang seharusnya kita lakukan?” beliau bertanya. “Apa yang perlu kami jawab, jika kami kehilangan semua harapan? Saya tidak dapat memberi respon tentang itu.”

Abbas mengulangi bahawa PA hanya akan merujuk kembali Jabatan Am PBB jika sudah tidak ada lagi pilihan yang lain.

“Jika kamu [Israel] tidak mahukan perundingan, dan tidak mahu sebarang perjanjian, maka apa yang harus kami lakukan?” kata beliau. “Kami telah mengerahkan arahan dan keselamatan di sini sejak 4 tahun lepas, dan sekarang semuanya stabil: Di sana telah ada undang-undang dan peraturan, ekonomi semakin membangun, kehidupan kembali normal di mana-mana sekitar Tebing Barat. Tolong, kamu perlu mengambil kelebihan peluang ini untuk meneruskannya [rundingan ini]. Jika [Israel] tidak mahu [rundingan tersebut], maka kami akan berundur. Kami akan berundur.”

Apabila ditanya oleh Haaretz samada maksud beliau yang PA akan dirombak, Abbas memberi respon bahawa beliau tidak menyatakan sedemikian. Beliau menjelaskan bahawa di bawah keadaan terkini, persoalannya “mengapa terus begini” ditanya berkali-kali. Sumber 31/03/2011, web berita haaretz

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS