الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label perisikan Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perisikan Israel. Papar semua catatan

ZIONIS GENTAR JIKALAU RAMPASAN KUASA DI MESIR GAGAL

25 Julai 2013

KAHERAH - Presiden Israel (rejim zionis/penjajah), Shimon Peres seperti yang dihebahkan dari siaran radio Israel telah mengungkapkan kerisauan yang mendalam dengan apa yang disifatkan 'kesudahan menggentarkan' jikalau rampasan kuasa di Mesir gagal, demikian laporan agensi RASSD semalam yang menakal berita.

Shimon Peres
Tambahan pula, kegagalan meleraikan mogok umum di Dataran Raba'ah Al-Adawiyah dan An-Nahdhah pada Isnin lepas menambahkan kecenderungan Perez yang tidak yakin dengan penghujung keberjayaan rampasan kuasa ke atas Presiden Muhammad Mursi. Perez mengingatkan Israel negara paling awal menerima akibatnya waktu itu.

Presiden Israel menyatakan - perisikan Israel turut terlibat dalam rampasan kuasa -, 'terputusnya hubungan diplomasi dan terhentinya segala bentuk hubungan keselamatan hanyalah langkah-langkah ringan yang dikenakan oleh Mesir terhadap Israel. Namun, Shimon Peres memberi peringatan bahawa kemungkinan tindak balas Mesir boleh tiba pada tahap menarik diri dari perjanjian Camp David ataupun membuat desakan dengan memasukkan pindaan yang menjadi penglemahan ke atas perjanjian'.

Read more...

Zionis lepas belon udara risikan di timur Gaza

13 Oktober 2012


SEMENANJUNG GAZA, 13 Oktober - Bukan sahaja pesawat pengintip digunakan oleh tentera rejim zionis untuk mengawal dan memantau keadaan di Semenanjung Gaza bahkan turut menggunakan belon udara.

PALTIMES: Belon udara risikan
Menurut laporan agensi berita PALTIMES, tentera zionis telah melepaskan sebuah lagi belon udara yang baru ke ruang udara sebelah timur bandar Gaza pada petang Jumaat, 12/10/2012, dan ianya adalah yang kedua dalam masa 48 jam.

Sumber keamanan berkata, tentera rejim zionis melepaskan belon udara ini berhampiran kawasan 'Maleka' dari arah tenggara Hayyu Az-Zaitun di bandar Gaza. Demikian itu, belon udara ini untuk mengumpulkan maklumat khususnya berhubung pergerakan pejuang-pejuang Palestin di lokasi berkenaan dan juga sebagai usaha untuk mengesan lokasi-lokasi yang digunakan untuk melancarkan serangan roket ke daerah-daerah tanah jajahan 1948 yang berada setentang dengan tanah Semenanjung Gaza.
Belon udara tentera zionis
Pos tentera CCTV
Sebelum itu, dua hari yang lalu, tentera rejim zionis telah melepaskan sebuah belon udara bertujuan untuk risikan lokasi di sebelah timur kawasan Jahr El-Deik, tenggara bandar Gaza setelahmana sebuah pos tentera zionis yang dilengkapi CCTV atau dikenali kamera telah dibom beberapa kali oleh pejuang Palestin.

Berhubung semasa rombongan 'RRADIG 3' kelolaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Semenanjung Gaza pada bulan yang lalu, anggota rombongan dapat melihat dengan jelas sebuah belon udara yang telah sedia ada di ruang udara di utara Semenanjung Gaza. Begitu juga, anggota rombongan dapat melihat kawasan yang teramat hampir dengan pos tentera zionis yang dilengkapi CCTV. Dianggarkan jarak dari kedudukan hanya sejauh 400 - 500 meter.

Read more...

Lanjutan 15 hari tempoh tahanan ke atas pegawai mossad

26 Jun 2011

KAHERAH - Pendakwa keselamatan tertinggi yang diketuai Hisham Badwi telah memutuskan lanjutan 15 hari tempoh tahanan ke atas Ilan Grapel, 27 yang memiliki kerakyatan Amerika - Israel atas pertuduhan melakukan intipan dan menggugat keamanan Mesir.

Berhubung tuduhan, pendakwa raya telah menyiapkan laporan menunjukkan motif Ilan yang dikaitkan dengan anggota mossad dan terlibat dalam perang Israel ke atas Lubnan tahun 2006 memasuki Mesir untuk memperolehi dan mengumpulkan maklumat-maklumat serta memantau di sebalik kejadian revolusi 25 Januari.

Gambar: Ilan Grapel, tentera zionis yang terlibat dalam perang Israel ke atas Lubnan tahun 2006.

Tambahan lagi, Ilan kerap dilihat berada di kawasan tunjuk perasaan serta menghasut para demonstran melakukan rusuhan dan mencetuskan pertelingkahan antara tentera, polis dengan penunjuk perasaan.

Sedemikian itu, Ilan telah dilanjutkan lagi tempoh tahanan selama 15 hari oleh pendakwa keselamatan tertinggi untuk tempoh siasatan berhubung pertuduhan 'merisik' ke atasnya. Seperti yang diaturkan, pendakwa keselamatan akan memanggil beberapa di kalangan pemuda yang sempat bertemu dengan perisik ini bagi mendapatkan maklumat-maklumat.

Keselamatan Mesir tangkap perisik Israel

Ilan ditangkap Pihak Keselamatan Mesir setelah dikesan bahawa Ilan adalah seorang pegawai perisik Israel, mossad. Siasatan yang didedahkan oleh Pihak Keselamatan, Ilan memasuki ke Mesir sebagai wartawan asing yang bertujuan membuat liputan kejadian revolusi 25 Januari. Ilan turut dituduh cuba merekrut beberapa pemuda dan menimbulkan fitnah antara golongan muslim dan nasrani. Siasatan ini turut menyebut misi risikan Ilan adalah untuk kepentingan mossad dan maklumat-maklumat penting akan terus dihantar ke Israel.

Dapat kebenaran jumpa Ilan

Dari sudut lain, wakil-wakil dari kedutaan Israel dan Amerika Syarikat ke Kaherah telah mendapat kebenaran melawat pegawai perisik Israel yang dikurung di Mesir. Media Mesir tidak melampirkan waktu dan hari lawatan wakil berkenaan, namun dilaporkan, hampir sejam wakil rasmi kedutaan Israel dan Amerika bertemu dengan Ilan.

Menurut sumber keamanan, tertuduh meminta dari wakil-wakil yang melawatnya supaya bebaskan dia dari kes ini dan pulangkan dia ke sisi keluarganya.

Panggilan diplomatik

Sumber keamanan turut mendedahkan wujudnya panggilan telekomunikasi secara kerap di peringkat diplomatik antara Mesir dengan Amerika Syarikat serta Israel dan beberapa pihak lagi dalam usaha membebaskan pegawai mossad ini. Tambahan pula, Washington dan Israel telah mengemukakan beberapa dokumen sebagai bukti kepada pendakwa raya, Dr Abdul Majid Mahmoud dan pendakwa raya Hisham Badwi yang menyabitkan kebenaran Ilan Grapel bekerja sebagai wartawan sahaja. Malah turut dikatakan lagi, Ilan datang ke Kaherah bagi menyatakan simpati dengan revolusi aman Mesir. Ilan menyelinap di tengah-tengah barisan demonstran dan pemuda revolusi kerana suka keadaan yang tidak ada bandingan di rantau ini.

Seperti yang dinyatakan, pegawai mossad ini enggan mendedahkan identiti sebenar dan status kerakyatakan Israel ekoran bimbang dengan keselamatan nyawanya. Lebih-lebih lagi ketikamana kenyataan-kenyataan dari pihak Majlis Tertinggi Tentera dan Badan Keselamatan yang menyebut tentang anasir-anasir luar menyelinap di kalangan penduduk Mesir.

Akhbar-akhbar harian Mesir yang menyiarkan tentang laporan perisik Israel di Mesir.

Contohi keluarga Shalit

Sementara itu, sebilangan dari warga zionis Israel meminta keluarga perisik ini mengambil langkah membuat serangan media terhadap Mesir sebagaimana mencontohi langkah yang diambil oleh keluarga Gilad Shalit, tentera zionis yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza. Langkah tersebut adalah mengenakan tekanan kepada Kaherah bagi membebaskan Ilan. Sumber 26/06/2011, suratkhabar Misril-Youm, suratkhabar As-Shourouk dan suratkhabar Youm 7

Read more...

Perubahan strategi HAMAS menyulitkan serangan di Gaza - DEBKA

10 April 2011

Laporan asal jam 05.42 petang, Palestin/Mekah
Jam 04.42 petang, Mesir

UMMUL FAHM - Sebuah web agensi 'DEBKA' yang rapat dengan perisikan Israel menyebut pada pagi Sabtu bahawa sebahagian dari serangan-serangan Israel yang dilaksanakan kereta kebal(artileri) dan pesawat angkatan tentera udara di Gaza diselubungi kesulitan, ekoran perubahan strategi perang yang dilakukan pejuang Palestin, terutamanya gerakan HAMAS.
______________________________________________
______________________________________________

DEBKA memetik dari sumber politik dan ketenteraan Israel, katanya, "tujuan serangan-serangan di Gaza adalah untuk menghentikan serangan roket HAMAS serta menetapkan batas ruang yang terhad kepada gerakan HAMAS."

Sumber-sumber berkenaan mendakwa gerakan HAMAS telah menukar strategi perang, malah modus operandi sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM berubah sama sekali tidak seperti perang lalu. Pergerakan modus itu seumpama menuruti satu strategi baru yang dapat disimpulkan(mendapat nasihat) seperti HIZBULLAH di Lubnan.

Berhubung perubahan, sumber ketenteraan rejim zionis berpendapat serangan-serangan zionis dilancarkan sebaik sahaja sebuah bas diserang roket Cornet anti-kereta kebal, ianya pelik kerana menjadi sasaran HAMAS. Tampak jelas, pertembungan kuat dalam serangan ini dengan pejuang HAMAS sepertimana zionis bertembung serentak dengan HAMAS dan HIZBULLAH.

Baca lagi:
1. AL-QASSAM tolak gencatan
2. Israel dakwa halang roket, AL-QASSAM sasar bas


Kata-kata dari sumber ketenteraan bahawa tentera zionis berusaha mematahkan taring dan melemahkan HAMAS dalam masa dua hari dengan perubahan strategi menyerang tetapi realiti yang berlaku, HAMAS tetap dapat melancarkan serangan secara berterusan menjangkau 70 serangan roket termasuk peluru mortar.

DEBKA menyebut lagi, nisbah tembakan roket dari HAMAS dalam masa dua hari melonjak 25%.

Di samping itu, DEBKA menjelaskan, sekiranya serangan sengit berterusan dan perang kecil meletus sehingga akhir minggu akan datang, maka kita akan dapat melihat peningkatan mendadak serangan-serangan roket ke daerah-daerah penempatan Israel. Kita juga dapat melihat tindakan licik dan serangan bertubi-tubi dari tentera zionis melenyapkan seboleh-bolehnya sejumlah besar pejuang-pejuang Palestin di Gaza.

Dari sudut lain, DEBKA melihat, gerakan HAMAS berusaha untuk mendapatkan kembali sebahagian besar tanah-tanah Gaza, iaitu satu per tiga tanah pertanian di sepanjang garisan sempadan. Kawasan-kawasan tersebut telah digazetkan zon keselamatan yang tidak membenarkan sesiapa melewati atau berada di tanah-tanah tersebut bimbang Gaza menjadi seperti sempadan Lubnan di bahagian selatan.

Sambil menyatakan lagi, gerakan HAMAS sentiasa membuat gangguan(menyerang) terhadap tentera zionis bagi mendapatkan tanah-tanah tersebut tetapi zionis tidak dapat menerima sedemikian, malah pejuang-pejuang Palestin juga tidak boleh berada berdekatan dengan garisan sempadan.

Pada masa akan datang, web DEBKA berpendapat bahawa tanah-tanah ini akan menjadi sebab tercetusnya perang. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Keselamatan Dalam Negeri kesan ejen zionis

Laporan asal jam 12.06 tengahmalam, Palestin/Mekah
Jam 11.06 malam, Mesir

GAZA - Pihak Keselamatan Dalam Negeri Gaza menyatakan dapat mengesan beberapa orang ejen zionis dalam masa dua hari yang tugasnya untuk menggugat keamanan di Gaza.

Salah seorang wakil Keselamatan Dalam Negeri dalam kenyataan yang disiarkan Kementerian Dalam Negeri berkata pada hari Sabtu, "semua anggota keselamatan bergerak aktif di lapangan bagi memelihara benteng dalaman(Gaza), dengan mengawasi setiap pergerakan mereka yang disyaki," sambil memberi ancaman, "mana-mana pengkhianat yang bekerjasama dengan rejim zionis tidak akan terlepas dari buruan undang-undang."

Keselamatan Dalam Negeri menegaskan kempen yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri tahun lepas bagi menentang unsur ejen rejim zionis telah menghalang zionis dari memperolehi maklumat mengenai pejuang-pejuang Palestin.

Wakil Keselamatan Dalam Negeri dalam kenyataannya itu memberi bukti, katanya, "semua sasaran zionis selama dua hari adalah rumah-rumah penduduk, orang awam, penduduk yang berusia dan kanak-kanak," tambah beliau lagi,"tidak ada satu lokasi yang strategik pejuang atau seumpamanya diserang zionis."

Sambil bertegas, beliau berkata, ejen-ejen zionis telah gagal mendapatkan maklumat mengenai pejuang-pejuang Palestin.

"Ketika menyerang Gaza, rumah-rumah awam dan penduduk biasa yang menjadi sasaran zionis. Ini mengesahkan lagi zionis berbohong mendakwa kononnya ada misi yang mesti dicapai," jelas wakil itu lagi. Sumber 10/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Ejen dicekup sebelum lepas ke Mesir

15 November 2010

GAZA - Badan Keselamatan Palestin di Semenanjung Gaza telah berjaya memberkas seorang ejen zionis yang dipercayai berusaha melepaskan diri melalui salah sebuah terowong bawah tanah di sempadan Gaza-Mesir petang tadi.

Mengulas kejadian itu, sumber keselamatan Palestin Gaza menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' bahawa ejen tersebut terlepas ketika dipindahkan dari sebuah penjara ke penjara lain di bandar Gaza. Namun, Pihak Keselamatan Gaza dalam operasi hendapnya ke atas ejen tersebut telah berjaya menumpaskan percubaan melarikan diri ke Mesir melalui terowong bawah tanah.

Sumber yang sama menyifatkan ejen yang dicekup itu amat bahaya. Jelas lagi, Pihak Keselamatan Gaza akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas ejen zionis yang telah berjaya dicekup semula. Selanjutnya, sumber enggan mendedahkan lebih terperinci. Sumber 15/11/2010, web berita safa.ps

Baca lagi:

1. Gaza bongkar jaringan perisikan Israel

Read more...

Gaza bongkar jaringan perisikan Israel

23 September 2010

GAZA - Kementerian Dalam Negeri(KDN) dan Keselamatan Negara di Gaza telah mendedahkan pengakuan talibarut yang bertujuan menimbulkan gempa keamanan di Gaza. Individu yang menjadi talibarut rejim zionis dibekalkan peralatan canggih dan modus operandi mensasarkan tempat-tempat dan bangunan Pihak Keamanan, lokasi latihan ketenteraan pejuang-pejuang Palestin dan anggota-anggota kumpulan pejuang Palestin.

Berita Al-Jazeerah menyebut, sejak penubuhan kerajaan Palestin yang ditadbir gerakan HAMAS di Semenanjung Gaza, jaringan ejen ataupun talibarut zionis telah diburu habis-habisan.

Sidang akhbar yang berlangsung(gambar atas) antara Ihab Ghasin, jurucakap rasmi Kementerian Dalam Negeri Gaza dan wakil Pihak Keamanan Negeri, Kolonel Leftenan Muhammad Lafi di Gaza hari ini mendedahkan isu tersebut.

Gambar(safa): Sebahagian dari peralatan talibarut yang dirampas.

Kedua-dua pihak menyatakan bahawa Pihak Keamanan telah berjaya memperolehi beberapa pengakuan bahaya yang mendedahkan mengenai talibarut yang menjadi dalang di sebalik pembunuhan para pemimpin kumpulan pejuang Palestin dan menjalankan pengintipan ke atas kedudukan masyarakat awam serta kumpulan-kumpulan pejuang. Turut didedahkan, wanita yang menjadi talibarut turut ditangkap tetapi jumlahnya sedikit.

Seperti yang dinyatakan, misi talibarut menumpukan intipan ke atas sejarah penentangan perjuangan Palestin dan mengikuti keadaan lokasi serta tempat latihan pejuang, kediaman pemimpin Palestin dan pejuang Palestin demi untuk melancarkan sebarang serangan.

Gambar(safa): Kolonel Leftenan, Muhammad Lafi menunjukkan peralatan komunikasi yang dibekalkan perisikan zionis kepada talibarutnya.

Talibarut zionis menerangkan bahawa selalunya mereka diarahkan secara langsung dari pihak perisikan zionis bagi menanam peledak di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan lokasi latikan pejuang Palestin. Demikian itu adalah untuk membunuh pejuang. Namun, beberapa peledak tersebut meletup ketikamana penduduk awam melalui lokasi dan mengakibatkan kematian dan ramai yang luka parah.

Selain itu, talibarut zionis turut menyebut rangkaian-rangkaian dari gerakan FATAH mengambil peluang ketika konflik persengketaan dalaman bagi mengumpulkan maklumat yang berhubung dengan keselamatan pemimpin-pemimpin Kerajaan Palestin Gaza dan kumpulan pembebasan Palestin yang bergiat cergas di Gaza. Malah, para talibarut juga melakukan misi intipan ke atas pejuang-pejuang Palestin dan lokasinya.

Misi penting

Ihab Ghasin menjelaskan secara terperinci mengenai misi-misi penting yang dijalankan oleh talibarut. Misi tersebut mengumpulkan dan menyampaikan maklumat kepada perisikan zionis.

"Tentera rejim zionis bergantung kepada kepada 'bank maklumat' yang dibekalkan oleh talibarut bagi menentukan lokasi serangan ketika waktu perang dan operasi lain," ujar Ghasin.

Ihab Ghasin turut menjelaskan misi jenayah yang dilakukan talibarut dengan arahan secara langsung dari perisikan zionis. Sebahagian dari talibarut menanam peledak dan turut bekerjasama dalam beberapa misi pencerobohan dan operasi khas tentera rejim zionis ke dalam Semenanjung Gaza.

Sudut yang ketiga, Ghasin menyentuh usaha percubaan yang dilakukan oleh sebahagian dari talibarut zionis iaitu menyelinap masuk ke dalam kumpulan pejuang. Sebelum ini, talibarut yang bertindak sedemikian telah ditangkap ketikamana mereka menganggotai kumpulan pejuang yang berperanan untuk mendapatkan kepercayaan komander tentera.

Jurucakap rasmi KDN Gaza mengesahkan bahawa permasalahan ini amat bahaya tetapi hanya sebilangan yang melakukan kerja sedemikian dalam tanah Gaza.

"Masyarakat kita adalah masyarakat yang saling bertaut untuk pembebasan tanah ini malah dengan kekuatan yang kita memerangi musuh-musuh dengan penuh berani, sehingga kini, puluhan ribu telah syahid dan mereka ini menjadi contoh perwira yang boleh dibanggakan," kata Ghasin.

Sambil itu, beliau menegaskan, rejim zionis ternyata lemah untuk mengubah Semenanjung Gaza kepada sebuah paya yang ditakungi para talibarut dan pengkhianat. Rejim zionis juga gagal merekrut sebilangan yang boleh dibanggakan untuk menjaga rahsia keselamatan para talibarut.

Ihab Ghasin menyatakan, Pihak Keamanan Palestin Gaza berjaya membuktikan kemampuannya dengan kejayaan yang besar, iaitu membalas pukulan pedih kepada pihak luar.

Peralatan komunikasi

Dari sudut lain, Leftenan Kolonel Muhammad Lafi menunjukkan sebahagian peralatan canggih yang dirampas(gambar). Antaranya, alat penetapan lokasi, pengawasan dan kamera lintas langsung yang digunakan ketika mengintip pergerakan pejuang Palestin yang menjadi sasaran.

Lafi mendedahkan peralatan kamera dibekalkan dalam bentuk kotak kertas tipis yang dilengkapi kamera lintas langsung. Kamera tersebut dikawal jauh oleh pegawai perisikan zionis dan diletakkan dalam kereta talibarut, kemudian dibawa ke kawasan-kawasan yang diminta.

Selain itu, Lafi menunjukkan alat yang lain dalam bentuk pengecas bateri mengandungi alatan terkini untuk memintas komunikasi wayarles pejuang-pejuang Palestin, kemudian ianya disalurkan secara terus kepada pegawai perisikan zionis dan kedudukan pejuang dapat dikesan.

Peralatan lain, alat komunikasi paling canggih untuk merakam 3 lokasi serentak dari jarak jauh yang akan disampaikan secara langsung kepada perisikan zionis. Peralatan tersebut seperti yang diceritakan, unit khas tentera zionis meletakkan peralatan tersebut dalam kotak yang tersembunyi berdekatan kawisan sempadan, lalu ejen(talibarut) akan diminta mengambilnya.

Ketika sidang akhbar, turut ditayangkan seorang talibarut yang menyelinap masuk dalam kumpulan pejuang Palestin. Tugasnya adalah merosakkan senjata para para pejuang dan selalunya menggunakan peledak yang memiliki kapasiti letupan kecil.

Jelas Lafi, sejak akhir-akhir ini, perisik zionis mendapati kesukaran untuk menghubungi talibarutnya melalui alat ini di Gaza. Berikutan itu, ada beberapa peralatan yang dirampas tetapi tidak ditunjukkan atas sebab keselamatan. 23/09/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS